TAG 4
Lantunan
(Bouncing Back: Oleh S. Jayasankaran/Kuala Lumpur)
INVENTION: ISSUE COVER-DATED January 18, 2001)
Manusia menghadapi masalah dengan getah kerana tidak mampu memusnahkannya semasekali apabila diperlukan. Di Amerika Syarikat, lebih 300 juta tayar dibuang setiap tahun sehinggakan sudah ada lebih dua billion tayar terbuang yang disumbatkan di lubang-lubang besar dan tempat buangan sampah di seluruh negara itu. PBB telah memberi amaran betapa getah yang terbuang kini merupakan salah satu masalah utama dunia.
Mungkin ada insan yang mahu menempelak Charles Goodyear kerana semua masalah ini. Pada tahun 1839, dia terserempak dengan teknik memanaskan getah asli dengan belerang ataupun peroksida. Inilah yang kini dikenal dengan terma ‘vulcanization’ (vulkanisasi). Proses ini mampu menghasilkan pembikinann tayar kereta. Malangnya hasil proses itu terlalu kuat dan teguh untuk dikitar balik kepada bentuk asalnya. Sejak itu dunia masih tercari-car cara yang mudah untuk mengitar semula tayar ataupun untuk memusnahkannya.
Seorang usahawan Malaysia, Vinod Sekhar, memang amat mengharapkan masalah yang sedia ada itu dapat dijadikan satu usaha yang menguntungkan. Kerana itu dia menyenaraikan syarikatnya di pasaran saham Kuala Lumpur, sebgai sebuah syarikat yang mempunyai satu formula untuk mengitar semula getah seperti yang dicipta oleh bapanya.
Pada 1995, Balachandra Sekhar, merupakan bekas ketua eksekutif Institut Penyelidikan Getah (Asli) di Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya mencipta formula yang disebut itu bersama seorang pakar getah tiruan berbangsa Russia, Vitaly Kormer. Ciptaaan mereka adalah satu penemuanbaru yang mampu merobah industri getah dan persekitaran dunia. Mereka telah berjaya menemukan formula untuk mengitar semula getah yang pejal itu untuk mengembalikan sehingga ke tahap 80%, unsu-unsur getah yang asli.
Usaha Vinod Sekhar bersma-sama rakan niaganya dimulakan dengan membina sebuah kilang pada 1996 di Malaysia. Tetapi, keadaan ekonomi Asia merudum. Kini, dengan berbekal hak rekacipta bersifat ‘global patent’, Sekhar berniat untuk memasarkan hasil ciptaaan yang dipegangnya itu ke seluruh dunia.
Penemuan tersebut memang akan menukarkan wajah industri pembikinan getah. Selaindaripada memberi kemudahan komersial yang berbentuk penyelesai masalah yang mencemar persekitaran global, formula yang ditemui itu akan mengurangkan kos buatan dengan cara mengnyahkan bahan-buangan di antara 5% hingga 40%, bergantung kepada barangan yang mahu diproses itu. Satu bahagian bahan getah terbuang yang murah harganya boleh dicampurkan dengan getah asli yang memang mahal harganya untuk menghasilkan pelbagai barangan - daripada sarung tangan kepada sisip pakaian ‘scuba’; tanpa sebarang penurunan dala kualiti hasil barangan itu.
Bagiamankah proses ini boleh dilaksanakan? Sejenis ‘compound’ bernama Delink yang merupakan sebatian yang dianggap satu rahsia perniagaan, dicampurkan dalam bentuk pellet kepada barangan getah terbuang yang sudah dikecai-kecaikan. Campuran yang berbentuk ‘crumb rubber’ itu dikisar dengan mesen selama 10 minit dengan menggunakan suhu dalam rumah. Hsilnya, mengikut Sekhar ialah kepingan getah yang diberi jenama “Devulvc” yang telah dibersihkan daripada belerang yang terkandung di dalamnya untuk mendapatkan kembali cirri-ciri yang menyerupai getah asli.
Delink tidak merupakan sesuatu yang toksik malahan ia tidak berbau. Hanya sedikit sahaja diperlukan untuk menjadi berkesan - 2.5 bahagian diperlukan untuk setiap 100 bahagian barangan getah buangan. Harganya pun murah. Mengikut Sekhar, satu kilogram barangannya berharga 66 cents Amerika untuk menghasilkan satu ‘Devulc’. Di pasaran dunia harga getah asli ialah di antara $1 hingga $6 untuk setiap kilogram.
Undang-undang persekitaran yang ketat telah merangsang usahawan dan pengeluar barang buatan getah mencari kaedah menggunakan barang buangan sebagai bahan pengeluaran mereka. Di Amerika Syarikat sekitar 35% getah buangan digunakan semula dalam pelbagai bentuk. Ada yang dibakar sebagai bahan bakar, tetapi ia amat mencemarkan alam. Ada yang cuba memisahkan getah untuk menjadi hydrocarbona seperti minyak dan gas dalam satu usaha yang sungguh mahal kaedah prosesannya. Sebahagaian besar getah buangan digunakan sebagai campuran asphalt dan juga perisian kepada barangan getah.
