Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kuasa Rakyat Bukan Kuasa Keramat?

Kuasa Rakyat Bukan Kuasa Keramat?
(People’s Power Is Not The Proper Way?)

Walaupun kuasa rakyat dikatakan mempunyai kuasa keramat, cara Presiden Joseph Estrada mengundurkan dirinya, memberikan gambaran bukan kepada keajaiban kuasa rakyat itu dan bukan juga kepada pilihan rakyat, tetapi ia menyerlahkan insitusi demokrasi yang semakin rapuh. Estradae dikenakan tindakan undang-undang kerana seoran kroni lamanya seorang gaboner dan jua raja judi Luis Singson belot untuk menjadi musuhnya. Beberapa orang saksi telah tampil di muka pengadilan Dewan Senate untuk mengaku mereka terbabit sama. Dewan Senat bertindak menghumbana segala tuduhan itu. Di waktu inilah usaha menggulingkan Estrada dimulakan. Mahkamh Tinggi telah menggugurkan kuasa yang ada padanya. Dia pun meletakkan jawatan dan berundur (dengan menaikki tongkang).

Insan yang dipilih dua tahun setengah yang lalu dengan pengundian yang paling tinggi di Filipina dipaksa untuk berundur berdasarkan himpunan tuduhan yang tidak banyak buktinya. Penyebab tercetusnya tuduhan itu bukanlah satu soal yang penting. Ia adalah berasaskan sikap membetulkan perjalanan politik yang menyimpang. Seolah-olah satu sindiran mengenai moral masyrakat seluruhnya. Inlah dia satu pertembungan di antara anggapan yang berbeza. Estrada adalah simbol kumpulan miskin yang tidak banyak kuasa dan bertembung dengan kumpulan kelas menengah yang kaya raya dan yang memberi kuasa dan kini diwakili oleh seorang yang pernah menjadi timbalan presiden beliau dulu, Gloria Macapagal Arroyo.

Apakah Presiden Macapagal-Arroyo dilantik secara sah? Malahan, apakah Presiden Cory Aquino dulu dilantik secara sah pada 1986? Bukankah dia dilantik dulu atas nama Kuasa Rakyat dan bukannya perlembagaan negara? Presiden Macapagal-Arroyo, seperti juga Presiden George Bush dilantik kejawatan mereka kerana diputuskan oleh mahkamah.

Tiga puluh tahun yang lalu, Edward Lutwak pernah menulis dalam bukunya ‘Coup D’Etat’ (Bahasa Peranchis bermaksud Rampsan Kuasa – penterjemah): apa yang perlu untuk menggulingkan kerajaan – dia menulis mengenai Afrika – ialah dengan merampas ‘installations’ (yakni tempat penting seperti stesen radio, jankuasa, ampangan, kem tentera, istana dan sebagainya – penterjemah) markas tentera, dan pasukan pengawal istana. Kalau mahu menggantikan seronag pemimpin di Asia Tenggara, apa yang diperlukan ialah melancarkan himpunan rakyat berdemo terhadap pemimpin itu di ibukota negara. Kerfanaitu ramai rakyat berkumpul untuk menyaksikan pengunduran terakhir Estrada.

Kebencian yang menular tidak memastikan penyingkiran sesaorang pemimpin. Kebencian yang menyendiri mampu melakukan itu pula. Inilah yang berlku kepada presiden Ferdinand Marcos selepas terbunuhnya Senator Benigno Aquino sebaik beliau tiba di lapangantgerbang daripada tempoh pembuangan di negara orang (Amerika). Presien B.J. Habibie tersingkir kerana Timor-Timor, Presiden Estrada kerna dendam kesumat; Perdana Meneri Mahathir Mohamad kerana mengaibkan Anwar Ibrahim dan memenjarakannya. Presiden Suharoti telah memegang kuasa begitu lama sehingkan pentadbirannya dilihas sebagai memusuhi rakyat marhaen hinggakan kemarahan mereka itu memuncak dan berjangkit. Presiden Abdurrahman Wahid mungkin tergelincir kerana masalah Aceh.

