Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kisah Agen Perjalanan

TAG 003

Kisah Agen Perjalanan
(The Travel Agents)

Oleh: Michael Winchester
Asiaweek; january 19, 2001 Vol.27No.2

(Bahagian 1)

Peniaga yang berbadan gempal itu merapatkan dirinya ke meja bar. Biji matanya semakin merapat ketika dia bertanya; ¡°Bolehkah sya bertanya,¡± katanya dengan satu nada yang perlahan menandkan dia tidka kan mengulangi soalan itu lagi. ¡°Siapakah anda sebenarnya?¡± Suasana petang itu masih muda lagi. Bar yang kami kunjungi itu pun belum dibanjiri manusia lagi. Ia terletak di jakarta Tengah dan disitulah akau melayan seorang tetamu daripada Pakistan sambil menikmati minumanku.

Kami memanggilnya dengan nama ¡°Tareq¡±. Dia memang sudah terkenal sebagai seorang ketua sebuah sindiket yang menyeludup orang asing melalui Indonesia untuk memasukki Australia. Setengah jam telah dihabiskan untuk kami menikmati minuman sambil sekali-sekala mengangkat gelas minuman untuk menaikkan selera. Aku merasakan sudah tiba masanya untuk mendedahkan bahawa akau adalah seoranag wartawan yagn sedang memburu cerita mengenai jenayah transnasional. Kerana itu aku memerlukan jawapan darinya.

Tareq menarikkan keningnya dan mengetap bibirnya. Dia tidak berapa selesa dengan pendedahan aku itu. Dia masih tidak mempercayainya dan memikirkan apakah anggapan aku terhadpnya. Yang lebih eruk, dia tidak mempercayai langsung yang aku ini seorang wartawan. Dia lebih yakin aku adlah seorang perisik kerajaan Australia yang bebal sahaja rupanya. Kepincangan aku menonjolkan wibawa memang mempunyai persamaan dengan gelagat seorang spy daripada Australia. Suasana di situ menjadi terus sunyi sepi. Tareq masih terpaku di kerusinya yang teletak di antara aku dan pintu dewan minuman itu.

Aku telah menghabiskan satu bulan untuk sampai ke tahap itu. Aku mencari satu cerita bagaimana beberapa sindiket jenayah terbaru Asia beroperasi mewujudkan satu lorong perjalanan bawah-tanah (haram). Aku mahu tahu bagaimana mereka mengatur perjalanan manusia seara haram daripada Tenggara Asia dan Timur Tengah untuk memasukki Australia. Minggu demi minggu sejak pertengahan 1998 dulu, beberapa kapal yang sarat dengan muatan manusia Timur Tengah telah disekat ketika menghampiri kepulauan di bahagian utara Australia untuk mendarat. Merfeka mencampakkan dokumen perjalanan ke dasar laut untuk dimainkan oleh gelobang dan untuk memudahkan tuntutan suaka oplitik dan kemudahan khemah pelaian. Arus kemaasukan manusia seprti ini semakin meningkat sehingga mengemparkan pencegah jenayah. Ia mencetuskan perbelahan di antara Canberra dengan negara jirannya. Kemasukan pendatang Tehran dan Karachi melalui Kuala Lumpur dan Jakarta semakin membimbangkan Sydney dan Melbourne. Dulu kemasukan mereka sekitar ratusan sahaja, kini jumlah itu naik sehingga ribuan banyaknya.

Mungkin secarfa kebetulan, perjalanan semacam itu bermula hanya beberapa meeer jauhnya daripada ¡®bar¡¯ tempat kami menikmati minuman itu. Siapa sangka puncanya terletak di bahagian belakang sebuah kedai menjual burger McDonald? Tentu sekali ia memberikan pengalaman dua rasa di antara berhijrah secara rahsia dengan Big Mac yang menaikkan selera. Suasana kedai Mac Donald Jakarta yang terletak di kompleks Belibelah Sarinah memang mempunyai ketampanannya yang tersendiri. Setiap malam sekitar jam sembilan, keadaan ruang dalaman yang terang benderang akan bertukar rupa laksana Baghdad dengan pasar jualan barang kitaran semula. Semua meja makan yang dibuat daripada plastik yang berbentuk bulat akan dipenuhi oleh orang yagn berasal daripada Timur Tengah ¨C Arab, Iran, Afghan, Kurdistan sebagai contohnya. Hampir semuanya orang lelaki yang berumur antara 20-an dan 30-an.

