Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Cara Umno-online fitnah Malaysiakini.Com

http://www.umno.net.my/print.asp?PID=3&ID=1

Dalam edisi terakhir ini, Umno-online (seperti link di atas) telah menarik balik perenggan kedua seperti berikut:

[Petikan] Dalam masa seminggu ini, akhbar di bawah Steven Tan dan anak buahnya yang terdiri daripada K Kabilan, Susan Loone, Ng Boon Hooi, Ajinder Kaur, R Navanitham, kolumnis MGG Pillai bergabung dengan penulis-penulis sosialis berwajah Barat/Islam seperti Fathi Aris Omar, Hishamuddin Rais, Aman Rais dan Hassan Karim menyerang habis-habisan usaha penyatuan Melayu. [Petikan]

Nota: Dalam tulisan edisi terakhir seperti di bawah, Umno-online sengaja tidak memasukkan nama penulis Melayu/Islam seperti Fathi Aris Omar, Zakiah Koya dan 'Ein Azmi. Kenapa? Taktik dengan jelas menunjukkan usaha UMNO untuk mengapi-apikan semangat perkauman yang tebal dan jahat. Ini menunjukkan betapa TERDESAK-nya Umno.

ESOK: Kita akan buat analisis lengkap kandungan jenis fitnah perkauman dan pecah-dan-perintah yang dicipta oleh boss-nya Dr Mahathir.

UMNO-online.com
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(United Malay National Organisation)
http://www.umno-online.com
9 JANUARI 2001

Agenda Anti Perpaduan Melayu dan Islam sedang Menyusup

Apa agenda Malaysiakini terhadap orang Melayu dan Islam di Malaysia? Sebuah akhbar dalam talian yang dibiayai oleh sebuah Persatuan Wartawan Asia Tenggara, kononnya, bagi mengamalkan ‘objectivity journalism’ akhirnya menjadi alat bagi meruntuhkan kepimpinan Melayu dan memecah belah orang Melayu dan seterusnya perpaduan nasional.

Kenapa sebuah akhbar yang kononnya memperjuangkan kebebasan wartawan menjadi begitu takut dan fobia dengan penyatuan Melayu dan penarikan balik 7 tuntutan oleh Suqiu?

Hampir 90% yang tersiar ialah usaha penentangan terhadap penyatuan Melayu dan mengecam penarikan balik sebahagian tuntutan Suqiu. Surat-surat pembacanya juga sedang memainkan isu kebencian terhadap UMNO dan juga sinisan terhadap perpaduan Melayu.

Malaysiakini dibina oleh mereka yang berlatar belakang kurang menyenangi sama ada kepada Islam dan Melayu mahu pun UMNO. Ia terbina atas kebencian terhadap sesuatu. Semua ini digabungkan membentuk agenda besar. Sebahagian yang kurang senang terhadap keistimewaan Islam dan orang Melayu, dan sebahagian lagi kurang senang dengan UMNO. Inilah gabungan yang sedang membentuk pemikiran pembaca siber.

Stevan Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini, adalah orang yang bertanggungjawab mengadakan Persidangan Asia Tenggara Mengenai Timor Timur – agenda barat bagi mewujudkan sebuah kerajaan Kristian di Asia Tenggara; menghabiskan lebih banyak masa di Hong kong dan Thailand. Beliau juga pernah menjadi editor The Sun dan The Bangkok Post.

Selain itu, Steven Gan juga mempunyai hubungan baik dengan The Amnesty International, bila badan hak asasi barat, yang menentang keistimewaan Orang Melayu dan Islam di Malaysia, itu memasukkan nama beliau sebagai mangsa hak asasi manusia di Malaysia kerana menganjurkan persidangan APCET II.

Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana Steven Gan menjadi alat Amnesty International tetapi sokongan Amnesty terhadap beliau ketika ditangkap dan juga laporan karut beliau mengenai kematian 59 orang pendatang tanpa izin yang kononnya sengaja diracun oleh kerajaan Malaysia memperlihatkan agenda tersirat Amnsety Int, melalui Stevan Gan, kepada kerajaan pimpinan orang Melayu ini.

