Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenikmatan Terbaru Untuk Kaum Cina Indonesia

Kenikmatan Terbaru Untuk Kaum Cina Indonesia
(New Year Boost For Chinese In Indonesia)
Oleh: Robert Goh: Straits Times Indonesia Bureau.

Kaum Cina Indonesia mendapat hongbau (angpau) daripada Presiden Abdurrahman Wahid, yang mengisytiharkan cuti tahun baru Cina tahun ini sebagai satu cuti tambahan. Bertahun lamanya, masyarakat Cina di sini menyambut ulangtahun hari lebaran mereka tanpa hingar-bangar yang dicetuskan oleh mercun dan tarian singa.

Kini, presiden Abdurrahman dan pentadbirannya menunjukkan sikap toleransi terhadap budaya Cina berbanding dengan regim yang dulu-dulu. Kerana itu sambutan ‘Imlek’ satu jolokan kepada upacara itu yang dikenali oleh orang tempatan, sudah semakin meriah sambutannya sejak dua tahun yang lalu.

Tidak pula ada petunjuk sama ada kerajaan akan merasmikan hari lebaran itu sebagai cuti penuh yang rasmi pada tahun yang akan datang. Namun, aktivis masyarakat dan pemimpinnya menyambut baik keputusan presiden itu yang dikeluarkan pada hari Isnin. Ia dianggap sebagai satu pengumuman yang bersejarah. Mereka juga mengharapkan banyak lagi perubahan yang akan berlaku ke atas beberapa undang-undang dan amalan yang meminggirkan mereka.

Saudara Suhu Acai, seorang pemimpin kepada Yayasan Pengekalan Budaya Cina Indonesia, berkata bahawa arahan presiden itu telah memperakukan betapa etnik Cina Indonesia telah berjaya menjadi satu masyarakat yang mampu berintegrasi (bercampur-baur) dengan masyarakat tempatan.

“Kami telah berjuang untuk mendapatkan hak ini untuk masyarakat Cina Indonesia. Malahan untuk penyatuan negara ini seluruhnya” kata beliau.

Peguam hak asasi manusia Frans Winarta telah menyambut arahan presiden itu sebagai satu permulaan yang baik dan berpendpat presiden telah bersikap “adil dalam menghormati budaya warisan kami.”

Walaupun banyak perubahannya, masih lagi banyak diskriminasi terhadap orang Cina dan kumpulan minoriti lainnya seperti yang terpahat di dalam hukum perundungan Indonesia.

“Segala asas diskriminasi harus dihumban jauh daripada buku-buku hukum. Terdapat sebanyak 60 peraturan lain yang meminggirkan masyarakat Cina dan minoriti yang lainnya,” kata Saudara Frans.

Presiden memang bersikap tegas dan positif, tetapi yang lainnya dalam kerajaan dan masyarakat itu masih perlu mematuhi contoh tauladannya secara keseluruhannya.”

Ahli parlimen Alvin Lau, yang merupakan segelintir etnik Cina di parlimen Indonesia, turut menyuarakan betapa perlunya dilakukan banyak perubahan lagi.

“Status Tahun Baru Cina sebagai cuti lebaran adalah penting, tetapi ia hanya merupakan satu langkah kecil sedangkan masih banyak perkara yang lebih luas yang perlu dibereskan di Indonesia,” katanya lagi.

“Perjuangan untuk menentang diskriminasi baik yang bertulis sebagai hokum undang-undang mahupun yang diamalkan dalam cara hidup seharian, tidak boleh dilakukan dengan separuh hati.

Ia memerlukan masa yang panjang dan pendirian yang tegas daripada pihak kerajaan.”

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan MT: Kalaulah sahabat kita orang Cina menyedari hakikat ini sedangkan Indonesia telah mencapai kemerdekaannya lebih awal daripada kita di Malaysia ini. Sejak bilakah cuti hari raya Cina diisytiharkan sebagai cuti rasmi negara? Pada tahun 1999? –MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com