MGG1701
Rencana Pengecut Super Bumiputra yang Semakin Mengecut
(The Super Bumiputra’s holt Iron:The Plot Chickens)
Timbalan Perdana Menteri, Dto. Sri abdullah Ahmad badawi, nik berang kerna
pelajar-pelajar berdemo untuk menyelamatkansekolah merka. Dia menuduh para
ibubapa
pelajra itu mengajar anak-anak mereka dengan kelakuan yang tidak senonoh.
Tetapi, menteri
pendidikan, Tan Sri Musa Mohamaed telah pun membuat keputusan bahawa SRK(C)
Cina di di
Damansara itu tidak perlu dipindahkan lagi. Mengikut menteri itu, kalau 1,000
pelajar
yang telah berpindah ke kawasan sementar tidak mampu memujuk 100 pelajar yang
bertegas
enggan berpindah mereka semua terpaksa berpindah balik ke sekolah lama. Tanpa
syarat itu
bolehkah beliau berlembut? Lagipun polis sedang berkawal di depan pintu masuk
sekolah
untuk menyekat yang 100 pelajar itu daripada memasukkinya.
Kisah pengalihan sekolah ini, sebenarnya menguntungkan satu kumpulan manusia
yang
bergelar ‘Super-Bumiputra’ ataupun (aka) seorang peniaga antarabangsa yang
tidak ada
tolok bandingnnya, yang bernama Tan Sri vincent Tan dan adiknya Dato’ Daniel
Tan. Inilah
caranya mereka menimbun satu empayar hutang besar di Darulboleh. Inilah caranya
mereka
bermuka-muka untuk menjadi kroni yang diperbadnkan. Pernan Super Bumiputra
dalam usaha
mengaibkan Insan yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara jua mesti didedahkan.
“Kejayaaan”yan dicapainya secara berkesinambungan dalam Darulboleh bergantung
kepada
bebrapa peranan yang erpaksa dilakukannya untuk menerima kerugian dan kekalahan.
Demikainlah “kejayaan” yang dicapainya setiap projek pengswastaan yang
diserahkan
kepadanya di atas dulang kencana menghadapi kegagalan, dan seperti kisah
Oliver Twist,
dia akan datang mengadap lagi untuk mendapatkan hanbuan baru lagi. Dia terus
disokong
dan diberikan kemudahan kerajaan walaupun dia kerap menunjukkan kebebalan
untuk
melaksanakan janji-janji yang dituturkannya.
Kenapa?
Dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah laksana sebiji bawang. Pada kulitnya,
ia
kelihatan seperti sesuatu yang dilakukan untuk kepentingan awam. Tetapi apabila
kulit
itu dikopek dan isinya dilihat, sesaorang akan dapat melihat penglibatan
peribadi
pihak yang memegang kuasa. Setiap kali sesuatu lapisan isi itu diperiksa, persis
mengupik bawang, akan semakin jelas kereputan dan kepentingan diri pihak yang
sedang
berkuasa, yang melibatkan para kroni, sukusakat dan juak mereka. Pada satu
ketika
kerajaan terlalu angkuh terhadap sesiapa yang menyanggah mereka. Kini,
keangkuhan itu
tidak laku lagi. Setiap dasar rasmi kerajaan menjadi satu titik pendedahan
yang
melumpuhkan pihaknya kerana disanggah. Lagi banyak kisah mempertahankan
kepentingan
peribadi, lebih banyak lagi arang keaiban yang akan terconteng di muka ketokohan
kerajaan.