Kepercayaan umum betapa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada pilihan rakyat tidak mampu menonjolkan pemerintahan yang saksama, Cuma politik gerombolan penjahat semata-mata. Kuasa rakyat hanya mempu menyerlah apabila seorang pemimpin itu sudah berada dalam satu situasi yang amat tertekan dna bukannya ketika dia masih kuat berkuasa. Tetapi, usaha untuk memaksa satu perubahan di luar lunas-lunas perlembagaan – kerana itulah caranya setiap pemimpin di Asia Tenggara ini mencengkam kuasanya- akan menggugat akar tunjang pentadbiran dan politik negara.

Presiden Macapagal-Arroyo telah berkata bahawa Presiden Estrada akan dikenakan beberapa tuduhan lagi kerana menyalahgunakan kuasa. Apakah itu alasan sebenar beliau digulingkan? Presiden Estradda mungkin sudah dipaksa meletakkan jawatannya tetapi dia masih mempunyai kumpulan askar yang masih lagi setia kepadanya. Setakat ini dia enggan pergi ke negara asing, bererti dia berura-ura untuk melawan semula. Seandainya ini berlaku, ketenangan yang berlaku ketika dia berundur dulu akan hanya merupakan satu impian sementara sahaja. Dia masih lagi mampu menggerakkan jutaan rakyat marhaen untuk membanjiri jalanraya Manila untuk mengganyang presidennya seperti yang dilakukan oleh kumpulan yang mengganyangnya dulu.

Kenapakah kerajaan dan pemimpinnya dibenci oleh rakyat? Tentunya bukan disebabkan korupsi, kronisme ataupun pemerintahan yang pincang. Kebencian rakyat marhain memuncak apabila pafra pemimpin itu melupakan para pengundi yang memangkah kertas undi untuk memilih mereka. Mereak pula mempunyai satu kepercayaan sebaik sahaja dilantik mereka sepatunya tidak diganggu lagi. Mereka menjadi angkuh dan tidak berminat menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa mereka tahu apa yang rakyat mahu dan memberitahu mereka apa yang sepatutnya mereka mahu. Selalunya apa yang diperlukan oleh sesaorang rakyat marhaen itu ialah perkara yang mudah sahaja. Contohnya ialah menentukan surat kelahiran anaknya itu mudah didapati, ataupun anaknya dapat bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka ataupun longkang di depan rumahnya itu dibersihkan sekali sekala.

Apakah mungkin satu himpunan manusia yang ramai mampu berfikir dengan waras. Ataupun apakah mereka berkumpul itu bukan disebabkan isu yang hangat tetapi disebabkan berminat untk mendapat penyelesaian terhadap masalah peribadi ? Apakah himpunan manusia itu yang membuatkan sesuatu kerajaan itu berundur ataupun apakah disebabkan rasa berdosa? Memang pernah berlaku betapa hanya satu isu yang hangat yang menjatuhkan sebuah kerajaan dan bukan disebabkan proses perlembagaan. Ketika Benjamin Disraelli, menjadi ketua pembangkan di House of Commons (Dewan Rakyat Britain) pada kahir 1880-an dulu, dia telah menuduh Perdana Menteri ketika itu,W.E. Gladstone kerana bersikap tidak berunding dengan rakyat. Perdana Meneri menjerit balik tuduhan itu dengan berkata: “Aku sudah pun berunding dengan rakyat. Aku sudah pun mendengar pendapat mereka. Cuma aku lakukan apa yang sebaliknya!” Memang ada kebenaran dalam kenyataan itu.

Setiap negara yang telah mencapai kemerdekaanya di Asia ini, mendapati betapa wujudnya jurang yang luas di antara pihak yang memerintah dengan yang diperintah. Setiap kali diadakan pemilu, sepatutnya jurang pemisah di antara wakil yang dipilih dengan rakyat marhaen yang diwakilinya itu menjadi bertambah rapat. Di setiap negara di Asia Tenggara, jurang itu menjadi semakin luas. Perasaan marah yang diperam begitu lama selalunya menjadikan masalah yang remeh-temah meledak tanpa sebarang alasan yang boleh diduga. Kerana itu seorang lagi pemimpin akan pergi mencari perlindungan. Apakah itu demokrasi namanya?

-MGG Pillai-

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
I contributed this for my column at malaysiakini (www.malaysiakini.com)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com