Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Manusia yang Resah Gelisah

TAG005 b

Manusia yang Resah Gelisah
(A Restless People)

Terdapat lebih satu juta manusia yang merempat di negara sendiri di Indonesia. Ini merupakan lebih satu pertiga daripada jumlah manusia sekitar 2.4 juta banyaknya yang ditakrifkan sebagai golongan IDP (internally displaced people). Di Asia, hanya orang Afghan yang dianggarkan sekitar 200,000 IDP dan sebanyak 1.2 juta pelarian yang berada di Pakistan dan menghadapi masalah yang lebih serius lagi.

Mengikut perangkaan kerajaan, lebih 400,000 pelarian terdapat berselerakan di seluruh Maluku. Mereka lari daripada kemelut rusuhan di kepulauan sekitar dan menyebabkan lebih 4,000 nyawa yang terkorban. Ribuan lagi telah melarikan diri ke provinsi berdekatan seperti di Sulawesi Utara.

Lebih 60,000 orang Madura belum lagi pulang ke kampung halaman mereka di Sambas Rijensi, Kalimantan Utara. Pada Mach 1999, mereka lari kerana melepaskan diri daripada bencana rusuhan kaum di antara orang Melayu dan Dayak yang berjiran. Kini, ramai yang duduk di khemah perlindungan di Kalimantan Barat, sedangkan ramai lagi yang telah pergi ke Madura, sebuah pulau yang miskin di sebelah Pulau Jawa. Pulau itulah yang merupakan asal usul pelarian kaum Madura itu.

Timur Barat masih memberikan perlindungan kepada 100,000 orang Timur-Timur yang menunggu dipindahkan kerana tekanan kumpulan militia yang pro-Jakarta. Inilah kumpulan yang menentang kepulangan orang pelarian itu.

Di Aceh, kumpulan pelarian yang menganggotai pergerakan pemisah dan mendesak kemerdekaan daripada Indonesia Raya, masih lagi berombak keadaannya, mengikut pergolakan perjuangan mereka. Ramai yang lari mencari perlindungan untuk satu masa yang pendek. Pada 1999, jumlah pelarian Aceh bercambah melebihi 200,000. Namun mereka pulang juga ke kampung halaman akhirnya.

-Dini Djalal-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com