TAG 3 (Sambungan)
Kisah Agen Perjalanan
(The Travel Agents)
Oleh: Michael Winchester
Asiaweek; january 19, 2001 Vol.27No.2
(Bahagian 2)
“Ikut Kereta Itu!”
Pada 22 disember, 1999, Bashir Ahmed tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki
penerbangan
IR840 daripada Teheran. Dia berbekalkan sekeping paspot palsu Iraq, beberapa
ribu dollar
tunai Amerika dan satu impian meninggi yang hampir akan dicapainya. Beliau
adalah
seorang ahli minoriti Shia daripada bahagian selatan Iraq. Dua tahun sebelum
itu dia
telah berjaya melepaskan diri daripada cengkaman pemerintahan regim Saddam
Hussein
dengan cara meredah gunung ganang dengan ditgemani oleh ibunya, adik beradiknya
untuk
bertemu bapa mereka. Si bapa memang sudah lama menantikan mereka di sebuah
khemah
pelarian di Iraq sejak peperangan Iran-Iraq meletus sekitar 1980-an dulu.
Sebagai
seorang Arab yang hanya mampu menuturkan bahasa pasar Farsi tentunya tidak
punyai peluang
untuk mendapatkan perkerjaan yang selesa. Bashir sedar dia tidak ada peluang
untuk hidup
senang lenang di Iran. Dia telah berjumpa dengan wakil Abu Ayat di Tehran
melalui
cerita orang. Daripada beliau dia telah berjaya membeli sekeping paspot palsu
yang
menjanjikan satu perjalanan yang jauh. Dia merancang untuk berlepas dulu sebagai
pembuka
jalan. Kaum keluaraga yagn lain terpaksa menunggu buat sementara waktu. Biarkan
dia
sahaja yang mencubanya seorangan.
Aku telah bersua dengan Bashir di Jakarta baru-baru ini. Tidak berapa lama dulu
bekas
pelajar perubatan yang berusia 28 tahun itu hampir mati lemas di Lautan
Timur. Dia
kehilangan semua simpanan wang keluarganya dan telah dipenjarakan untuk
beberapa lama
di sebuah kem tahanan di Indonesia. Mujur, nasib menyebelahinya kerana dia
diberikan
status seorang “pelarian” oleh PBB. Ini bererti dia tidak akan dihantar pulang
ke Iraq,
lagi. Tetapi, tidak ada satu negara ke-tiga pun yang bersedia menerima beliau
seperti
yang disahkan oleh kelayakan yang diterimanya itu. Kini, dia berkongsi sebuah
kamar
kecil dengan beberapa orang Iraqi yang lain di sebuah perkampungan setinggan.
Di waktu
petang, dia bersama kawan-kawannya sengaja melepak di McDonald untuk menghirup
secangkir
kopi, sambil bertukar-tukar berita, untuk menghabiskan masa. Walaupun dia
mempunyai
pendidikan yang baik, bijak dan berwawasan, Bashir masih tidak mampu pergi ke
mana yang
dia suka.
Abu Ayat mungkin tidak ingat lagi akan Bashir, kerana terlalu ramai manusia yang
telah
diuruskannya sejak itu. Tetapi, Bashir masih ingatkan Abu Ayat dan
konco-konconya.
Ingatannya itu memang masih segar-bugar. “Kalaulah mereka menawarkan saya satu
pelayaran
yang percuma sekali pun, saya tidak akan mengambil risikonya,” kata Bashir
dengan Bahasa
Inggeris yang seiras bahasa buku. “Ketika saya dilanda taufan itu di tengah
laut, saya
sedar mereka sengaja mempertaruhkan nyawa kami. Orang-orang ini memang
penjenayah.”
Sebenarnya kisah Bashir tidak bermula dengan cara itu. KLIA (Lapangan terbang
terkini di
Kuala Lumpur) adalah sebuah lapangan terbang tercanggih yang bergemerlapan,
dengan lantai
marmar yang berkilat dan mempunyai bumbung laksana khemah yang tinggi.
Beberapa risalah
brocur yang menunjukkan gambarnya memberikan jolokan berbunyi “Kebanggaan
Malaysia” di
dalamnya. Semua pelanggan Abu Ayat dan juga sindiket yang lain menganggap KLIA
sebagai
satu pengkalan yang pertama untuk perjalanan jauh mereka. Mengikut kajian
Jabatan
Imigresen Australia dan Halehwal Pelbagai Kaum negara itu, 50% pendatang tanpa
izin ke
Australia memulakan perjalanan mereka daripada KLIA. Sebaik tiba, paspot mereka
dicop
dengan kemudahan visa untuk 15 hari.
Saya pernah menunggu ketibaan IR840 sendirian lebih satu kali pada bulan yang
berlalu.
