Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dilema Mahathir

Dilema Mahathir
(Mahathir’s Dilemma)
Oleh: Peter Codingley
Asiaweek: January 26, 2001 Col.27 No.3

Kata-kata hamunan itu adalah semacam yang kerap keluar daripada mulut Mahathir Mohamad kerana tidak senang hati terhadap para menteri dan juga para pegawai partinya. Tetapi, pada kali ini perdana menteri pula yang menjadi sasaran hamunan itu. Inilah adegan yang berlaku pada satu mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada bulan Disember yang lalu. Pegawai tinggi parti terkejut menyaksikan babak itu ketika seorang ahli parti, Shahrir Abdul Samad memberitahu perdana menteri bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawb kepada kekalahan yang mengaibkan parti. Shahrir merujuk kepada kekalahan di pilihanraya kecil yang baru sahaja berlaku sebelum itu. Mengikut cakap seorang ahli parti yang hadir di mesyuarat itu, Mahathir terkejut dan tidak mampu berkata-kata banyak untuk mempertahankan dirinya. Siapa bolah sangka seorang pemimpin negara yang paling lama di Asia boleh diaibkan di hadapan para pegawai tingginya? Apatah lagi apabila yang menghamun itu masih boleh bangkit selepas mesyuarat itu, tanpa dipenggal kepalanya? Malaysia sedang mengalami banyak perubahannya. Masalah yang dihadapi oleh Mahathir yang sudah pun berusia 75 tahun itu, mengikut para kritik, terletak kepada kegagalannya untuk mengikut rentak suasana. Satu ketika dulu dia mampu memperalatkan perasaan benci-membenci yang memecahbelahkan pihak pembangkang kepada puak yang Islamik dengan puak Cina. Keadaan seperti itu sudah lama berlalu. Mahathir tidak lagi dapat bergantung kepada sokongan orang Melayu. Ramai yang telah menentangnya. Mereka masih merasakan kepahitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka agar mereka dapat berkongsi kekayaan negara, tetapi dijadikan alat untuk mengagihkan kekayaan kepada peniaga kroni sahaja. Para pelabur asing telah cabut lari, mengadu betapa prubahan yang penting telah sengaja diabaikan untuk memajukan ekonomi para kroni.

Ramai rakyat marhaen berfikir apakah yang sudah jadi kepada impian mereka melihat kewujudan sebuah negara yang moden, yang dapat dihuni bersama oleh sebuah masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya. Mahathir sudah memerintah selama 20 tahun. Negara ini masih lagi berpecah-pecah mengikut susur-galur perkauman dan kasta sosial. Satu kajian yang dilakukan akhir tahun lalu di Universiti Malaya telah mengejutkan negara. Kajian itu mendapati hanya 10% pelajar yang menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia, dulu. Yang lainnya memberikan keutamaan identiti mereka sebagai Melayu, Cina ataupun India. Tetapi dlam dunia politik, satu bentuk Malaysia baru sedang muncul. ‘Reformasi’ sudah menjadi slogan perjuangan para penyokong mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim yang kini masih terpenjara. Semangat itu masih kukuh memberikan harapan betapa tembok besar perkauman itu akan runtuh juga. Tian Chua, timbalan presiden Kadilan yang berada di pihak pembangkang yang didominasi oleh orang Melayu tealh berkata: “Korupsi dan kronisme adalah isu yang lebih besar daripada masalah indentiti bangsa”.

Kaum – adalah perkataan yang mempunyai empat abjad yang mudah mencetuskan masalah besar di Malaysia – seperti mudah dibca di muka hadapan akhbar-akhbar, kebelakangan ini. Sebuah pertubuhan Cina yang bertindak sebagai kumpulan pendesak telah mengemukakan satu permohonannya. Inilah yang digunakan oleh Mahathir untuk meraih simpati orang Melayu dengan melabelkan kumpulan itu dan juga para pengikutnya sebagai kumpulan pelampau. Malangnya, pemimpin pembangkang telah bersetuju mengenal pasti musuh bermasa mereka: Mahathir.

