Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Peluru Kapur

MGG2001

Peluru Kapur
(Fwd: Firing Blanks)

Angin omongan semakin kencang kini, mengatakan Rais Yatim sedang ditiup kegelisahan, kerana kuasa sebagai menteri undang-undang yang masih dipegangnya akan bertukar tangan. Dia diktakan akan melepaaskan jawtan itu untuk menjadi meneri hal ehwal luar negara. Sebab omongan ini berpunca daripada cerita dongeng mengatakan Perdana Menteri tidak selesa dengan sikap terung terang Rais mengenai keadaan sistem kehakiman negara yang sungguh teruk imejnya.

Para juak ‘loyalis’ Mahathir meramalkan tempat Rais itu akan digantikan oleh Syed Hamid Albar.

Jentera putar alam memang giat mencanai cerita dongengan betapa Mahathir memeng tidak selesa dengan Rais kerana sikapnya yang tidak mudah menjadi tukang angguk seperti yang diamalkan oleh ahli kabinet yang lain. Soalnya sekarang kenapakah mereka tidak fikirkan kemungkinan Rais digugurkan sahaja daripada barisan kabinet itu?

Rais memang mudah bersuara lantang mengenai system pengadilan di negara ini. Dia memang bersetuju kalau diadakan satu rombakan untuk memperbaiki keadaan. Kelantangannya itu dilihat oleh banyak pihak terutama sekali oleh DAP betapa Rais sudah tidak sebulu dengan perdana menteri apatah lagi dengan ahli kabinet yang lainnya.

Teapi, mereka ini sengaja meremehkan beberapa pendapat Rais yang jelas. Termasuklah arahan Perdana Meneri yang memintanya menyemak system kehakiman itu dengan menubuhkan jawaankuasa khas kabinet mengenainya.

Berita perubahan dalam kabinet yang diumumkan semalam tentu sekali menghampakan kumpulan omong-omong ini. Mereka mengharapkan satu pengumuman yang mampu menggegarkan dan mencetuskan perpecahan dalam kerajaan. Mahathir telah menghampakan impian mereka.

Mereka mahu melihat Rais ditukarkan ke kementerian Luar Negara untuk membolehkan mereka terus berpeleseran ke merata negara memukul canang dongengan lagi dengan mengatakan Rais sudah dihukum oleh Mahathir.

Sebelum ini Rais disebut telah memalukan Mahathir kerana mencetuskan perbalahan dengan bekas Ketua hakim Negara, tun Eusoff Chin. DAP, PRM, PAS dn juga Keadilan telah menuduh Mahathir cuba campur tangan dengan urusan pengadilan, termaasuklah menentukan hakim yang mana untuk dibawa berunding bersekongkol dengannya mengenepikan mantan timbalannya Anwar Ibrahim.

Selain cerita itu, Siti Zaharah, Menteri Kebajikan pun disebut-sebut akan digugurkan. Dalilnya kerana beliau dianggap sebagai penyokong Anwar Ibrahim. Dalam satu majlis pemilihan ketua UMNO dulu, Zaharah telah disokong kuat oleh Anwar sehingga mampu mengalahkan Rafidah Aziz untuk menjadi ketua Wanita UMNO. Zaharah masih kekal sebagai menteri walaupun dia sudah kalah dalam pilihan jawatan UMNO yang terbaru dulu.

Untuk memecah-belahkan MCA ada kumpulan yang menabur fitnah bahawa Menteri Kesihatan Chua Ju ming akan digantikan kerana Ling Liong Sik tidak serasi dengannya. Chua masih kekal di jawatannya. Menteri Penerangan, Khalil Yaakob pernah diramalkan akan digugurkan oleh Perdana Menteri. Hampir semua ramalan tukang canang ini tersalah sasar.

Tetapi, kita tentu tidak akan terkejut kalau mereka canangkan serita dongeng lagi bahawa satu lagi rombakan kabinet akan berlaku juga. Mereka akan mencetuskan suasana keseronokan, ketidak-senangan, dan saspen secara berterusan. Mereka memang gemar melihatkan negara ini sentiasa bersiap siaga dengan ‘mood’ menghadapi satu pilihanraya umum pula.

-Right Might-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com