Sebelum pesawat yagn menggunakan kod penerbangan itu mendarat, suasana sambutan
memang
tidak merupakan sesuatu yang biasa. Pada kebiasaannya memang ramai ahli keluarga
dan
sahabat-handai yang berkumpul di lapangan terbang itu untuk penerbangan
daripada Taiwan,
juga Sabah dan Sarawak. Tetapi, orang Iraqi dan Iranian yang menunggu ketibaan
IR840 itu
kebanyaknnya adalah kaum lelaki sahaja – muda usianya dan sentiasa membimbit
telefon di
tangan. Muka yang sama akan berada di lapangan terbang itu. Tidak kira hari
Sabtu,
Salasa, Sabtu, Salasa. Memang terdapat beberapa sindiket yang beroperasi di
KLIA. Pasukan
Abu Ayat dianggotai oleh adiknya Ismael, dua orang adik-beradik daripada Sudan
dan
seorang rakyat Jordan.
Pada lazimnya, penerbangan itu mendarat di antara jam 9 hingga 9.30 malam.
Selalunya
penumpang yang pertama muncul di tempat bertemu itu ialah selepas jam 10.
Ketika itulah
kita lihatkan betapa tersusunnya cara penyambut tetamu beroperasi. Setiap
tetamu yang
baru muncul disambut dengan salam yang kuat genggamannya. Sesiapa yang kurang
yakin
menerima bisikan pula di telinganya. Beberapa anak muda Iranian sibuk
mengedarkan
beberapa risalah yang mengiklankan perkhidmatan sebuah syarikat yang
menjanjikan visa
pelajar kepada pelancung Iran yang berminat melantjutkan pelajaran di
Australia.
Petugas Abu Ayat memang mempunyai makluman terkini daripada agen mereka di
Tehran
sesiapa yang perlu mereka temui. Pertemuan itu mudah sangat dilaksanakan dengan
‘muatan’
yang diatur terlebih dulu itu. Selalunya muatan itu adalah seorang pemuda yang
bersendirian, namun ada kalanya satu keluarga pun mungkin muncul juga. Setiap
pelanggan
diajak duduk di ruang ‘Ketibaan’ sambil mereka menunggu oang lain yang akan
ikut serta.
Sebaik sahaja satu kumpulan siap diatur, mereka akan dibawa ke arah mini-van
yang akan
pergi dengan lajunya membawa muatan yang masih terpinga-pinga itu.
Kerana sengaja mahu tahu, pada satu malam saya bertindak untuk mengekori satu
kumpulan
yang sudah dinaungi oleh tukang urus mereka. Aku pun menaikki sebuah teksi
dengan satu
ayat yang aku fikir tidak akan aku gunakan: “Follow that car” (ikut kereta itu).
Pemandu
teksi itu ialah seorang bekas sarjan Tentera Udara yang memakai satu
baseball-cap (topi
ataupun kep pemain bola lisut) dan menyarung satu jeket treksut. Dia tersengeh
senget
kepadaku sambil memecut keretanya dengan laju. Kami menyelinap di antara
lalulintas yang
sesak sambil mengekori satu van berwarna putih. Satu jam kemudian kami berada
di satu
lorong yang hampir deengan satu bulatan di bahagian badaraya Kuala Lumpur. Di
situ memang
terdapat beberapa hotel murahan yang terletak tidak jauh daripada jalan Tuanku
Abdul
Rahman. Aku mampu bertegur-sapa melalui telefon di kamar dengan beberapa
manusia yang
baru tiba itu keesokan paginya. Mereka tidak pun tahu bercakap bahasa Melayu
ataupun
Inggeris. Mereka menyambut panggilan aku dengan Bahsa Farsi loghat Afghan yang
pekat.
Semuanya berkata mereka berada di situ untuk tujuan perniagaan dan terus
meletakkan
gagang telefon dengan cepat.
Ketika Bashir tiba bersama empat orang rakan seperjalanan dulu, mereka telah
ditempatkan di sebuah apatment persendirian. Keesokan harinya Abu Ayat muncul
untuk
mengambil paspot mereka bersama bayaran 500 dollar setiap seorang untuk
mendaptkan visa
Indonesia. “Aku bertekak dengan Abu Ayat mengenai harga sekitar $200 dollar
sahaja. Mana
Boleh katanya. $500 dollar, itulah harganya,” kata Bashir. “Abu Ayat bertegas
mahukan
$500 dollar tanpa ada kurangnya. Kerana tidak ada pilihan lain, terpaksa juga
kami
bayar.” Abu ayat muncul semula di petang itu menyerahkan paspot yang sudah dicop
dengan
visa untuk memasukki Indonesia. “Sudah tentu cop palsu,” kata Bashir sambil
tersengeh
melebar. “harganya mungkin setakat beberapa dollar sahaja.”