Satu contoh terbaik sudah teserlah seperti yang dialami oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mahukan sebuah negara Islam tetapi kini cuba merapati masyarakat Cina. Kini, PAS mencetak akhbar parti DAP, ROCKET, yang diterbitkan dalam bahasa Inggeis dan Melayu. Akhbar itu muncul berselang-seli dengan HARAKAH, akhbar PAS, sebagai menjamin adanya terbitan parti pembangkang untuk bacaan rakyat marhaen. “Dulu, politik berkembang mengikut susur galur perkauman, tetapi kini yang menjadi isu ialah keadilan, penapian hak manusia dan usaha mendaptkan hak itu semua,” demikian yang dikatakan oleh setiausa agong Pas, Nasharudin Mat Isa. “Itu sebabnya para penyokong kami membaca akhbar parti kawan.” Secara peribadinya, warga muda parlimen daripada DAP dan PAS berpendapat mereka mudah saling bekrjasama. Seorang ahli perlimen PAS berkata: “kami masih muda dan sedar bahawa kamilah yang berada di dalam kubu untuk berjuang dalam peperangan yang sama.”

Sementara itu, semakin ramai pemimpin masyarakat dan politik, termasuk juga yang masih bertugas dengan kerajaan, menyuarakan pendapat yang tidak pernah difikirkan dulu: bahawa sudah tibalah masanya untuk melakukan kajian semula terhadap DEB. Rancangan keistimewaan ini telah diperkenalkan pada 1971 untuk menghapuskan kemiskinan dan menambahkan saham bumiputra (orang melayu dan pribumi yang lain). Antara kebaikannya, ia menjamin tempat untuk memasukki universiti, keistimewaan untuk mendapatkan kontrak kerajaan, kemudahan pinjaman bank, pembelian saham dengan harga diskaun. Sambil mengakui bahawa DEB sebagai alat yang penting pada satu ketika dulu, penggiat reformasi bependapat juga bahawa DEB itu kini yang membuatkan orang Melayu menjadi lembab hingga terpalit kepada Malaysia dan tercetus pula apa yang ditulis oleh Bakri Musa sebagai ‘otak subsidi’.

“Lagi cepat negara ini membiarkan kewujudan masyarakat yang bersaing, lagi baik kesannya nanti,” kata peguam T. Kuhanandan. “Akhirnya, Malaysia akan terpaksa mengamalknan sikap meritokrasi yang dikenakan oleh WTO (World Trade Organization), pengaruh siber dan globalisasi terbuka,” katanya. “Kita terpaksa bersaing dan berdiri di kaki sendiri.”

Perdebatan mengenai masadepan DEB bermula sejak 1999, apabila Suqui (yang bererti rayuan) mengeluarkan satu memorandum mengandungi 83 fasal untuk menghapuskan perbezaan di antara bumiputra dan bukan bumiputra. “Hak keistimewaan harus didasarkan kepada perlindungan dan peningkatan status sektor yang lemah dan bukannya kepada kaum, latarbelakang sosial dan kepercayaan beragama,” kataknya. Ramai yang bersetuju. Seorang ketua penyelidikan di sebuah firma saham yang berbangsa cina dan tidak mahu namanya disiarkan berkata: “Kita sedang hidup di bawah naungan kuota pribumi dalam setiap aspek kehidupan – di sekolah, di universiti dan dalam dunia perniagaan. Memang ada unsur kebaikan dalam peruntukan keistimewaan itu tetapi apakah ia mesti dikekalkan selama-lamanya?”

Cadangan Suqui untuk membasmi hak keistimewan Melayu itu tidak diterima dengan mudah oleh beberapa kumpulan Melayu, walaupun cadangan yang lain disokong secara prinsipnya sebelum berlangsungnya pemilu 1999 dulu. Sokongan ini pun dibuat oleh tiga parti Cina yang menganggotai Barisan Nasional. Tetapi, apabila Suqui menerbitkan cadangan itu di laman web baru pada Ogos lalu, kehangatan politik pun naik membara. Seperti yang diungkit oleh parti pembangkang, Mahatahir telah mengambil peluang untuk memomokkan kumpulan pendesak Cina itu dengan tujuan meraih simpati para penyokong UMNO sekali lagi. Dengan bantuan berurutan pihak media massa, Mahathir menuduh kumpulan itu sebagai berpendirian ‘ekstrim’ dan menuduh mereka berlagak laksana komunis, yang majoritinya adalah orang Cina di tahun 1960-an. Tindakan Mahathir itu memang bersifat ‘classic’, tetapi di waktu yang sama itulah satu taktik yang besar kesilapannya. Para pengkritik berpendapat, itulah gerak kerja yang menampakkan betapa Mahathir sudah ketinggalan masa untuk memimpin Malaysia yang baru.

