TAG 3:(Bahagian Tiga)
Kisah Agen Perjalanan
(The Travel Agents)
Oleh: Michael Winchester
Asiaweek; january 19, 2001 Vol.27No.2
(Bahagian 3)
Mengenang Zaman Gemilang
Jakarta ialah sebuah bandaraya yang hingar-bangar. Inilah pusat industri
penyeludupan
manusia yang besar. Kebesaran aktibi industri itu tertumpu kepada satu kawasn
satu batu
persegi di sekeliling Jalan Jaksa. Satu ketika dulu, jalan ini merupakan satu
jalan
yang sibuk sekali. Ia sungguh popular laksana Khaosan Road di Bangkok yang
dianggap
sebagai taman firdausi kumpulan hippi. Di sini terdapat satu lorong sepanjang
500 meter
yang dipenuhi dengan rumah pelacuran murahan, restoren, bar, dan kafe internet.
Semua ini
merupakan tumpuan kumpulan pelancong yang menggalas beg pakaian di belakang
badannya.
Kini, dua tahun selepas Indonesia dihenyak himpitan ekonomi dan krisis politik,
Jalan
Jaksa bertukar menjadi satu lorong yang dihuni oleh kumpulan pelacur murahan
yang
mudah memaparkan wajah keletihan.
Benny ialah seorang agen perjalanan yang bertauliah. Dia masih mampu menjual
sekeping
tiket ke bali ataupun Bangkok dengan harga yang murah. Tetapi, ketika menikmati
Cola di
sebuah gerai, bekas professional yang berkacamata itu masih mampu bercerita
mengenai
bisnesnya yang semakin tergugat. “Dua tahun yang lalu anda tidak mudah mendapat
tempat
duduk di tempat ini. Hari ini?” dia menunjuk ke arah kerusi meja yang serba
kosong.
“percayalah, 90% perniagaan ini suah lama mati. Bukannya kami mengunkit hal
keuntungan
lagi. Kami hanya mahu terus bernyawa.” Dia terdiam sebelum menyambungnya semula.
“Itu
sebabnya kami terpaka melakukan kerja-kerja haram sekali-sekala.”
Pertama kali Benny membawa botnya ke Australia ialah di awal 1997 menuju ke
Pulau
Krismas. Ini merupakan keistimewaannya. Tujuannya memang amat jelas kerana Pulau
Krismas
adalah kawasan naungan Australia. Namun, ia lebih dekat dengan indonesia
daripada tanah
besar Australia. Bot para nelayan di selatan Jawa memang mudah digunakan.
Malangnya,
Pulau Krismas itu hanya laksana satu titik nokhtah di tengah-tengah semudera
yang luas.
Kalau angin dan taufan mendatang secara kasar, destinasi pelayaran pun akan
tersasar.
Pelayaran dua hari ke Pulau Krismas itu benny bersama awak-awaknya seramai tiga
orang
telah membawa 15 penumpang secara haram, termasuk beberapa orang Iraqi. Di
kalangan
mereka ada yang merupakan bekas ahli sains nuklear, dan seorang doktor perempuan
dan juga
tiga orang Afghan. Pelayaran masih baru lagi tetapi mereka sudah dilanda
musibah. “Ketika
kami memulakanpelayaranitu, keadaan laut memang tenang. Tiba-tiba pada malam
pertama itu
kami telah diserang ribut. Itu merupakan kali pertama saya ke laut! Gelombang
besar
datang menggunung! Saya menjadi kecut-perut dan menjadi semakin takut. Kalau
boleh saya
mahu cabut.....!” Kemudian, enjin bot itu berhenti tidak semena-mena. “Kami
terumbang-ambing selama dua jam tanpa keruan, hanya kematian yang menjadi
ingatan.”
Mujur juga kapten bot itu seorang yang berpengalaman. Dia berjaya mengemudi bot
untuk
mendarat di Pulau Krismas di mana mereka ditahan dan bot itu dirampas. Waktu
itulah Benny
mengaku menjadi tukang masak yang tidak pandai bertutur Bahasa Inggeris. Kelasi
kapal
telah dipisahkan daripada kumpulan yang mencari perlindungan suaka dan
diterbangkan ke
Port Hedland di Western Australia. Mereka ditahan selama tiga bulan dengan
layanan yang
dianggap setara dengan penginapan di hotel. “Makanan yang dihidangakan memang
menyelerakan. Kami diberikan bekalan video setiap hari untuk menghiburkan hati.
Setiap
hari kami dibenarkan mandi-manda di pantai, malahan pada satu hari kami dibawa
pula
bersiar-siar di bandar,” demikian certai Benny sambil tersenyum riang. “Mereka
memang
orang baik-baik. Di waktu kami bertolak-pergi, mereka adakan jamuan untuk
kami!”
