Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Memperingati Tun Abdul Razak – 25 Tahun Kemudiannya

MGG1601

Memperingati Tun Abdul Razak – 25 Tahun Kemudiannya
(Remembering Tun Abdul Razak – 25 Years later)

Oleh: MGG Pillai

Perdana Menteri yang kedua, Tun abdul Razak bin Dato’ Hussein, 53, meninggal dunia kerana penyakit mononucleosis, dan bukannya leukemia seperti yang dicatatkan oleh New Straits Times. Dia menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di London pada 14 januari 1976. Ketika itu Malaysia sudah kukuh dengan arus poltik yang menekankan ketuanan Melayu. Inilah arus gelombang yang terus mengalir, tetapi sudah robak-rabik dan compang-camping kerana digugat dan diliwat.

Kebijaksanann Tun Razak itu bukanlah disebabkan beliau seorang ahli generasi aristokrat ataupun ningrat Melayu, ataupun seorang ahli politik yang mudah diajak berbicara semata-mata. Dia merupakan seorang ahli politik yang sedar apa sebenarnya yang baik untuk Malaysia dan itulah yang direncanakannya agar dapat dicapai oleh rakyatnya walaupun dia sudah lama meninggal dunia. Dia tidak memperibadikan politik, ataupun menghampakan amanah yang diserahkan kepadanya oleh rakyat jelata, baik yang gadang mahupun yang kecik. Itu sebabnya dia berusaha dengan segala keperitan melakar satu wawasan untuk Malaysia yang diimpikannya sejak dia menjadi timbalan perdana menteri selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos, 1957.

Sebagi seorang anak lelaki kepada sorang pemimpin aristokrat, Tun Razak memgang jawatan Dato Shahbandar Sungai Pahang. Pangkat aristokrat itu adalah satu warisan budaya yang tidak menjanjikan beliau menjadi kaya raya. Untuk mengungkit kisah kemiskinan beliau ketika berkaki ayam ke sekolah rendahnya dulu tentu bererti memperlekehkan satu ketokohan memori indah yang mewarnai dirinya dan juga sejarah bangsanya.

Kalau dibandingkan keadaan hidup di waktu itu, hidupnya bolehlah dianggap lumayan juga, kerana faedah kebesaran yang ada dan warisan yang dinikmatinya memberikan tarikan istimewa ketika British masih lagi berkuasa. Dia masuk menjadi penuntut Raffles College di Singapura pada 1939, di waktu anak-anak rakyat biasa memang tidak punya peluang memasukki maktab itu. Kalaulah bapanya seorang rakyat biasa, tentunya dia tidak akan dikenali. Namun peluang yang diberi diterimanya dengan balasan yang bijak bistari.

Dalam satu laporan menghargainya pada 14 januari 01, The New Straits Times, telah melakukan satu kesilapan memperlekehkannya kerana menonjolkan keperibadiannya dan bukan kejayaannya. Akhbar itu cuba tetapi gagal melakukannya untuk menonjolkan Tun sebagai seorang yang baik hati yang memang disanjung oleh negaranya. Dia adalah seorang insan yang mempunyai ketokohan yang melampaui semua itu. Sepatutnya akhbar itu mencuba untuk menilai segala pengorabanannya.

Tun telah menganjurkan satu projek pembangunan di waktu negara masih membangun. Selama dua puluh tahun rencana itu mampu bertahan sehingga terbentuk satu sistem yang tersusun rapi. Malangnya segala usaha itu hancur berkecai oleh tindak-tanduk kerakusan seorang insan yang memeganag jawatan yang pernah disandang oleh Tun itu, untuk satu waktu yang lebih lama lagi dari tempoh yang dipegangnya. Sebagai seorang pakar strategi yang bijaksana dia berjaya menarik sokongan parti pembangkang untuk menganggotai Barisan Nasional selepas pemilu 1969 dulu, sehinggakan Barisan itu mampu berdiri kukuh pada 1973 untuk menjadi satu parti komponen yang besar dan berpadu. Kaedah yang sama cuba ditiru oleh perdana menteri yang ada sekarang, berdasarkan semangat Ketuanan Melayu. Sayang, kilat tidak mudah memancar di tempat yang sama secara berulang, apatah lagi terhadap UMNO yang semakin malang.