Kumpulan Super Bumiputra dan para kroni, sukusakat, dan juak mudah mengeluarkan
belanja
sogokan untuk membuat yang memperlekehkan frakyat marhaen dengan tujuan memberi
ruang
kepada orang lain untuk meraih keuntungan besar daripada projek itu. Kerana
itu,
walaupun dia diaibkan dalam kisah SRK (C) itu, dia masih mampu berlenggang ke
bank untuk
menyelesaikan hutangnya. Ada lagi cerita dalam kisah ini yang membabitkan
padang
sekolah yang luasnya hanya 0.38 hektar. Di sebelah padang itu terletak satu
kampung
setinggan yang luasnya sekitar enam hektar. Ini adalah satu perkampungan
setinggan
yang dihimpunkan di situ di zaman Dharurat dulu sebagai taktik mengnyahkan
bekalan
makanan kepada kumpulan pengganas. Seperti penghuni perkampungan baru (kem
perkampungan
dharurat), mereka menetap di situ atas syarat pajakan sementara, yang sudah pun
pupus
tarikhnya. Para penduduk di situ, sepatutnya diberikan hak milik tanah mengikut
hukum
undang-undang, tetapi dalam hal ini, mereka dinafikan hak itu. Kerajaan memang
tidk
berminat melunaskan janji-janji lama kepada setinggan itu kerana adanya
kumpulan
terpilih yang akan meraih keuntungan maha besar dalam perkara itu. Saya
diberitahu
betapa semua geran hakmilik telah sengaja diperam. Apa tidaknya, kalau harga
semasa
tanah di situ adalah sekitar RM300 bagi setiap satu kaki padu.
Pengalihan sekolah di situ adalah langkah pertama untuk menjolok penduduk di
situ keluar
dari situ. Tanpa melakukan tindakan itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit
sudah tentu
merasa tergigit oleh kenaikan tambang bas yang naik menyungkit. Sekolah yang
baru
dijanjikan itu sepatutnya akan dibina berdekatan dengan Tropicana Resort yang
terletak
bebrpa kilometer jauhnya daripada sekolah yang ada. Pemiliknya ialah kumpulan
Super
Bumiputra itu. Inilah caranya yang dilakukan dengan jayanya di masa yang lalu.
Kali ini
ia tidak mudah dilakukan kerana semua kejijikan ini telah didedahkan dalam
akhbar
bertulisan Cina. Akhbar media yang lain tidak mempunyai agenda begini kerana
lebih suka
memberi tumpuan kepada berita dongeng yang dikaatakan lebih sensasi.
Semakin jelas kini, apa yang diluahkan oleh Menteri Pendidikan itu adalah
sesuatu yang
tidak berniat suci. Begitulah juga kalau ada pembabitan kementerian yang lain.
Itu
sebabnya semua orang tertanya-tanya kenapakah MCA, Gerakan dan para menteri
sekelian
tiba-tiba besikap berdolak-dalik ataupun bersikap mengelak semata.
Kalaulah benar kerajaan merancang memindahkan sekolah itu disebabkan laluan
lebuhraya
yang diperbesarkan, kenapakah sekolah yang baru itu tidak mula dibina sebaik
sahaja
kerja-kerja persedian membina lebuhraya itu bermula? Bukankah para pelajar itu
sudah
boleh dipindahkan di sekolah yang sudah siap terbina? Buat masa ini,
perpindahan
dilakukan kepada kawasan sementara, dalam satu sekolah cina kerajana yng padat
dan
tumpat kessesakannya. Yang lebih mengaibkan siapa boleh memberi jaminan bahawa
sekolah
yang dijanjikan itu tidak akan terbina langsung?
Sebagai perbandingan cuba kita lihat cerita lama membabitkan Sekolah (terkenal )
MGS di
bukit Bintang. Tapak tanah sekolah itu telah pun diagihkan kepada seorang kroni
bernama
Tan Sri Francis Yeoh yang amat memerlukan tapak tanah itu dengan segera.
Sebaliknya dia
mengambil satu masa yang panjang untuk membina satu sekolah gantian yang baru di
Cheras.
Kerajaan terlalu kerap memberitahu kita bahawa pendidikan ialah “nadi pendidikan
negara”.
Kalau begitu kenapakah saluran darah itu selalu sangat dicemar oleh AIDS?
-MGG Pillai-
18 Januari,2001.
........................................................................................
Terjemahah oleh Sdr Marhain Tua