Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Peranan Panglima Tentera Yang Bijaksana

Peranan Panglima Tentera Yang Bijaksana
(Philippine Army Chief’s Discreet But Crucial Role)

Ketua tentera Filipina Jeneral Angelo Reyes, telah memainkan peranan yang terunggul dalam memudahkan kejatuhan Presiden Joseph Estrada. Beliau telah mengalihkan kesetiaannya untuk mengelakkan pertumpuhan darah yang mudah tercetus. Namun, dia melakukan perubahan itu setelah membuat persedian yang sungguh rapi dan bijaksana. Di waktu yang sama dia membiarkan para penentang Estrada di kalangan rakyat marhaen untuk terus meingkatkan kempen mereka dalam usaha menyingkirkan bekas bintang filem itu. Dia menentukan agar angkatan bersenjata Filipina berlagak berkecuali dalam krisis politik negara yang paling serius sejak negara itu mengnyahkan diktator Ferdinand Marcos pada 1986.

Menteri Pertahanan Orlando Mercado yang telah bersekongkol dengan Reyes dan semua panglima tentera dan pegawai tinggi angkatan bersenjata telah menarik sokongan mereka terhadap Estrada pada hari Jumaat yang lalu. Perkara ini telah diceritakannya pada keesokan harinya kepada Reuters betapa tindakan itu dilakukan setelah perkara itu difikirkan semasak-masaknya dan berbulan-bulan lamanya.

“Angie (nama timangan Reyes) tidak akan bertindak selagi dia tidak memikirkan segala aspek yang perlu diberesken dulu,” demikian jelas Mercado.

Estrada tunduk kepada keadaan setelah hampir semua ahli kabinet, angkatan bersenjata dan juga polis mengumumkan betapa mereka tidak lagi mampu menerima arahannya. Pada hari Sabtu Mahkamah Tinggi Filipina telah melakukan upacara angkat sumpah untuk Naib Presiden Gloria Macapagal- Arroyo, yang merupakan saingan politiknya.

Reyes memberitahu, keadaan memihak kepada angkatan bersenjata dan juga rakyat marhaen apabila Dewan Senat membuat keputusan pada hari Selasa, mendakwa Estrada mengikut undian 11:10, untuk menolak bukti pihak pendakwa betapa Estrada telah mengumpulkan 3.3 bilion pesos (YSD$60 juta). Itulah jumlah yang dibalunnya sejak menjadi presiden pada Jun 1998.

Keseluruhan ahli panel pihak pendakwa telah meletakkan jawatan mereka, seperti yang dilakukan oleh Presiden Senat Aquilino Primentel. Keresahan rakyat marhaen pun meledak di jalanan kota Manila.

Rakyat marhaen telah bersabar memberikan kepercayaan kepada proses mahkamah yang berjalan mengikut peraturan perlembagaan negara dalam penyingkiran seorang presiden, kata Mercado.

“Selama itu, kami telah memberitahu warga tentera: jangan campuri masalah politik, bersikap berkecuali, patuh proses perlembagaan dan biarkan Senat bertindak.”

Tetapi, sebaik sahaja perbicaraan itu kecundang, proses pendakwaan itu menjadi tercemar dan tidak punyai wibawanya lagi “hinggakan keadaan terus menjadi tergantung tanpa talinya.”

“Keadaan tidak keruan adalah sesuatu yang dianggap amat berbahaya oleh warga tentera mahupun masyarakat peniaga hingga mendesak agar dibincangkan beberapa pilihan yang ada,” jelas Mercado lagi.

Katanya, Reyes telah bertindak untuk menentukan angkatan bersenjata Filipina tetap bersatu dan berkecuali sejak Estrada bergelumang dengan kemelut wang sogokan skandal pada bulan Oktober. Inilah skandal yang menggugat stabiliti politik hingga menonjol ke depan, kisahnya.

Beberapa unit ketumbukan tentera memilih untuk berpihak kepda Estrada, sedangkan yang lain telah memusuhinya. Kemungkinan terjadinya rampasan kuasa secara menggunakan senjata sudah semakin membara.

Reyes menghabiskan masa berbulan lamanya untuk mengadakan lawatan ke kem tentera di merata negara. Dia menyedarkan mereka untuk menentukan bahawa kedaulatan negara berasaskan integriti angkatan tenteranya terjamin dan tidak berbelah-bagi, demikian jelas Mercado lagi.

Jeneral Reyes adalah lulusan Kennedy School of Government di Harvard dan juga Asian Institute of Management. Sebagai seorang panglima tentera yang bijaksana dia mempunyai keyakinan bahawa pihak tentera tidak seharusnya mempunyai peranan dalam kerajaan.

Dalam hal ini pada tahap akhirnya, mengikut Mercado; Reyes telah berbincang panjang-panjang dengan pemimpin parti pembangkang pada hari Khamis yang lalu. Ketika itu dia telah meminta pegawai awam melepaskan jawatan mereka sama waktunya dengan pengumuman para jeneral mengenai penarikan sokongan mereka.

“Reyes hanya mahu bertindak kalau rakyat marhaen mahukan kehadiran angkatan tentera. Dia mahukan tindakan tenteraa itu satu pertunjukan yang tidak berbisa semoga tindakan rakyat marhaen lebih menonjol akan kekuatannya,” demikian yang disebut oleh satu sumber yang boleh dipercayai.

Estrada Menggeletar

Sebaik selesai meluruskan yang berkedut, Reyes bertindak menggunakan telefonnya, kata Mercado.

Dia menelefon Estrada untuk memintanya meletakkan jawatan. Reyes telah menelefon Mercado untuk memberitahu bahawa semua panglima angkatan bersenjata ada bersamanya di ibupejabat sambil berkata: “Kami mahu berunding dengan anda.”

Mereka bertemu di sebuah tempat yang selamat di pinggir Manila. Mercado menyatakan kesangsiannya kepada Reyes kemungkinan berlakunya tumpahan darah di jalanraya, apabila warga tentera berantakan sesama mereka. “Dia meyakinkan saya, perkara itu tidak akan berlaku.”

Estrada “menggeletar”, mengikut kata Mercado, tetapi dia sedar bahawa sudah sampai masanya untuk dia beredar.

Kemudian, Reyes dengan diiringi oleh Mercado dan semua pegawai tinggi angkatan tentera, pergi ke tapak rakyat marhaen sedang bertahan untuk membantah, tanpa berbekalkan sebarang senjata. Dia membuat pengumuman betapa meraka juga sudah berpihak kepada pembangkang.

Episod ini laksana ulang-tayang peristiwa “kuasa rakyat” tahun 1986 dulu, yang bangkit memberontak secara aman untuk menggulingkan Diktator Ferdinand Marcos. Cuma ada sedikit perubahannya, kata Mercado.

Pada 1986, trindakan ‘mutiny’ (memberontak) di kalangan beberapa bahagian angkatan tentera telah menaikkan semangat berjuta manusia untuk keluar menyerlahkan sokongan mereka.

Pada kali ini, rakyat marhaen yang memainkan peranan utama, sambil warga tentera hanya melakukan peranan sokongan untuk menentukan keghairahan rakyat marhaen mahukan Estrada undur menjadi kenyataan, katanya.

-Reuters-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com