Beberpa minggu kemudiannya, satu pilihanraya kecil telah berlangsung di Lunas, Kedah. Pengundi Cina bertindak balas terhdap perdana menteri dan membantu calon Kedilan menang di situ. Satu ketika itu kawasan pilihanraya itu merupakan satu kawasan yang selamt untuk BN, lagipun ia berada di dalam negeri di mana Perdana Meneri dilahirkan. Namun, ia jatuh ke tangan pembangkang, 42 tahun selepas kerajaan berkuasa di situ. Memang tidak terbayang aib yang dating melanda. Lim Guan Eng, timbalan presiden DAP berkata bahawa orang Cina telah menunjukkan betapa mereka pun ada maruah diri. “Mereka marah krana pada pemilu 1999 dulu mereka memberikan undi kepada pihak kerajaan, sebaliknya mereka disamakan dengan komunis dan kumpulan pelampau dan dituduh tidak tahu bersyukur pula,” jelas Lim. Lim pernah dipenjarakan satu tahun di atas tuduhan menghasut dan menerbitkan berita palsu. Di fikir bahawa Mahathir sedngaja mencetuskan sentimen hangat terhadap orang Cina semata-mata mahu meraih kembali sokongan orang Melayu. Nayata ini bukannya satu dasar kepimpinan yang baik. “Sesiapa sahaja yang memainkan bendera perkauman akan menghadapi cabaran yang menakutkan,” kata Abdul Razak Baginda, pengarah ekskutif Malaysian Strategic Research Centre (Pusat Kajian Strategi Malaysia).

Kini, orang Melayu bukan sahaja enggan menyokong Mahathir dalam masalah tuntuan masyarakt Cina dalam usaha memperbaiki ekonomi mereka, malahan ramai orang Melayu yang menganggap bahawa Mahthir adalah punca segala masalah itu. Ramai yang berpendapat hanya pengundurannya yang akan menyelamatkan UMNO. “Dia merupakan hanya seorang pemimpin parti yang saya kenal yang menjadi bebanan kepada partinya,” kata Shahrir. Masalah itu bermula daripada episod Anwar yang satu ketika dulu dipilih sendiri oleh Mahathir untuk menggantikannya. Rakyat marhaen naik marah cara Anwar diaibkan, dipukul dalam tahanan sehingga lebam matanya, dan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan (palsu) menyalahgunakan kuasa dan s****i. “Ramai orang menghrapakan UMNO dianggotai generasi baru yang mampu bergerak maju secara lebih liberal dan meyakinkan,” kata timbalan presiden Kedilan, Tian Chua. “Rakyat berpendapat Anwar mampu melakukan semua itu. Mereka melihat itulah formula terbaik untuk masa depan negara yang dipimpin oleh Anwar sebagai penyambung kepada kemipinan Mahathir sekarang ini. Apabila Anwar diaibkan, semua impian itu jatuh berderai.”

Bukan itu saja. Ramai orang Melayu yang berkata Mahathir telah menyongsangkan wawasan yang dimaksudkan dalam DEB itu. Dia telah menyalahgunakan dasar itu sebagai satu dana kebajikan masyarakat untuk memberikan kenikmatan kepada beberapa peniaga yang terpilih dan rapat dengan pemimpin politik. Sayangnya, hampir semua mereka itu gagal, segagalnya. Di antara mereka terdapt Bilioner Tajuddin Ramli, yang telah membeli saham kerajaan dalam Malaysian Airlines (MAS) pada 1994. Sebgai anak kepada seorang petani, Tajuddin telah dipuji dalam bebrapa majlis rasmi kerajaan sebagai satu contoh seorang insane yang mampu menjadi kaya raya. Tetapi, setelah tiga tahun berlalu, kerugian terus naik laksana dedalu, system penerbangan itu dibeli balik dengan perkiraan yang sungguh lumayan, bulan yang lalu. Kerajaan telah membeli balik saham sebanyak 29% itu dengan harga USD$470juta – lebih dua kali ganda daripada harga semasa. Seorang ahli sains politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata: “ Krisis kewangan 1997 telah mendedahkan keadaan sebenar bagaimana kerajaan telah membantu individu yang pilihan untuk naik melonjak menjadi orang atasan.”

