Naib Presiden PRM, Saudara Rustam A. Sani telah beterus terang dengan pendapatnya bahawa pengundi Ciana amat “mudah dimanipulasi, kekurangan prinsip dan pada umumnya tidak mudah dipercayai”. Pendapatanya ini telah menaikkan kemarahan pergerakan pemuda MCA yang berpendapat Rustam telah mengaibkan kebijaksanaan, kehormataan dan juga maruah masyarakat Cina. Beliau menuntut agar Rustam meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana pendapatnya itu.
Pendapat Rustam diluahkannya terhadap pihak Suqui yang kemudiannya mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pergerakan pemuda UMNO. Ketika itu MCA tidak pun menunjukkan hidung mereka; baik parti induknya mahupun pergerakan pemudanya. Kenapa? Kerana Pergerakan Pemuda UMNO pun berpendapat kerana mereka “mudah dimanipulasi, kurang prinsip dan pada umumnya tidak boleh dipercayai.” Di manakah MCA ketika perjanjian itu ditandatangani? Nampaknya Pemuda MCA berada di kawasan pasir jerlus. Jika tidak masakan mereka mahu mengenakan saman malu yang bernilai beribu juta. Inilah caranya parti komponen Barisan Nasional bertindak setiap kali berhadapan dengan berita yang tidak mempu mereka terima.
Apakah Pemuda MCA sanggup mengatakan bahawa presiden parti Dato Seri Ling Liong Sik, tidak pernah dimanipulasi, mempunyai prinsip hidup yang tinggi dan sungguh amanah ketika dia bertindak menarik balik hasrat perletakan jawatannya kerana Perdana Menteri enggan melepaskannya? Kalau tindakan Dr. Ling itu betul, bererti Saudara Rustam memang bersalah. Dia telah membuat satu kesilapan besar memikirkan bahawa dalam dunia politik perkataan membawa makna yang berlainan dari apa yang dicatatkan dalam kamus manusia. Seperti yang pernah dikatakan oleh George Orwell, dalam penulisannya yang termasyur dulu, dalam dunia politik perkataan kerap membawa makna yang berbeza. Para pemimpin MCA telah teringatkan pesanan Orwell itu walaupun mereka tidak kenal beliau dan kenapa esseinya membawa beribu makna.
Saudara Rustam telah menunjukkan hati yang murni. Masyarakat Cina memang mudah marah tanpa sempadan apabila masalah merreka dijadikan bahan perbincangan. Inilah hakikatnya. UMNO telah melakukan satu dosa besar apabila mendedahkan rayuan Suqui itu kepada NEC II (Mapen II). Dari situ perkara itu merebak hingga ke pengetahun umum sebelum pemilu 1999 dilancarkan. Secara liciknya perkara itu menjadi masalah orang Cina sehinggakan semua orang termasuk Barisan Nasional menerima beritanya. MCA tersilap langkah apabila menuntut jawatan ketua menteri Pulau Pinang, sedangkan UMNO menolak permintaan itu. Politik mencetuskan kuasa, kerana itu UMNO menggunakan kuasa yang ada untuk memperlekehkan MCA.
Seperti yang dideritai oleh presiden UMNO masakini, presiden MCA sedang digugat oleh rusuhan dalaman. Timbalannya memimpin kumpulan yang menghambatnya. Di waktu itulah Dr.Ling mengambil tindakan untuk melepaskan jawtannya. Di waktu itu juga dia menunjukkan kewibawaannya yang sebenar. Dia sanggup terus memegang jawatan setelah presiden UMNO (dan juga Perdana Menteri) mengatakan dia tidak boleh melepaskan jawatan itu. Saya masih ingat betapa Pemuda MCA tidak pun meminta presiden parti mereka meletakan jawatan selepas beliau mengaibkan masyarakat Cina.
Kalaulah tidak kerana isu Suqui dan Sekolah Wawasan, masyarakat Cina pada keseluruhannya tentu telah memihak kepada Barisan Nasional, seperti yang mereka lakukan pada 1999 dengan jelasnya. Saudara Rustam, yang merupakan anak kepada Aruah Ahmad Boestamam, memang amat arif akan perkara ini. Apa yang tidak disebutkannya ialah kalau tidak kerana sesuatu issu yang menghambat mereka, masyarakat Cina memang mudah membiarkan diri mereka di manipulasi. Inilah hakikatnya dan saya sanggup melangkah setapak lagi: Masyarakat Cina yang merupakan golongan yang kedua terbesarnya di negara ini, tidak memandang jauh seperti yang sepatutnya – mereka sepatutnya berani berdepan untuk diharapkan bukan kerana kontrak yang disogokkan, tetapi untuk masa depan cucu cicit yang masih belum dilahirkan.
Perubahan sudah menjelma kerana cucu-cicit generasi merdeka sudah semakin berusia. Kerana itulah Saudara Rustam memang berada di jalan yang benar dengan pendapatnya.
Cuba kita lihat hanya satu contoh yang ada: DAP naik berang apabila Suqui ‘meminggirkan’ tujuh fasal dalam cadangan mereka dulu. Tindakan Suqui itu tercetus untuk menyelamatkan air muka Pemuda UMNO yang tercemar disebabkan tersilap langkah dalam sandiwara perpaduan Melayu mereka. Pada mulanya saya berpendapat Suqui telah memainkan peranan mereka dengan baik. Tetapi, DAP mendesak perkara itu seharusnya dibincangkan terlebih dulu dengan semua persatuan Cina yang bergabung di bawah Suqui. Saya telah berbincang dengan beberapa penyokong muda Suqui yang berpendapat pertubuhan itu telah membuat tindakan yang bijak. Tetapi, itulah isu yang memeningkan masyarakat Cina. Mengikut pendapat DAP itulah isu yang sepatutnya digunakan untuk menenyeh UMNO dan juga Barisan Nasional.
Debat (yang digambar-gemburkan) itu tidak pula menjadi. Ia diganti dengan cakap-cakap yang bercanggahan. Ugutan dan kenyataan yang sengaja dicetuskan melalui laman web dan bukan secara rasminya untuk santapan umum. Semua parti pembangkang sudah bersedia untuk berdebat bila-bila masa mengenai sebarang isu. Parti kerajaan memulakan satu inisiatif untuk memulakan satu isu dulu. Tetapi kemudiannya bertindak mencari alasan untuk memungkirinya. Sebagai wakil orang Cina dalam kabinet, MCA telah menunjukkan betapa mereka sudah gagal menjalankan peranannya sehingga mampu dikotak-katikkan sahaja. Apabila ada satu isu tulin yang muncul seperti Sekolah Wawasan dan juga cadangan Suqui itu, mereka hanya mampu untuk diam membisu. Mereka hanya mampu menuduh pihak lain yang cuba mengemukakan penjelasan mereka. Inilah yang mereka katakan sebagai debat politik. Inilah seninya debat itu dalam Darul Boleh ini. Sememangnya tidak ada sebab kenapa Saudara Rustam perlu meminta maaf kepada Pemuda MCA itu.
Terjamahan Oleh :
Marhain Tua
........................................................................................
Tulisan asal MGG Pillai : Bolehland’s Fine Art Of Political Debate