Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Usaha Mahathir Untuk Memesongkan Sahaja

Usaha Mahathir Untuk Memesongkan Sahaja
(Mahathir’s UMNO Malay Unity talk –
Nothing more Than An Insincere Distraction Exercise)
Oleh: Spirit of Truth

Pelawaan untuk membincangkan isu perpecahan orang Melayu oleh diktator tua yang sewel itu adalah satu muslihat putarbelit yang sememangnya tidak ada sebarang unsur keikhlasan. Taktik mencetuskan isu berganda kali untuk menarik perhatian dan memukau minda rakyat marhen daripada mengamati dan menyoal segala amalan jijik dan rakus adalah di antara beberapa kaedah yang dilakukan oleh orang yang tidak berguna, apalagi kalau orang itu adalah seorang diktator yang dibenci oleh rakyatnya. Isu terbaru mengenai perpecahan orang Melayu itu memang tidak ada pengecualiannya. Walaupun ajakan itu disalut dengan kata-kata “dilakukan dengan niat yang baik,” Inilah caranya si penyangak ini mengelakkan perhatian rakyat terhadap motif sebenar agar mereka terpedaya dan tidak menyedari akan segala tipu dayanya melakukan jenayah yang besar-besar seperti usaha menyelamatkan MAS. Mahathir terpaksa melakukan semua itu kerana sudah kehilangan kuasa sebenar sehinggakan dia sudah tidak lagi popular dan dihormati rakyatnya. Taktik semacam ini memang pernah diamalkan oleh pemimpin empayar Roma dulu ketika berada di mercu kegemilangan dan ketika semakin hampir kepada kehancuan mereka. Ketika itu empayar Rom mengadakan pergelutan gladiator dalam satu acara yang sungguh tersusun rapi, lengkap dengan stadium besarnya sekali. ‘Collesium’ itulah nama gelanggang perlawanan gladiator itu. Ia menjadi satu temasya besar yang menarik minat ribuan manusia daripada segenap lapisan bangsa, sehinggakan setiap temasya perlawanan itu mampu memesongkan perhatian rakyat kepada keadaan sebenarnya. Sambil rakyat Rom sibuk dengan perlawanan itu, kumpulan Senator yang rakus bersama pemimpin kerajaan yang lainnya, sibuk membalun harta-benda Roma. Begitulah juga caranya Mahathir dan kumpulan elit Mahathirputra membalun harta negara sehingga semakin kontang tabung dana yang ada. Inilah caranya Mahathir menyelamatkan seorang peniaga tolol bernama Tajuddin Ramli.

PAS mungkin memahamai agenda tersorok di sebalik ajakan UMNO itu. Adalah penting bagi Barisan Alternatif memahami rencana itu sepenuhnya yang dirancang oleh UMNO dan Mahathir yang mahukan rakyat marhaen sentiasa terpesong daripada isu sebenar yang boleh melumpuhkan UMNO. Mujur juga Keadilan telah menolak isu itu bulat-bulat, menidakkan Mahathir peluang untuk menjerat kerana semua orang sudah tahu bahawa ajakan Mahahtir itu adalah satu tipu muslihat yang tidak ada ketelusan dan keikhlasannya. Apakah yang diharapkan daripada seorang pembohong bersiri seperti di diktator sewel ini? Apakah yang boleh diharapkan daripada bajingan ini yang sanggup memfitnah dan bersekongkol untuk mencetuskan bukti palsu terhadap Anwar Ibrahim? Bolehkah si penipu seperti Mahathir ini dipercayai? Jauh panggang dari api. Dia harus dilihat sebagai seorang pintar yang berhati syaitan yang begitu tamak dan haloba dan zalim dan tidak lagi mempunyai pilihan selain membohong, menipu dan memesongkan serta mengugut orang ramai untuk menjamin keselamatannya.

PAS mesti menunjukkan kebijaksanaan yang lebih terserlah dan seharusnya tidak menunjukkan kerendahan hati dengan berkata ia mempunyai sikap terbuka kepada sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO. Mahathir bukan bercakap lurus kerana dia sengaja mengelirukan dan melambat-lambatkan isu untuk membeli masa sambil terus menyamun harta negara. Janganlah kita mudah terpukau dengan kaa-kata manisnya ataupun dirasuk oleh perbuatan “indrajala” – pameran kekuasaan yang palsu. Semua serapah politiknya seperti yang ini adalah berupa perangkap yang menjebak rakyat marhaen, untuk mencuit minda mereka dan terus memukaunya. Janganlah kita menjadi mangsa kepada taktik “cetusan isu yang memesongkan”. Kita mesti mampu mengelak daripada pukauan syaitan ini daripada terus menipu kita. Kita mesti meruntunya dan membenamkannya untuk kebaikan bersama.

-Spirit of Truth-

.................................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua

Catatan Penterjemah:
Kepimpinan PAS Yang Mengada-ngada

Kemelut yang menghantui PAS dalam isu ini semakin menyerlahkan beberapa kelemahan pucuk kepimpinan PAS itu sendiri. PAS tidak boleh menolak hakikatnya walaupun ia sudah lama berusaha untuk menambat hati rakyat agar ramai menyokongnya, ada juga unsur-unsur mengada-ngada yang semakin menonjol dan menjadi tandatanya rakyat marhaen.

Kalau kita dengar kata-kata Mahfus selaku ketua pemuda PAS, ajakan Mahathir sudah pun ditolak. Tuan Guru Nik Aziz masih tidak mempamerkan sentimen yang lebih jelas selain terus bersyarah dan menyindir secara berkias. Dato’ Fadhil Nor yang kini berada di tanah suci nampaknya masih merupakan orang yang misteri. Ada cakapannya yang diterbitkan oleh akhbar kerajaan, mengatakan dia sudah bersetuju. Apakah betul semuanya itu? Inilah yang membuatkan rakyat marhaen mencelaru.

Sepatutnya PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjawab beberapa soalan ini:

a) Kalau setuju sebutkan kenapa dan bila mahu berjumpa. Tetapkan tarikhnya dan jangan berubah pula.

b) Kalau tidak setuju, sebutlah dengan jelas tanpa perlu berkias. Tiru cara Keadilan yang bersikap terang, tegas dan jelas.

c) Kalau mahu masa untuk bertempoh cakap juga secara terus dan tidak secara gopoh. Sebutkan tarikh untuk bertempoh itu dan nyatakan alasannya agar semua ahli dapat tahu.

Mahathir memang terdesak dan semakin tersedak. Apa perlunya PAS bermain sandiwara lagi. Biarkan sahaja Mahathir memainkan lakonan itu sampai satu tarikh yang dia tidak akan tahan lagi. Bukannya Mahthir tidak akan mati, satu hari nanti!!!!

-Marhaintua-
26.1.2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com