Sekadar nota, Amnesty International mempunyai agenda besar untuk menjatuhkan kepimpinan Dr. Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional. Fokus mereka ini dapat dilihat apabila mereka mengadakan demontrasi anti-Mahathir dan Malaysia di Cambridge beberapa bulan lalu.

Meneliti latar ini kita fahami kenapa akhbar beliau menjadi demikian rupa. Beliau penganut demokrasi ala barat yang tidak dapat menerima keadaan Malaysia hari ini. Orang seperti ini akan melihat perpaduan Melayu sebagai satu ancaman terhadap agenda beliau, agenda Amnesty International dan juga masa depan akhbar dalam talian kelolaan beliau.

MGG Pillai pula bukanlah asing lagi kepada nasionalis Melayu. Beliau merupakan penulis yang sering menjadi agen agenda barat terhadap Malaysia. Tulisan-tulisan beliau tidak lebih daripada suara Amerika di Malaysia.

Beliau menubuhkan kumpulan perbincangan Sang Kancil bagi merosakkan imej kerajaan. Net beliau itu juga merupakan sarang menyebar dakyah serta khabar angin yang telah banyak merosakkan ekonomi dan imej negara.

Agenda Perpaduan Melayu yang diutarakan oleh Perdana Menteri mendedahkan siapa MGG Pillai sebenar. Beliau cuba mengaitkan pelbagai isu lain dengan agenda perpaduan Melayu. Soalnya siapa MGG Pillai ini? Apakah hak beliau untuk turut masuk campur dalam membincangkan perpaduan Melayu? Apakah akan terjadi kalau orang Melayu pula meletakkan pelbagai syarat untuk usaha menyatukan orang India atau Cina?

Pillai juga merasa kecewa dengan arahan Pak Lah supaya debat Pemuda UMNO-PAS dibatalkan. Bagi beliau, orang Melayu harus berdebat secara terbuka. Secara tidak langsung kita dapat melihat kelicikan beliau yang ingin melihat orang Melayu saling mendedahkan kepincangan supaya orang seperti beliau dapat mengambil kesempatan.

Bagi orang seperti Pillai dan Gan, arahan menghentikan debat ini amat mengecewakan. Sudah tentu beliau tidak dapat bertepuk tangan atas perpecahan Melayu. Mungkin juga harapan beliau untuk menelanjangi pekung Melayu melalui orang Melayu sendiri gagal.

Keseluruhannya, Malaysiakini sedang digerakkan oleh mereka yang mempunyai sebab dan latar belakang yang tidak menyukai status orang Melayu dan Islam di Malaysia. Selebihnya, mereka ini disokong oleh penulis-penulis Melayu yang telah hanyut dalam arus sosialisme bermuka barat dan Islam moden dengan istilah muluk-muluk tetapi tidak beerti dalam dunia hari ini.

Pendekatan Malaysiakini amat lunak. Dengan menjadi saluran berita pembangkang pada mulanya ia berjaya menarik ramai orang Melayu dan Islam untuk mendapatkan sumber kedua. Setelah agenda pertama berjaya maka jarum halus pun mula menusuk meracuni pemikiran kita.

Sekarang tembelang Malaysiakini telah terpancar. Penulis-penulis yang dahulunya menyokong PAS pun mula menunjukkan taring dengan mempertikaikan gaya Islam PAS. Mereka membina populariti kemudian mula memainkan agenda sendiri atas kebencian sebahagian orang Melayu kepada UMNO.

Malaysiakini telah lari dari matlamat utama untuk mengamalkan ‘good journalism’. Sebaliknya, ia menjadi alat suara barat yang tidak senang dengan kelantangan kepimpinan Malaysia hari ini. Selebihnya, artikel-artikel didalamnya mencerminkan anti-perpaduan Melayu dan anti-kepentingan nasional dalam bentuk perjanjian 1957.

-- TAMAT --


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com