Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Antara Ikan Yang Reput Kepala Dengan Kata Hikmahnya

MGG2401

Antara Ikan Yang Reput Kepala Dengan Kata Hikmahnya
(Ah! Some Words of Wisdom From The Rotting of Fish head)

Insan yang suka menggunakan bidalan yang berbunyi ikan mula mereput di kepalanya, sudah pun menunjukkan kebenaran kenyataan itu setiap kali dia membuka mulutnya. Apabila masalah daapt diselesaikan dia pun muncul dengan kata-kata hikmahnya yang tidak pun didengar orang. Inilah yang dilakukan oleh Dr. Ling Liong Sik, presiden MCA yang tidak boleh diganti-ganti yang terkejut dengan tindkan rakannya Taan Sri Musa Mohamed yang tunduk kepada rayuan segelintir ibubapa di SRJK © Damansara. Tan sri Musa telah berkata kalau 1,000 pelajar yang kini berpindah di SRJKC Puey Chai II di Bandar Utama tidak dapat memujuk 67 pelajar yang degil menetap di sekolah lama, mereka semuanya bolehlah pulang balik ke Damansara.

Mengikut pendapat Ling, ini merupakan satu penapian amalan demokrasi. “Tidak aada di dunia ini di mana kumpulan majoriti mesti mengikut kehendak kumpulan minoriti,” katanya. Kalau and masih tidak faham isu ini Ling berkata lagi: “Di mana saja, yang 5% itu mesti ikut yang 95%.” Tetapi di manakah Ling ketika perkara ini menjadi satu isu yang hangat? Sebagai seorang yang menggelar dirinya pemimpin masyarakt Cina, Ling dan para juak dan kroni yang kelihatan ketika masalah ini mula-mula diketengahkan. Namun mereka menerima hakikatnya secara bersenyap sahaja, bahawa si majoriti harus berpindah supaya si minoriti menjadi lebih mewah dengan mengambil alih tapak sekolah yang sudah pun direncana oleh pihak yang berkuasa. Apakah ini yang Dr. Ling maksudkan dengan perkataan “kumpulan minoriti mesti mengikut kumpulan majoriti?” Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja memutar belitkan kenyataannya? Ataupun apakah beliau fikir adalah tidak bersalahan kalau kumpulan minoriti mengambil kesempatan daripada kumpulan majoriti dalam usaha niaga tetapi bukan dalam usaha politik, sahaja?

Lima organisasi yang pro-kerajaan telah membuat kenyataan agar moniri mengamalkan dimokrasi dengan menolak falsafah bahawasanya “golongan minoriti memang selalu didera oleh golongan majoriti.” Ini bermakana adalah salah apabila si minoriti – dalam kisah ini seorang individu – mengancam kerajaan yang ada, seperti yang sedang dilakukannya – daripada sebuah kamar berjeriji besi di penjara Sungai Buluh? Dia didera, seperti yang ditegaskan oleh kepala besar (berhidung besar –penterjemah) yang reputnya memang sudah lama bersama pemimpin partinya BN, bahawa deraan itu adalah mengikut lunas undang-undang. Tetapi, setiap kali golongan majoriti melaungkan nama seorang insan, siapakah golongan minoriti yang menggigil sampai ke gigi? Kalau benar mereka itu contoh terbaik demokrasi, kenapa mesti menggigil sampi ke gusi?

Dua tahun yang lalu Presiden Estrada dilantik oleh majoriti terbesar dalam sejarah di negaranya. Namun satu golongan minoriti mampu menyingkirnya minggu yang lalu. Apakah itu satu amalan demokrasi juga? Bagaimana pula kisahnya apabila seorang perdana menteri selalu merepet berhari-hari dengan bertegas bahawa kemenangannya dulu disebabkan pilihan majoriti. Oleh itu kumpulan majoriti tidak berhak mempersoalkannya lagi sehinggalah muncul pemilu yang baru?

Jikalau kerajaan sanggup memperlekehkan laungan demokrasi dan tidak mempercayai bahawa minoriti tidak berhak kepada sesuatu kerana mereka sudah dipilih di situ dan berbincang mengenai SRJKC Puey Chai II sebagai menjaga kepentingan golongan majoriti dan bukannya minoriti, kenapakah kerajaan masih menghadapi masalah dengan rakyat marhaen mengenai sekolah Damansara itu? Tidak kiralah kalau perkara itu mengenai perpindahan sekolah, penyelamatan para kroni ataupun sebagainya. Kumpulan majoriti masih memberontak. Kerajaan merasa tertekan apabila pemberontakan itu dilakukan melalui peti undi. Bukankah itu juga cadangan kerajaan sebagai cara menyelesaikan apa juga perkara yang rakyat tidak bersetuju dengannya?

Presiden MCA tidak memahami amalan berpolitik. Dalam banyak hal, golongan minoriti yang selalunya mendesak golongan majoriti supaya berubah. Himpunan rakyat marhaen di hujung minggu, episod Dato Seri Anwar Ibahim, tindakan pihak pembangkang menggugat kerajaan adalah contohnya. Berbeza dengan yang kerap disindir oleh Dr. Ling, DAP bukannya sebuah parti musuh. Parti itu wujud untuk menyerlah pendapat yang berbeza. Kalau MCA tidak mampu menangani sesuatu isu dengan berterus terang, bererti MCA yang akan kehilangan sokongan. Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan kehilangan sokongan rakyat marhaen kerana Anwar Ibrahim. Kenapakah kerajaan menjadi gugup sehingga tidak sanggup membiarkan sebarang usaha untuk menyewa kemudahan awam untuk majlis jamuan ataupun persidangan? Banyak sangat yang akan menjadi perhitungan dalam setiap putar belit kerajaan itu.

-MGG Pillai-

..............................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com