Tetapi, semua itu cerita dulu-dulu. Apabila jumlah pelarian bot naik meninggi
hingga
beribu ramainya, Australai pun menghentikan segala hidangan percuma. Pendatang
yang
masuk tanpa dokumen terpaksa merengkok selama berbulan-bulan menunggukan
permohonan
merka diproses. Canberra pula menjanjikan hukuman berat kepada setiap nelayan
Indonesia
yang ditangkap membawa masuk pendatang haram. Denda sehingga $150,00 dan hukuman
jel 20
tahun lamanya. Tetapi, bot yang datang tidak pernah berkurangan dan sebabnya
amat jelas
sekali. Setelah menolak harga pembelian bot dan bayaran menyogok polis
Indonesia, satu
kapyang membawa 100 penumpang haram mampu memberikan keuntungan sebanyak
$100,000 dollar.
Benny memberitahu, “ bagi setiap pelayaran yang mereka lakukan untuk saya, para
nelayan
ini mendapat keuntungan yang lebih besar daripada apa yang mampu mereka
perolehi
daripada kerja nelayan selama bertahun-tahun.”
Kini, perdagangan mengangkut manusia sudah berubah kepada mengisi penumpang
secara
berlebihan.Para pengusaha telah mengubah tempat berlepas daripada tempat
kebiasaan di
Jawa kepada Timor Barat. Yang menjadi pilihan ialah di Lombok, Bali dan flores.
Dari sana
kapal-kapal itu bertolak ke arah timur menuju Pulau Roti, tidak jauh daripada
Timor
Barat. Kemudian, bermulalah satu pelayaran selama 30 jam menghala ke Australia
merentasi
Ashmore Reef yang terletak 600 km di utara tanah besar itu.
Begitulah cara Sayed Omid menghantar kumpulan Bashir ke Australia. Daripada
Jakarta
mereka berpindah ke sebuah hotel di Surabaya untuk dua minggu. Setelah membayar
antara
$1,000 hingga $2,000 setiap seorang, kumpulan itu dibawa dengan bas yang disewa
khas
daripada Jawa ke Lombok. Akhirnya kumpulan seramai 61 orang itu menaikki sebuah
kapal
kecil daripada perkampungan nelayan di sebuah pantai. Kapal itu dilanda ombak
dan taufan
tidak jauh daripada Roti dan terpaksa berpatah balik. Mereka telah diserang
hendap oleh
polis tempatan yang diberitahu akan kehadiran mereka. Akhirnya mereka ditahan di
sebuah
kem di Timor Barat.
.......................................
Kegawatan yang Semakin menjadi
Desas desus yang kenang bertiup di jakarta mengatakan adanya satu sindiket yang
teratur
dan berjaya yang diuruskan oleh seorang rakyat tempatan yagn mempunyai hubungan
baik
dengan kerajaan dan orang ini dikenali oleh para pelanggannya dengan panggilan
“Ahmad
Indonesia”. Dia pernah menguruskan satu pengiriman terbesar setakat ini dengan
menggunakn sebuah kapal yang sarat dengan penumpang seramai 352 orang
kebanyakannya
orang Iraq yang mendarat di Ashmore Reef pada November 1999.
Perniagaan mengangkut orang Afghan selalunya dilakukan oleh para peniaga yang
mempunyai
kaitan dengan peniaga di pakistan. Terdapast satu sindiket yang diketuai oleh
sorang
yang kita akan sebut dengan nama “Akbar”. Dia berbadan kecil, kurus dan
berniaga di
sebuah kedai karpet di sebuah kompleks beli-belah di jakarta. Di kedai itulah
saya
menemuinya. “Sudah sampai 60% orang ekspatriat yang pernah menetap di sini,
meninggalkan
negeri ini.” Akhbar menceritakan kisah perniagannya sambil membuka sehelai
karpet lagi
untuk diperiksa. “Perniagaan sudah tergugat sehingga teruk sekali.”
Akbar tidak menyebut-nyebut secara berkias akan perniagaannya menyeludup
manusia, namun
ada sumber yang mengatakan betapa dia mendapat pampasan yang berlebihan
daripada
penurunan perniagaan karpet yang disebabkan oleh pemerintahan Taliban di
Afghanistan dan
pelarian kumpulan minoriti Hazaras yang mencetuskan perbalahan di situ. Pelarian
manusia
itu bermula di Pakistan melalui jalan darat ke Bangkok dan kemudiannya Kuala
Lumpur. Dari
K.L. barulah ia sampai ke kedai Akbar. Pada awal tahun ini perniagaan Akbar
sudha
membesar sehingga menarik perhatian pihak berkuasa di Canberra yang meminta
bantuan
Jakarta untuk bertindak. Akbar terpaksa bersembunyi dan menjual sebahagian
kedainya
kepada seorang rakan Pakistan untuk meneruskannya sebagai satu perniagaan yang
sah. Akbar
mensyaratkan pembayaran wang pendahuluan sebanyak $50,000 yang digunakannya
untuk
menhyogok pihak berkuasa tempatan.