Putarbelit perniagaan seperti yang berlaku kepada pembelian balik MAS telah menakutkan para pelabur asing. Hampir USD$2.6 telah ditarik keluar daripada pasaran saham sejak enam bulan yang lalu. Kemasukan pelaburan asing telah merudum ke tahap yang paling bawah sekali. Pelbagai program penswastaan yang direncana pada 1980-an membabitkan pelabuhan, lapangan terbang, jalanraya, saluran najis, dan saluran airpaip yang telah diagihkan kepada swasta itu, kini semakin terserlah tahap kemajuannya. “Penswastaan telah hilang arahnya,” kata Chong Sui San, ketua pegawai pelaburan di Malaysia British Assurance di Kuala Lumpur. Kerajaan terpaksa memikirkan idea baru dan mengemukakan acuan baru pula.” Ketua Hakim Negara yang baru pun merungut mengenai sikap pelabur yang kehilangan keyakinan mereka. Selepas bertemu para hakim pada Januari 13 yang lalu, Mohamed Dzaiddin Abdullah telah memberitahu para wartawan; “Saya beritahu para hakim untuk menyedari hakikatnya bahawa persepsi negatif yang ada telah menyekat peluang negara untuk terus maju. Syarikat multinasional dan juga pelabur asing enggan melabur kerana mereka tidak nampak suasana pelaburan yang selamat.”

Mahathir bertegaas bahawa dialah pakarnya dalam memilih siapa yang patut dibantu oleh kerajaan. “Saya bantu orang yang mempunyai keupayaan,” katanya. “Kalau anda mempunyai kelayakan itu dan mampu melaksanakan sesuatu dengan betul, saya akan bantu. Saya tidak kisah apa dunia akan kata, tetapi saya akan tolong anda kerana itu adalha tugas saya. Mana ada kronisme dalam perkara itu?” Mesej yang sams elah disampaikan oleh perdana menteri ketika berucap kepada pegawai tinggi kerajaan pada 13 Januari yang lalu. “Ada mereka yang merasakan kerajaan ini tidak islamik dan bergelumang dengan korupsi dan kronisme, katanya. “ Persepsi semacam ini mungkin melemahkan usaha pembangunan kita, tetapi ia bukannya satu petanda yang baik. Kalau ia dibenarkan merebak, negara ini akan hancur akhirnya. Negara ini akan hancur dalam masa dua hingga tiga tahun.”

Di bawah kepimpinan Mahathir, Malaysia telah membangun daripada sebuah ekonomi yang tertumpu kepada pertanian kepada sebuah negara yang membangun dalam bidang teknologi dan pendidikan. Dia telah menempatkan negaranya di satu tahap yang disegani di bidang antarabangsa dan telah menanamkan satu semangat kebanggaan di kalangan rakyat terhadap negaranya dan kejayaannya. Azim Mohamed Zabidi, seorang ahli majlis tertinggi UMNO dan juga pengerusi Bank Simpanan Nasional berkata; “Sejarah akan merakamkan kejayaan perdana meneri itu dengan baik.”

Tiga puluh tahun setelah menulis “Dilema Melayu”, sebuah buku yang penuh kontroversi yang berterusterang menyoal peranan orang Melayu dalam masyarakatnya, Mahathir kini berhadapan dengan dilema bikinannya sendiri. Memang dia mahukan sebuah Malaysia yang moden, multikaum dan secular. Tetapi taktik yang digunakannya itu sudah ketinggalan zaman dan kini memusuhi wawasannya. Jurang perkauman itu disiatnya sehingga koyak dengan memutarbelitkan rayuan orang Cina yang berambisi sebagai mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Dia memisahkan rakyat marhaen Melayu dengan cara mengagihkan kekayaan negara kepada sukusakat dan para sahabat. Buku Dilema Melayu Mahathir itu dulu, ditulis ketika beliau berada dalam kekalutan politiknya. Apakah dilemma terbarunya ini akan menjadi bab terakhir dalam hikayat kerjayanya?

-Asiaweek-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com