Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Urusan Hebat

Urusan Hebat
(The Big Deal)
Oleh: Shada Islam/Brussels
Issue cover-dated February 1, 2001

Pada akhir 1999 dulu, WTO (World Trade Organizations) telah mengadakan persidangannya di Seattle, sambil beberapa negara perdagangan Asia menjadi saksinya sahaja. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara European Union (EU) bersidang, ramai penunjuk perasaan yang bermundar-mandir di luar dewan persidangan sambil membantah penubuhan pertubuhan itu. Kini, lebih 12 bulan sudah berlalu, Asia menjadi pusat tumpuan disebabkan beberapa inisiatif merencana beberapa usaha perdagangan terbuka yang mereka lakukan. Terdapat usaha antara dua negara yang mahu berniaga sesama sendiri hinggalah kepada satu usaha melakukan pemasaran yang bebas tariff; menyelubungi Asia Tenggara, China, Korea Selatan dan Jepun. Inilah yang membimbangkan beberapa rakan perdagaan mereka di Eropah, kerana curiga bahawa inisiatif di Asia itu boleh menjejaskan perdagangan mereka dengan Asia dan akhirnya menyekat aliran perdagangan bebas dunia. Asia memerlukan pasaran global dan tidak setakat pasaran serantau sahaja, kata Pesuruhjaya Perdagangan EU Pascal Lamy. “Apabila negara-negara Asian berbincang di meja bulat dengan WTO mereka akan berupaya mendapat banyak peluang menerbus pasaran daripada melakukan perjanjian duahala yang berurutan,” kata Lamy lagi.

Lamy memang nampak ikhlas. Dia mengharapkan sokongan Asia untuk memulakan satu pusingan persidangan perdagangan global. Lagipun bebrapa perwakilan perdagangan di rantau ini sedang berusaha memenuhi agenda masing-masing disebabkan kekecewaan mereka terhadap kegagalan WTO sejak Seattle dulu. Mereka masih marah lagi kepada tindakan negara barat yagn enggan menyerap kepentingan Asian dalam agenda mereka dulu, kata Jean-PierreLehmann, seorang pakar ekonomi di International Institute for Management Development in Lausanne, Switzerland. “Setiap kali berlaku kelompongan dalam perdagangan global, ia diisi oleh usaha orang tempatan,” kata Lehman. Terdapat 170 perjanjian serantau yang sudah dimetrai dan ada lagi 70 perundingan yang sedang rundingkan di seluruh dunia.

Inilah yang merunsingkan Ketua Pengarah WTO Mike Moore. Dalam satu ucapannya kepada menteri-menteri perdagangan kumpulan Mescour yang dianggotai oleh negara Latin Amerika, Moore memberi ingatan agar tidak diwujudkan blok-blok perdagangan yang akan “menngambil sikap bertahan dan juga liar.” Kalau perkara ini dilakukan juga, sitem perdangangan dunia akan berpecah-pecah dan melunturkan usaha ke arah perundingan multilateral yang menuju “bukan kepada kewujudan satu ekonomi dunia terbuka teatapi kepada kewujudan satu sistem yang tidak seimbang di mana negara yang kaya berada di tengah-tengah, memegang segala kuasa untuk memuarbelit, sedangkan negara yang membangun berada di kawasan pinggirannya.”

Sifat ini amat berbeza dengan Amerika Syarikat yang telah merundingkan satu ikatan bernama North American Free Trade Area (NAFTA) dengan Canada dan Mexico, dan jaringan EU mengenai perjanjian bebas-dagang dengan negara jirannya di Eropah Timur dan Afrika Timur. Negara Asian memang tidak ada perjanjian semacam itu.

Korea Selatan, Jepun dan Singapura telah berusaha sejak berminggu yang lalu untuk merundingkan satu urusan yang mampu mewujudkan satu rantau dagangan bebas di Asia Timur. Urusan itu mungkin lebih mirip kepada unsur-unsur politik daripada unsur ekonomi dan mungkin tidak mampu meraih faedah ekonomi yang besar", kata Patrik Messerlin, sorang pakar ekonomi di Institute for Political Studies di Paris.

Beberapa urusan serantau mungkin mempunyai tujuan global. Usaha China untuk meluaskan hubungannya dengan Asia Tenggara mungkin mematraikan satu perhubungan rapat dengan semua negara Asean. Bukan sahaja Beijing mampu mendapatkan kemudahan mengekspot barang makanan dan bahan kasar keluarannya, malahan juga dapat menaikkan maruahnya dalam usaha merundingkan keahliannya dalam WTO,” kata David Camroux di National Foundation for Political Science di Paris.

Di waktu yang sama Asean sedang mengharapkan hubungannya dengan China itu akan menaikkan maruahnya lagi. “Ada perasaan yang mengatakan betapa kerajaan di Asia telah sengaja diperlekehkan terlalu lama dalam persidangan perdagangan dunia. Kerajaan di Asia mahu menunjukkan betapa mereka mampu berdikari,” kata Messerlin.

Namun, Lamy memberi ingatan bahawa perdagangan bebas bukan sahaja bererti potongan tariff. Ia semakin memerlukan usaha untuk menyeragamkan perundangan mengenai dasar persaingan, alam sekitar dan juga masalah social. Dia dan beberapa pegawai EU yang lain negara Asean yang mempunyai jumlah perunding yang sedikit dan sumber yang terhad daripada kemampuan EU memang boleh menjalankan peranan yang lebih berkesan dalam perundingan yang berkaitan dengan WTO di mana mereka mampu berkongsi dengan pihak lain yang mempunyai wawasan yang sama. Inilah perkongsain untuk mendaptakan konsessi perdagangan secara lebih luas lagi, serta mendapatkan urusan kelonggaran yang hebat-hebat daripada sumber yang lebih murah. Inilah isu yang tidak dapat dinafikan lagi, kata Lehman. Untuk kebaikan negara-negara Asia, “sampailah masanya WTO melakukan perundingan global itu secara meluas lagi.”

..............................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com