Tun adalah seorang insan yang berwibawa yang muncul tepat pada waktunya,sperti juga dengan ramai lagi rakyat Malaysia ketika negara berada di ambang kemerdekaan. Dia adalah salah seorang di kalangan segelintir kumpulan kecil aristokrat yang berkhidmat dengan kerajaan ketika masih berusia lingkungan tiga puluhan dan naik menerajui kedudukan tinggi dalam negara yang baru merdeka deagan segala cabaran yang belum pernah dilalui dan dapat difikirkan bebannya.

Ketika Tengku Abdul Rahman merancang kabinet pertama beliau, ada dua orang calon untuk menjadi timbalan perdana menteri dan juga merangkap timbalan presiden UMNO. Mereka dalah Tun Razak dan Tun Ismail bin Dato’ Abdul Rahman. Tun Razak menang; Tun Ismail berleps ke luar negara untuk menjadi duta Malaysia pertama di Amerika Syarikat. Dia kekal di sana sehinggalah Malay bertukar nama menjadi Malaysia. Namun, dia melepaskan jawatan itu untuk bebas beberapa tahun dan masuk berkhidmat semula selepas tercetusnya keributan Mei 13. Dia dilantik oleh Tengku untuk menjadi Menteri Halehwal Dalam Negeri.

Tun mempunyai satu visi yang jelas untuk berkhidmat kepada bangsanya setelah dibekalkan satu pengalaman yang dinaungi oleh tradisi berkhidmat tanpa mementingkan diri sendiri. Dia telah menggerakkan satu tindakan dengan sokongan pemimpin Romania ketika itu, Nicolae Ceascescu untuk menjalin hubungan dengan Beijing. Pada tahun 1974 dia melawat China untuk merasmikan hubungan diplomatik itu.

Rakyat amat menghormati Tun, tetapi dia juga tidak berapa rapat dengan mereka kerana pada lahiriahnya beliau adalah seorang insan yang pemalu, yang merasa lega dan selesa ketika berada di kalangan para sahabatnya. Dia mudah mengharapkan sokongan lapisan para perkerja awam, ahli politik dan kakitangannya. Di antara mereka termasuklah bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Zain Zzrai Zainal Abidin, Tan Sri Abdullah Ahmad yang menjadi setiausaha politiknya dan Encik Abdullah Majid, setiausaha akhbar yang kini berusia 70-an dan sedang terbaring disebabkan serangan angin ahmar yang membuatkan beliau tidak mampu berkata-kata.

Ketika Tun Razka meninggal dunia, para pengumpatnya telah menuduh para juaknya sebagai talibarut komunis. Kerana itu Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid ditahan di bawah akta I.S.A untuk enam tahun lamanya. Tan Sri Zain dihantar menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, satu tindakan pantas yang dilakukan oleh biras dan juga penggantinya, Tun Hussein Onn.

Tengku Abdul Rahaman memang selalu mencurigai keikhlasan dan sikap lurus bendul Tun Razak dalam cara beliau berpolitik. Keraguan itu tertumpu kepada jiran mereka Singapura. Kerana itu apabila Singapura keluar dariada gagasan Malaysia pada 1965,Tengku bertindak untuk memeprbetulkan keadaan. Tun Razak dan Mr. Lee Kuan Yew pernah menuntut di Raffles College di waktu yang sama. Perhubungan mereka adalah satu jalinan yang tidak setara kerana Lee Kuan Yew mampu mengatasinya.

Tetapi, Tengku mempunyai kepintaran untuk menguasai Lee Kuan Yew dalam hubungan mereka berdua. Inilah satu kepintaran yang memang diakui oleh Lee dalam tulisan ‘memoir’nya. Apakah sikap Tun itu sesuatu yang merupkan tindakan untuk mengganyang Tengku? Kemunculan pertengahan 60-an telah menunjukkan betapa beliau bertindak untuk meminggirkan Tengku. Inilah waktunya Tengku mula bergantung-harap kepada Tun Ismail yang ketika itu merupakan seorang ahli parlimen di kerusi belakang sahaja.