Secara tradisinya pendatang haram seperti Bashir mudah diterbangkan terus
daripada KLIA
ke Jakarta. Tetapi, disebabkan rayuan kerajaan Australia kepada pihak berkuasa
di rantau
ini, pemeriksaan yang ketat telah dilaksanakan oleh imigresen Kuala Lumpur dan
Jakarta.
Kerana itu sindiket yang berotak sikit (kerana yang kurang berotak itu memang
tidak dapat
kekal lama) mencari laluan alternatif untuk meneruskan perniagaan mereka.
Pilihan lain
yang menjimatkan belanja dan menjadi pilihan ramai ialah menggunakan Selat
Melaka
untuk mendarat di Sumatra. Apa yang tidak pernah diiklankan oleh para penyeludup
ini
ialah keadaan bot yang digunakan itu sememangnya tidak berapa sesuai untuk
pelayaran di
samudera, sedangkan keadaan laut memang selalu bergelora. Inilah yang dialami
oleh satu
kumpulan Afghan pada bulan September.
Satu keluarga besar mengandungi 41 orang Afghan daripada Kabul telah mencuba
melarikan
diri daripada cengkaman pemerintahan Taliban untuk berpindah ke Sydney. Mereka
bertolak
di subuh pagi daripada Melaka menuju Dumai yang terletak di bahagian timur
Sumatra.
Kumpulan itu diawasi oleh “Sabah” seorang berbangsa Kurd dariapd Iraq dan
merupakan
rakan seperjuangan Abu Ayat. Bot yang mereka naikki itu sepatutnya sesuai
hanya
untuk 20 penumpang. Bayangkan keadaannya dilambung ombak dengan muatan seramai
45 orang
di dalammnya. Bot itu terbalik tetapi penumpangnya sempat diselamatkan oleh
sebuah kapal
nelayan yang lalu di situ secara kebetulan. Seorang perempuan berusia 60 tahun
telah
tenggelam. Kejadian itu menjadi sesuatu yang menarik bukan disebabkan bot yang
tenggelam
ataupun seorang penumpang yang mati lemas. Ketika kejadian itu berlaku, Sabah
yang
dikenali juga dengan nama Abu Nur, dan juga Mesbah; telah turut tercampak ke
lautan.
Apabila diselamatkan, dia cuba bergaul dengan kumpulan yang malang itu dan cuba
berlagak
sebagai seorang Afghan. Lakonannya itu tidak pun bertahan lama kerana dia
dibelasah oleh
para pelanggannya yang naik berang, di hadapan para pegawai yang menyoal kisah
mereka.
Sebenarnya, kisah perjalanan yang mirip mainan Russian-roulette ini mempunya
beberapa
laluan alternatif yang lain. Kalau dokumen yang dibawa itu surat perjalanan yang
mudah
diterima-pakai, memang ada penerbangan daripada Kuala Lumpur ataupun Singapura
yang
boleh dinaikki untuk mendarat di destinasai yang selesa - selalunya Surabaya
dan
Denpasar. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pemeriksaan imigresen di Jakarta.
Yang
lebih popular ialah mendarat di sebuah pulau bebas cukai yang tidak jauh
daripada
Singapura – Batam.
Bashir dan teman perjalananya telah dibawa menaikki sebuah bas malam ke Johor
Baru,
dengan ditemani oleh seorang petugas wanita, rakyat Malaysia. Sebaik tiba di
stesen bas
Johor Bahru, wanita itu telah membawa mereka menaikki sebuah teksi menuju ke
terminal
ferri dan membeli tiket untuk ke Batam. Di sana pada satu subuh pagi mereka
bertemu
dengan Syed Omid, seorang Kurd yang ramah-tamah. Dia telah menemani mereka
untuk
menyeberangi selat dengan menaikki sebuah ferri laju yang berhawa dingin.
Pelayaran itu
membawa mereka melintasi satu laluan udara yang digunakan oleh penerbangan yang
mendarat
di lapangan terbang Changi. Setibanya di Batam, pegawai imigresen yang
menyambutnya
tidak pun kagum dengan cop visa yang bernilai $500 itu. Paspot itu dicop dan
Bashir pun
diterima masuk ke wilayah Indonesia. Pekan utama di Batam bernama Nagoya. Di
situ memang
banyak bar, disko dan hotel murahan. Tetapi lapangan terbang di pulau itu ialah
Hang
Nadim, memang canggih kemudahannya. Dari situ memang ada beberapa pernerbangan
harian ke
Jakarta dengan harga tambang sekitar $100 dollar. Kumpulan Bashir telah
menaikki salah
satu pesawat terbang menjelang dini hari.
.....Bersambung......
...............................................................................
Terjamahan oleh : Sdr Marhain Tua