Vinod Sekhar mempunyai tugas besar untuk meyakinkan industri getah menggunakan ciptaannya itu. Ini bukannya satu perkara yang mudah kern dia berhadapan dengan satu industri yang sungguh maju dan telah membangun sejak lebih satu ratus tahun yang lalu. Namun, sejak kegagalan yang menghantuinya pada 1996 dulu, bapanya telah berjaya memmperbaiki formulanya itu di mana semakin kurang getah kompaun yang diperlukan untuk proses kitaran.
Sekhar kini sudah mewujudkan satu usahasama dengan Tengku Imran Tengku Jaafar, seorang anak raja yang terkenal dalam dunia usahawanan di Malaysia. Mereka telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Petra Technologies Inc., ataupun Petra yang didaftarkan di Delawarea. Syarikat ini memegang kuasa hakcipta kepada penemuan itu.
Sekhar berpendapat rencana untuk menenaraikan Petra di New York akan bergantung kepada keadaan pasaran. Namun dia masih optimis. “Kali ini kami akan mulakannya di Amerika, di mana getaha yang terbanyak digunakan. Kami akan mulakannya dengan betul sehingga terlaksana.”
-S. Jayasankaran-
.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan Penterjemah:
Saya menterjemahkan tulisan ini dengan harapan yang sungguh besar. Semoga orang Melayu terutama sekali para pemimpin politik dan juga para penoreh getah sedar. Ayah Vinod Sekhar adalah pengarah RRI (Instititu Penyelidikan Getah Asli) sebelum jawatan itu diambil alih oleh Tan Sri Ani Arope. Ketika Balachandra Sekhar memegang tampuk kuasa RRI itu ratusan anak Malaysia daripada kaum India yang dihantar bekerja di Makmal Getah Asli di England. Ramai di antara mereka tidak pun mempunyai kelulusan yang tinggi untuk bekerja di sana. Memadai dengan pangkat pembantu makmal sahaja. Tujuan sebenar ialah untuk membolehkan mereka belajar di waktu malam untuk memperbaiki diri. Ramai yang pulang dengan berkelulusan tinggi, tetapi tidak kekal di RRI untuk terus berkhidmat.
Pada awal 1970-an, ada satu jenis kimia yang berasaskan ‘etheral’. Apabila disapu di permukaan kulit getah yan sudah dikikis kulit arinya, getah itu akan mengeluarkan susu tanpa ada sekatannya. ‘Etheral’ adalah kimia yang digunakan untuk pokok getah yang mahu ditebang semula. Siapakah pencipta kimia itu sebenarnya kalau bukan warga Malaysia termasuklah anak-anak Melayu yang membuat kajian bertahun lamanya dengan melakukan ujian di makmal dan juga di ladang-ladang. Siapakah yang meraih untung besar daripada penjualan formula kimia itu?
Kini, formula terbaru untuk mengitar barangan getah sudah ditemui. Ramai anak-anak Melayu yang turut serta dalam segala bentuk ujian penciptaan formula itu sudah pun lama bersara. Ramai lagi yang sudah menjadi aruah. Ini menunjukkan bahawa kajian untuk mendapatkan formula ini bermula begitu lama sekali selepas kita mencapai kemerdekaan lagi. Kini, orang lain yang tidak ada kena mengena dengan segala kerja berat-berat untuk mengsahkan kajian replikasi ujian formula itu dulu, yang akan meraih keuntungan besar darinya. Kalaulah ada keinsafan di kalangan pemimpin Melayu untuk mengetahui masalah ini, alangkah eloknya kalau formula seperti ini dikeluarkan dengan ‘patent’ yang lain pula kerana semua benda yang dikatakan formula itu masih ada lagi di otak anak-anak Melayu yang masih bertugas lagi ataupun yang baru bersara.
RRI harus mengeluarkan formula baru dengan segala hasil kajian yang ada di Sungai Buluh, di England dan di mana sahaja anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran mereka yang pernah mengambil secebis formula itu untuk pengajian mereka. Keluarkanlah formula itu sebagai ciptaan anak Malaysia yang boleh dipasarkan dan hak royaltinya dinikmati oleh warga penoreh getah yang memang sudah lama sengsara di negara ini. Ambillah iktibar, kedaifan warga petani di negara ini adalah disebabkan kepimpinan yang menyeleweng yang bersikap sambil lewa terhadap masalah mereka.
Industri Getah Asli berusia hampir 75 tahun. Apakah jenis royalty yang ada dipegang oleh Malaysia ataupun anak-anak Melaysia hasil keunggulan industri itu dulu dan hasil jutaan ringgit yang dilaburkan untuk mengekalkan Pusat Makmal Getah Asli di negara orang?
Fikirkanlah untuk masadepan cucu-cicit warga petani di negara ini, terutama sekali mereka dalam industri getah asli. Ambillah iktibar dan soal diri sendiri, apakah kaedah yang sama sedang dilalui oleh industri kelapa sawit melalui segala hasil kerja penyelidikan di PORIM dan MARDI?
–MT-