Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kesesatan, Satu Renungan, Satu Menungan

Benar, benar, benar. Maka datanglah lagi seorang ulamak yang 'betul-betul' ulamak segala ulama ke negeri yang penghuninya berbangsa Melayu. Ulamak ini setelah beberapa generasi berjaya 'menukarkan' bangsanya kepada bangsa Melayu. Umat islam yang 'kununnya' begitu sesat telah diberi ajaran 'yang sebenarnya', diantarnya.

1. Debenarkan sesaorang menuduh sesaorang yang lain 'meliwat' hanya dengan pengaduan seorang yang peribadinya masih boleh di pertikaikan iaitu seorang yang masih 'dara' yang pergi keluar Negeri dengan seorang lelaki. Mungkin ini adalah 'sunah' yang dibawa oleh ulamak baru ini.

2. Mendakwa sesaorang di mahkamah sivil yang di kira lebih 'islam' untuk menuduh seorang yang sepatutnya di buat di mahkamah syariah.

3. Menggunakan berbillion billion wang rakyat untuk menyelemat 'sahabat-sahabat' beliau. Ini supaya wang tersebut lebih selamat di simpan oleh sahabat-sahabat beliau daripada di belanjakan untuk rakyat.

3. Menuduh sesaorang 'liwat' di kaca TV dengan isyarat lucahnya walau pun tanpa bukti. Ini ajaran 'islam' yang sedang dibawanya untuk umat islam yang selama ini dianggap 'sesat'.

4. Mengamalkan isyarat 'islam baru' sebagai menyambut tetamu. 'Sunnah' ini telah mula diamalkan oleh pengikut 'ulama' ini oleh seorang pemimpin di sebuah Negeri di Pantai Timur.

Banyak lagi 'ajaran'ajaran' yang sedang dan telah dibawa oleh 'ulama' ini yang selama 20 tahun telah hampir berjaya 'menyedarkan' bukan sahaja umat islam tetapi juga bangsa-bangsa lain. Walau bagaimana pun orang Melayu kini telah 'mulai di sesatkan oleh PAS' dan telah menjauhkan diri dari 'ulama' tadi kecuali beberapa kerat sahaja yang masih mendapat 'kerak' daripada percihan kekayaan yang telah diberi kepada 'sahabat-sahabat' beliau.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Ulamak Hidung bengkok.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com