Versi apa yang sebenarnya berlaku masih belum terbuku lagi. Ia tidak menyerupai apa yang diberitahu secara lisan di waktu ini. Sebagai seorang wartawan politik kepda Malay Mail ketika itu, saya mempunyai beberapa versi berbeza daripad rekod rasmi negara. Di antar pengalaman saya itu ermasuklah satu peristiwa bersejarah di satu pagi di kediaman rasmi Tun di Seri Taman. Sebelum hari itu meninggi, Kuala Lumpur sudah menyala dik kebakaran yang menggila.

Mei 13 adalah satu waktu di mana orang Melayu dan Cina berantakan sesama mereka pada kali pertama. Semangat Revolusi Budaya yang diapikan oleh Mao Zedong telah bermula di Penang ketika dilancarkan gerakan ‘hartal’ pada 1967. Ketika itu orang Melayu betindak secara beremosi jua. Tersebut kisah seorang aktivis Parti Buruh yang ditembak mati ketika merentang kain memboikot pilihanraya di Kepong, telah disahut oleh ribuan orang Cina yang mengadakan perbarisan di jalanraya Kuala Lumpur satu hari sebelum diadakan pilihanraya umum. Inilah yang telah menyemarakkan keadaan tegang antara kaum ketika itu.

Ketegangan ini disadur pula dengan desas-desus ketegangan dalam hubungan antara Tengku dengan Tun Abdul Razak,yang memang tidk dilaporkan. Yang menjejaskan sedikit reputasi Tun Razak ialah berhubung rapat dengan perbuatan kurang hormatnya terhadap Tengku setelah beliau terpaksa melepaskan jawatannya. Gratuiti yang diterima oleh Tengku telah dirampas dengan cepat oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk menyelesaikan cukai lama yang tidak diselesaikannya.

Tiga orang perdana menteri Malaysia walaupun berasal-usul daripada golongan ningrat, mati tanpa banyak kekayaannya. Tengku mempunyai sebuah rumah di PulauPinang, tetapi dua perdana menteri selepasnya tidak pun memmpunyai rumah sendiri. Balu mereka masih lagi menetap di rumah kerajaan. Tetapi, nasib yang sama tidak pula akan ditiru oleh orang yang akan mengekori kematian mereka bertiga. Tidak juga oleh meneri kabinet yang ada, keraa semua akaun dalam bank yang ada memang penuh sampai ke bibirnya. Ini membayangkan betapa rakusnya mereka ketika masih berjawatan sehingga mampu memilikki kereta mewah yang tidak setara dengan pendapatan gaji dan elaun ketika berkhidmat kepada rakyatnya.

Walau bagaimana pun, Tun Razak adalah laksana seorang gergasi di kalangan manusia biasa. Ketika dia jatuh sakit pada 1976, dia dihantar ke London tanpa diiringi isterinya kerna dia tidak membenarkannya. Perbendaharaan negara terlalu daif ketika itu dan dia sendiri tidka mampu membayar tiket isterinya. Kalau ingatan saya tidak silap, ketika itu ketua eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengeluarkan belanja untuk membolehkan isterinya pergi ke London untuk berada di sisinya. Dia melepaskan nafas terakhir di London. Jenazahnya dibawa pulang untuk disemadikan di makam pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Selama lima tahun Tun menjadi perdana menteri, dia telah menukar ketokohan negara Malaysia. Dia merupakan seorang mahaguru strategi yang tidak dapat ditandingi oleh orang Cina ataupun orang India. Yang membantunya ketika itu ialah tindakan MCA untuk menarik diri daripada menyertai pemerintah selepas pemilu 1969. Keputusan yang silap itu telah menghantui parti itu sehingga hari ini. Inilah yang menjdi bahan kutukan bersama oleh UMNO dan jua masyarakat Cina yang dilaungkan sebagai diwakili oleh MCA itu.

-MGG Pillai-

........................................................................................
Terjemahah oleh Sdr Marhain Tua dan tulisan ini termuat dalam
HARAKAH edisi 1-15 Februari dan berada di pasaran pada 17 januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com