Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kabila yang Menghampakan

Kabila yang Menghampakan
(Kabila Failed To Live Up To Expectations)

Bekas presiden Republik Demoktarik Congo (DR) disahkan mati ditembak pada hari Khamis yang lalu. Dia mula berkuasa sebagi seorang presiden pada 1997dengan iringan seribu harapan seluruh dunia untuk memulihkan negaranya. Kematiannya hampir empat tahun kemudiannya oleh tembakan daripda salah seorang pengawal peribadinya menyebabkan negara yang ditinggalkannya itu berperang lagi kerfana di situ memang sudah sedia terkumpul beberapa kelompok askar bersenjata yang lengkap dengan segala kelengkapan perang tercanggih di dunia. Mereka inilah yang berantakan sejak dua tahun yang lalu.

Kongo adalh sebauh negara yang kaya dengan sumber buminya. Ia merupakan negara ketiga terbesar di seluruh benua Afrika. Kabilla naik memegang kusa dulu selepas ratusan ribu manusia terbunuh dalam satu peperangan melawan bekas sekutunya, sehinggakan sekitar 1.5 manusia menjadi mangsa kehilangan rumah tangga mereka.

“Kematian Kabilla tidak akan menamatkan konflik yang ada. Ia hanya merumitkan lagi situasi yagn sememangnya berserabut itu.” Demikian pendapt bekas presiden Botswana, Ketumile Masire, yang telah dipilih sebagai ketua perunding oleh pemimpin Afrika tetapi telah ditolak oleh Kabila.

Pada hari Rabu yang lalu, kabinet Kabila telah melantik anaknya yang berumur 31 tahun, Joseph Kabila untuk menyambung tugas seorang priseden untuk menentukan kesinambungan pemerintahan. Joseph Kabilla pernah menerima latihan di China dan sebelum itu merupkan ketua turus angkatan tentera Kongo.

Sebelum Mei 1997 dulu, Kabilla tidak bdikenali ramai. Tetai dia tellah lama memrangi dictator Mobutu Sese Seiko dan muncul setelah berkempen selama lapan bulan mengganyang dictator itu, denan bantuan pasukan bersenjata Rwanda dna Uganda yang diketuainya.

Tidak lama kemudiannya, Kabilla telah mengusir keluar tentera Rwanda yang bermati-matian dalam peperangan di kawasan belantara. Kesannya membuatkan permberontak Tutsi bangkit denan sokongan Rwanda dan Uganda untuk menyerangnya pada Ogos 1998.

Rwanda yang merasa terancam kerana keselamatan sempadannya, elah menuduh Kabilla kerana mengamalkan nepotisme dan kronisme. Acnaman Rwanda itu menarik minat Zimbabwe, Angola dan Namibia untuk mengirimkan peralatan dan anggota tentera. Satu perjanjian tealh disain di Lusaka, ibukoa Zambia pada 1999. Namun perjanjian itu gagal disebabkan mungkirjanji yagn dicetuskanoleh tembakan semula oeh semua pihak. Psukan pemberontak sudah menguasai sebahagian besar bahagian Timur dan sebahagian kawasan utara Kongo. Kabila menuduh Rwanda dan Uganda dalam konflik itu dan menuntut agar mereka mengundurkan tentera dulu sepagai pra-syarat untuk meneruskan perundingan.

Para penyokkong Kabilla menyalahkan konflik yang berpanjangan itu sebagai penghalang kepada usaha Kabilla untuk melaksanakan wawasannya – perpaduan negara, kedaulatan negara dan proses pemulihan. Diluar negara imej Kabilla menurun kerana dia dikenal sebagi seorang yang suka bersendirian tanpa berminat untuk menjalin keamaanan.

Satu penghantaran misi keselamatan PBB telah tertunda kerana Kabilla mempunyai fikiran berbeza mengenai ke mana mereka harus berugas dan bila mereka boleh menjalankan tugas. Segala usaha untuk berdialog mengenai masa depan negara kerap terbantut kerana Kabilla enggan menemui pemimpin pemberontak dan mudah menolak usaha Masire.

Laurent Desire Kabila telah dilahirkan pada 1939 di Jadoville di Kongo yang masih dijajah oleh Belgium. Dia mempelajari falsafah politik di sdebuah universiti di Peranchis dan menjadi aktif dalam dunia politik Kongo ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1960. Berbadan gempal dan berkepala licin, dia pernah mengambil kira antara sahabatnya dulu; ialah Erneso “Che” Guevara, yang pernah berjuang di Timur Zaire pada awal 1960-an.

Pada 1965, Kabilla menganggotai satu kumpulan pemberontak yan dipimpinoleh Pierre Mulele, yang menjadi seorang meneri kabinet Patrice Lumumba. Itulah kerajaan yang wujud lima tahun sebelumnya ketika negara itu hampir berpecah-pecah sebaik sahaja kemerdekaan dicapai.

Ketika itu Mobuto menjadi ketua angkatan tenterdan berjaya merampas kuasa tanpa pertumpahan darah yang menumpaskan pemberontak. Namun, Kabilla terus kekal dengan wawasannya.

Beberapa ketua negara di Afrika berpendapat, Kabilla yang bukan merupakan anak kaum Tutsi telah menjalin hubungan dengan orang Tutsi selama itu dengan niat untuk mewujudkan satu wilayah besar Tutsi (Tutsiland) di Afrika Tengah. Kabilla menolak teori mereka itu.

Kabilla telah berkahwin dengan beberapa wanita hingga menghasilkan ramai zuriatnya. Kabilla merasa nikmat perjuangannya selama 30 tahun itu selepas mampu menumpaskan Mobuto Sese Seiko dengan bantuan ‘Allianc of Deocratic Forces for the Liberation of Congo-Zaire (AFDL) yang diketuainya dan dibantu oleh seorang etnik Tutsi bernama Banyamulenge.

“Perjuangan saya yang panjang adalah laksana menabur baja di atas ladang. Tibalah masa untuk menuai hasilnya.” Inilah kata-kata Kabilla dalam bahasa Inggeris yang fasih kepada Reuters satu ketika dulu.

Sebaik merangkul kuasa Kabilla mengharapakan semua prtipolitik melainkan AFDL. Inilah yang meminggirkan pihak pembangkang. Dia menjanjikan pilihanraya umum pada April 1999, tetapi gagal menepatinya. Hubungannya dengan masyarakat antarabangsa terus tergugat apabila PBB cuba menyelidik kisah penyembelihan sekitar 20,00 pelarian Hutu oleh tenteranya ketika peperangan yang menaikkan kuasanya.

Ekonomi negaranya merudum walauopn dia memperkenalkan satu matawang baru bernama Congolese Franc yang terpaksa diubah-ubah kadar tukarannya berkali-kali. Kerajaannya enggan membayar balik hutang lama bernilai USD14 bilion yang dibuat oleh kerajaan Mobutu dulu.

Beberapa institusi kewangan antarabangsa bertindak meminggirkannya. Inilah juga yang membuatkan kerajaan gagal melaksanakan rancangan pemulihan negaranya.

-Reuters-

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com