Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dah ada orang PAS yang tumpul semangat

Tolong forwardkan dari FGR.

Dah ada pun orang PAS yang tumpul semangat nak berjuang
Mon Jan 15 08:07:41 2001

Rungutan penyokong-penyokong PAS kerana tak setuju dengan keputusan diteruskan rundingan berasingan dengan UMNO kedengaran merata-rata.

Ada yang sudah tumpul semangat.

Rasa tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan PAS meluas. Tak boleh disalahkan ahli-ahli PAS berperasaan sedemikian. Asakan demi asakan khianat dan fitnah serta mainan kotor UMNO telah dialami oleh orang PAS begitu lama. Tak berenti-renti asakan jahat UMNO terhadap PAS. Sejak November 1998 tekanan dan taktik kotor UMNO telah meningkat. Putarbelit media sudah macam jenis tak ada agama dan etika langsung,tak berenti-renti menghentam PAS.

Penghinaan yang UMNO lakukan terhadap Nabi dan agama, tentangan UMNO terhadap hukum hudud, sekatan-sekatan keatas dakwah - ini semua membuat kebanyakkan orang Melayu naik benci terhadap UMNO. Sudah sampai tahap 'tiada maaf bagi mu'.

Royalti minyak pula menjadi ehsan sebab nak khianatkan orang Terengganu.

Semuanya ini membuat orang PAS 'fed up' dan rasa nak memberontak apabila pucuk pimpinan PAS bersetuju meneruskan perbincangan dengan UMNO.

Bukannya tiada landasan yang lain. Bukankah BA telah mencadangkan persidangan meja bulat "Cabaran Genting Negara". Sehari selepas BA mencadangkan persidangan meja bulat itu, PAS telah mengumumkan keputusan hendak meneruskan perbincangan berasingan dengan UMNO. Ini membuat persidangan "Cabaran Genting Negara" tertolak ke 'back seat'.

PAS perlu hargai pandangan dan perasaan penyokong-penyokong dan menarik diri dari perbincangan secara berasingan dengan UMNO itu. Dan keputusan menarik diri ini tidak boleh dilengah-lengahkan. Perlu disegarakan sebelum perasaan tumpul semangat dikalangan penyokong-penyokong PAS melemahkan parti dan menimbulkan krisi keyakinan terhadap pucuk kepimpinan PAS.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com