Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menantikan Kucing Bertanduk

Menantikan Kucing Bertanduk
(When The Iron Tree Blossoms)

Satu ketika dulu presiden Indian Progressive Front, Dato M.G. Panditahan telah membuat permohonan untuk menjadi ahli komponen Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri telah menegahnya. Sebaliknya, IPF harus dibubarkan dan ahlinya masuk menjadi ahli Malaysian Indian Congress (MIC).Kitulah caranya orang India dapat bersatu. Di waktu yang sama dia telah berkata UMNO tidak akan menolak kalau PAS mahu menyertai BN seandainya rakan koalisi yang lain mengizinaknnya. Dengan lain perkataan, IPF yang berminat tidak dibenarkan masuk, PAS yang tidak pun berselera boleh pula diterima. PAS dan UMNO boleh hidup seiring jalan; tetapi kalau parti lain di kalangan orang India, mereka tidak boleh melakukannya. Apakah Perdana Menteri tidak boleh bertegas agar PAS menyertai UMNO unntuk menganggotai Barisan? Bukankah sayap agama UMNO yang mula-mula dulu menarik diri daripada parti sebaik sahaja Dato Sir Onn Jaffar turun daripada pucuk kepimpinan parti pada 1951 dulu?

Kenyataan perdana menteri mengenai PAS menganggotai BN adalah satu taktik berlembut oleh UMNO untuk menarik perhatian orang Melayu sebelum perbincangan perpaduan Melayu itu mahu dimulakan. Apakah perbincangan itu akan dilaksanakan? Di cuba melepaskan dirinya daripada masalah itu setelah didesak oleh rakannya dalam kabinet. Lagipun apa juga yang diingini oleh UMNO tentunya pergtemuan itu akan membincangkan lebih banyak isu, selain hak keistimewaan orang melayu. PAS masih lagi memikirkan pembabitan orang bukan Melayu dalam pasukannya. Seorang pegawai PAS menjangkakan perkara itu mungkin dilansgungkan pada akhir tahun, setelah selesainya mesyuarat agong UMNO. Presiden PAS, Dato’ Abdul Fadhil Nor kini sedang berada di Mekah dan hanya akan pulang pertengahan Mach. Mesyuarat Bahagian UMNO sedang berlangsung sekrang. Dari sekarang sehinggalah persidangan UMNO yang dijangka pada Mei tahun ini, perhatian Perdana menteri dan juga UMNO tentulah tertumpu kapada masalah parti sendiri.

UMNO mahukan perpaduan Melayu itu dibincangakan untuk meminggirkan PAS. Pada 1972, sebaik sahaja Dasar Ekonomi Baru mula bertapak, Perdana Metneri Tun Abdul Razak telah bertemu presiden PAS, Dato’ Asri Muda yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Mereka berbincang untuk besatu bagi kepentingan orang Melayu. PAS pun menganggotai Barisan nasional ketika ia dilancarkan pada tahun berikutnya. Lima tahun kemudiannya PAS tersingkir daripada gagasan itu dan juga kehilangan kuasanya di Kelantan yan dipegangnya selama 20 tahun itu berikutan satu krisis yang dirancangkan oleh UMNO. Merempatlah PAS tanpa kuasa memerintah sebarang negeri untuk 12 tahun lamanya sebelum ia berjaya naik semula di Kelantan pada 1990. Pada 1986, PAS berbincang dengan masyarakat Cina untuk membentuk satu jawatankuasa perundingan Cina. Ketika itu UMNO berpecah dua di antara pengaruh Perdana Menteri dengan pengaruh Tengku Razaleigh. Gelagat PAS menunjukkan kuasa yang ada padanya membuatkan UMNO tidak senang duduk. Perdana menteri dan juga timbalannya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim merancang satu perbincangan secara rahsia. Itulah rahsia yang dibocorkannya selepas itu sehingga sokongan rakyat terhadap PAS menjadi kematu. Masyarakat Cina menarik balik sokongan mereka. PAS menghadapi masalah besar dalam pemilu pada tahun itu dengan memenangi hanya satu kerusi parlimen yang dipertandingkannya.

“Kami menanti selama 15 tahun,” kata seorang pemimpin PAS kepada saya, “untuk mendapatkan balik sokongan rakyat dan maruah parti”. Malahan, ketika jawatankuasa Suqui berbincang untuk merangka strategi baru-baru ini, ia mempunyai seorang ahli yang bukan Cina untuk turut serta – seorang Melayu daripada PAS. Inilah yang membuatkan PAS berwaspada dengan kata-kata Perdana Menteri. PAS tidak boleh menolaknya sembarangan kerana tidak mahu mencemarnya lagi; Ia tidak menerima hakikat bahawa perpaduan Melayu sudah tergugat, kerana beranggapan bahawa orang Melayu sebenarnya sudah berganjak dalam memberikan sokongan mereka dan tidak berpecah lagi sebagai satu bangsa. Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu selagi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diambil kira dan selagi kerajaan pusat menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang royalti petroleum mereka. Dua perkara ini adalah lambang perpecahan orang Melayu yang dicetuskan oleh UMNO.

UMNO beranggapan perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu akan mengembalikan maruah mereka untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Terdayakah mereka selagi tidak diselesaikan apa yang sebenarnya menyebabkan masalah itu: Perbuatan aib yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan segala tuduhan yang boleh dipertikaikan dan menyebabkan terjatuhnya hukuman ke atasnya. Parti Keadilan tidak mahu terlibat dalam perbincangan itu. Kalaupun perbincangan itu mahu dilaksanakan, pembebasan beliau mesti diambil kira. Inilah yang membuatkan UMNO jatuh terpelusuk laksana beruk duduk diceruk. Usaha UMNO itu tidak akan berjaya selagi Anwar tidak dibebaskan dan selagi pembayaran royalti minyak rakyat Terengganu tidak dilunaskan.

Orang UMO hanya mampu berkhayal dengan impian itu. Kata orang barat; ‘When the iron tree blossoms and the cow jumps over the moon.” Serupalah seperti menanti kucing mula bertanduk. Akhirnya yang usul akan pulang ke asal juga.

-MGG Pillai-

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com