Saya pernah bertemu satu kupulan orang Iraqa yang gagal memasukki Australia ¨C ¡°Negri Bertuah¡± kata mereka. Usaha mereka berakhir dengan keperitan dan kegagalan walaupun banyak wang sudah mereka belanjakan. Mereka juga yang menyebut nama Abu Ayat, Akbar dan Penerbangan IR840.

Tukang Urus

Abu Ayat adalah satu nama yang dikaitkan dengan seorang agen perjalanan. Dia merupakan tukang urus yang memudahkan perjalanan bersifat antarabngsa. Yang membezakan insan berusia 40-an dan pernah bertugas sebagai seorang jurutera itu daripada seorang agen professional yang biasa anda lihat ialah cara dia menjalankan tugasnya tanpa sebarang pejabat. Dia menggunakan telefon bimbit dan menggunakan nama lain sepergti Abu Ayat untuk satu tempoh yang begitu lama sehinggakan dia sudah terlupa nama asal yang diberikan oleh ibu bapanya. Yang lebih menekan lagi ialah harga yang dikenakan kepada pelanggannya boleh mencecah $8,000 dollar setiap seorang. Itu pun untuk tiket satu hala dan mesti dibayar secara tunai sahaja. Wang itu tidak akan dikembalikan lagi walaupun anda mampu menjejaknya nanti.

Abu Ayat ialah seorang penyeludup manusia. Dia menetap di Kuala Lumpur di sebuah apatmen yang selesa tarafnya. Abu Ayat mundar-mandir di antara Malaysia, Indonesia dan sekali-sekala Bangkok untuk menguruskan perniagaan yang masakini merupakan sesuatu yang lebih lumayan daripada projek membina jambatan. Dia merupakan sebahagian daripada satuindustri yang menentukan perjalanan sekitara lima juta manusia setiap tahun ¨C kebanyaknnya daripada Dunia Ketiga untuk memasukki negara kaya di Amerika Utara dan Eropah. Industri ini mempunyai serba kemungkinan untuk terus maju. Disebabkan campuran perasaan antara ambisi dan mimpi ngeri, yang dihayun oleh angin globalisasi, penyeludupan manusia sudah menjadi satu peusahan yang menguntungkan ¨C dianggarkan sekitar US$ 7 bilion setiap tahun, nilainya. Inilah yang dibayar oleh puak yang tertekan kepada kumpulan sidiket bajingan.

Abu Ayat sedang menikmati kemewahan destinasi terbaru pasaran yang ada dengan menyeludupkan manusia daripada kawasan yang dilanda ribut-ribut di Asia Barat untuk memasukki Australia. Orang-orang seperti dia yang ada di Malaysia dan Indonesia trelah menubuhkan beberapa sindiket yang membuatkan perjalanan haram itu semakin tercanggih operasinya. Pada 1988, 47 bot mengangkut 200 penumpang telah mendarat di pantai Australia. Pada 1999, angka meningkat membabitkan 80 bot dengan seramai 3,000 penumpangnya.

Pada Oktober tahun sudah, di akhir kemuncak perjalanan itu jumlah yang mendarat meningkat mencecah 2,000. Angka-angka itu adalah jumlah yang ditangkap dan dihumbankan ke dalam pusat tahanan oleh pegawai Australia yang semakin tertekan. Dari situ bermulalah proses menyaring pendatang yang dapat diterima berasaskan fahaman politik mereka dengan pihak yang terpaksa ditolak kerana mereka mahu merobah keadaan hidup yang terdesak. Proses menyaring ini memakan masa, berbulan-bulan sehinggakan penantian yang penuh harapan itu mencetuskan episod pelarian dan rusuhan. Ramai lagi yang akan tidak dapat diambil kira keana lesap begitu sahaja. Bulan yang lalu, dua bot yang sarat dengan penumpang berjumlah 160 orang telah tenggelam dibalun ombak yang garang. Pada 1999, ada satu kapal yang akhirnya tenggelam bersama 200 penumpang di dalamnya.

.....Bersambung......

...............................................................................
Terjamahan oleh : Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com