Aku banyak belajar mengenai keadaan perniagaan menyeludup manusia itu dan cara
Australia
cuba menyekatnya melalui Tareq yang sedang minum bersamaku di bar itu.
Kadangkala
Tareq menjadi kawan Akbar juga. Pertemuan kami itu bermula selepas aku
bertindak
menghubungi Tareq dengan menggunakan telefon bimbit daripada sebuah restoren
yang
dipunyai oleh seorang Pakistan yang kenal rapat dengannya. Aku memperkenalkan
diri
sebagai seorang kawan kepada seorang kawan yang aku temui di sebuah parti
(majlis jamuan)
di Lahore. Kawan inilah yang mencadangkan aku menghubungi Tareq. Aku mengajaknya
pergi
ke satu tempat untuk berborak sambil menikmati minuman. Dia terdiam seketika
sebelum
bersetuju menerima pelawaan itu. Kamki beremu di sebuh bar di Sarinah. Aku
melihatnya
sebagai seorang yang berusia sektar 40-an, kemas, pintar dan serbatahu – inilah
insan
yang memang banyak pengalamannya di majlis koktel. Kami berborak kosong pada
awalnnya,
sebelum berbincang mengenai pelaburan asing, korupsi dan jenayah. Hanya
selepas itu
barulah dia menghenyak aku dengan satu pandangan yang amat berbisa. Dia faham
bahawa
tidak ada seorang pun di Lahore yang kenal beliau dengan nama Tareq. Itu nama
yang
beliau gunakan di Indonesia. Jadi, dia mahu tahu apa muslihat aku sebenarnya?
Aku masih tidak perlu panik lagi. Tetapi, kalau seorang insan yang mempunyai
hubungan
rapat dengan sindiket haram tidak gembira dengan majlis wawancara yang aku
minta, sudah
tentu kehadiran aku di situ semakin berbahaya. Bahaya begini memang tidak ada
liputan
risikonya dalam polisi insuran perjalanan aku. Semua sindiket penyeludupan
bergelumang
dengan jumlah wang yang besar-besar. Sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak
untuk
melindungi operasi mereka. Kejadian kapal karam yang berurutan menunjukkan
mereka memang
tidak peduli sangat dengan nyawa manusia. Tetapi, Tareq semakin yakin yang dia
sedang
berurusan dengan seorangn perisik daripada Australia yang sedang menilai
kewibawaannya.
Dia beranggapan bahawa kini sudah ada satu cara untuk memberi isyarat kepada
pihak
bekuasa di Australia yang cuba menyekat perniagaannya. Dia merasa lega bahawa
minuman
yang dinikmatinya adalah dibayar dengan duit pembayar cukai di Australia. Aku
pula
memang bersedia mendengar apa juga yang mahu diperkatakannya.
“Tengok sini,” katanya selamba sahaja, “orang kamu mesti faham bahawa di negara
ini kalau
anda mempunyai wang, anda boleh melakukan apa saja. Tengok Akbar, dia dapat
$50,000, dia
mampu menyelesaikan segala masalah yang ada.” Patutlah dia tidak gentar bercakap
dengan
seorang agen daripada Australia. Inilah yang aku fikirkan sambil menghirup
minumanku.
“Lagipun, sedarkah awak apa anggapan orang sini terhadap Australia?” Aku hanya
mampu
mengerakkan bahu sahaja.” Biarlah akau berikan jawapannya. Selepas melihatkan
apa yang
terjadi di Timor-Timor, orang di sini tidak ambil pusing dengan kisah di
Australia. Aku
kenal polis dan tentera di sini yang merasa gembira mengetahui anda berada di
sini untuk
cuba menangani masalah ini.”
Inilah yang dihadapi oleh Australia selepas meraih simpati untuk mendapatkan
kerjasama
serantau. Tareq tersenyum lagi sambil menghirup kandungan gelasnya. “Kalau orang
anda di
Australia berfikir keadaan akan menjadi bertambah baik, bermakna mereka akan
merasa hampa
dan bertambah serik. Aku fikir keadaan akan menjadi lebih teruk dan terik.”
Dia bangun dan menghulurkan tangan utnuk bersalam dengan aku. “Keep in touch”,
katanya.
Ini bererti kami akan bertemu lagi. Sejak itulah aku bertindak menggunakan nama
samaran
untuk menulis artikel ini. Itu saja caranya untuk menjamin aku mampu terus
bernafas dan
bercerita lagi.
-Michael Winchester-
19 JANUARI, 2001
...............................................................................
Terjamahan oleh : Sdr Marhain Tua