Di Landasan Rata
(On The Right Track)
Oleh: Santha Oorjitham
Asiaweek: Friday, January 21, 2001
Pada bulan hadapan, seorang pelakon veteran yang juga merupakan penulis skrip dan pengarah drama Malaysia, Chin San Sooi akan mementaskan satu drama yang dibintangi satu barisan pelakon daripada pelbagai kaum. Pementasan drama itu akan membawa jauh ingatan Malaysia kepada satu era ketika negara tidak lagi dipengaruhi polarisasi perkauman. Cerita itu bukan berkisar mengenai Yap Ah Loy seperti yang pernah diarahkannya pada 1985 yang berkisar pada 1800-an dulu (tetapi kini sedang ditulisnya semula sebagai satu muzikal dengan Komposer Johan Othman).
Chin akan mementaskan satu drama muzikal bertajuk KL Sentral (pementasannya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada Feb. 28 hinggalah Mach 3) yang menyorot kepada kisah hidup di kawasan perumahan pekerja keretapi ketika Malaya baru sahaja mencapai kemerdekaan pada 1957. Mungkin secara kebetulan, hab pengangkutan terbaru Malaysia yang mempunyai nama yang serupa dijadual akan dibuka secara rasminya. Di sini nanti akan bercantum segala bentuk pengangkutan, keretapi, transit rel ringan dan monorel, sambil memberikan khidmat tempahan tempat duduk di KLIA (Kuala Lumpur International Airport).
Chin adalah pengasas Five Arts Centre, kerana itu tema dua produksi itu adalah serupa saja. Pada 1986 (sila lihat keluaran kami 5/1/86), Chin pernah memberitahu Asiaweek betapa melalui ‘Yap Ah Loy’ dia cuba membayangkan secara sedar di bawah minda , “satu era di mana sempadan tidak dipeningkan, dan manusia bergaul sama serupa.” Drama itu menonjolkan Yap, seorang anak kaum Hakka daripada China Selatan yang tiba di Semenanjung Tanah Melayu pada 1854 untuk bekerja dengan pamannya dan kemudiannya naik untuk menjawat pangkat sebagai “Kapitan China III” Inilah pangkat yang diberikan secara lantikan oleh masyarakat Cina 15 tahun kemudiannya. Dia pernah berjuang untuk Tengku Kudin (berpangkat datuk kepada perdana menteri pertama Malaysia, Tengku Abdul Rahman) sebelum menjadi seorang majistret dan ahli dewan negeri.
Dalam KL Sentral Chin menunjukkan orang India, Cina dan Melayu yang “hidup selesa di rumah mereka. Mereka bermain dan berjuang sambil berganding bahu. Mereka hidup bersama dan mengambil kisah akan masalah yang berlaku di kalangan mereka.”
KL Sentral adalah satu hasil kerja yang sungguh berambisi dan personal sifatnya. Ketika dia melakonkan drama berkonsepkan 1985 dulu dia mempunyai enam lagu dengan melibatkan 16 pelakon. Tetapi, dalam KL Sentral dia mempunyai barisan pelakon seramai 46 orang dan seluruh pementasan itu diselubungi iringan irama. Dalam drama Yap Ah Loy dulu plot drama “terpaksa mengambil kira beberapa peristiwa”. Tetapi dalam musikal terbaru ini adalah berasaskan ingatan Chin dan imaginasinya. Dia dilahirkan di kuarters-keretapi pada 1941. bapanya memulakan kerjayanya sebagai seorang kerani keretapi (KTM- Keretapi Tanah Melayu) dan seterusnya naik menjadi ketua stesen (stationmaster) di Ipoh dan Singapura. “Saya berpendapat kuarters keretapi itu adalah pusat kepada dunia ini,” kata Chin (kerana itu di babak terakhir KL Sentral akan ditonjolkan konsep “jantung sebuah negara”. Dulu, Chin mempunyai kebebaan untuk mendapatkan pas percuma menaikki tren sehinggalah dia mula bekerja.
Dalam pementasan itu nanti, anak-anak dari pelbagai kaum akan main bersama – walaupun ada kalanya mereka menyakat anak hasil perkahwinan di antara seorang Sikh dengan seorang Cina. Kaum wanita saling bantu membantu ketika munculnya hari lebaran untuk menyediakan juadah mereka. Kaum lelaki memang berkongsi pengalaman mengenai ancaman komunis ketika itu. Di malam hari tren malam akan bergerak selepas didahului oleh satu tren pelindung yang memandu perjalanan untuk mengelakkan cubaan sabotaj. Orang lelaki muda berehat di Railway Recreation club selepas waktu kerja. Muzik yang dicipta oleh Johan Othman (yang kini mengajar di Universiti Sains Malaysia) memang mempunyai unsur multi-kaum. Tujuh pemain muzik akan turut serta memainkan tabla, tamburin, piano, cello, gitar, gendang Cina, serunai dan alat perkayuan.
Chin kelihatan lebih optimis berbanding 1985 dulu. Ketika itu dia bercerita kepada Asiaweek bahawa Yap Ah Loy “adalah satu visi yang sepatutnya sudah berlaku. Kita telah terlepaskan sesuatu yang tidak ada lagi di situ. Ia mengisahkan bagaimana manusia berinteraksi sesama manusia kerana kemanusian dan bukan kerana perkauman.” Dia berkata KL Sentral adalah satu gambaran “cara hidup orang Malaysia tanpa politik. Watak Spirit of Twilight menyanyikan “impian biasa” dan “minda bersama.” “Saya yakin semua itu masiah lagi segar kalaulah orang politik tidak menyerlahkan mainan politik,”kata Chin lagi.
-Asiaweek-
.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua