Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Parti Keadilan membuat pilihan yang bijak

Saya menyokong keputusan parti Keadilan yang menolak cadangan Umno untuk berunding mengenai perpaduan Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui, tiada apa yang hendak dirundingkan. Ia adalah masalah Umno dan tiada sebab parti Keadilan yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum turut diajak membincangkan perpaduan Melayu yang tiada kena-mengena dengan parti itu. Kalau membuat sebarang keputusan dan kadang-kadang bergantung kepada keadaan, saya fikir keputusan itu hendaklah dibuat atas kepentingan parti itu sendiri. Tiada sebab parti Keadilan harus memikirkan kepentingan Umno melebihi kepentingan parti itu sendiri.

Parti Keadilan tidak akan lupa tindakan Umno@BN menangkap pemimpin-pemimpin parti itu dan pada masa yang sama menjemput parti itu berunding mengenai perpaduan Melayu. Semua orang sudah tahu perbincangan perpaduan Melayu mengandungi banyak muslihat, agenda tersembunyi dan boleh juga merupakan perangkap untuk menjerat Pas dan Parti Keadilan.

Muhyiddin kata parti Keadilan mengalami kerugian kerana menolak tawaran Umno dan dia menambah parti itu setidak-tidaknya mencuba tawaran itu. Muhammad Taib berkata parti Keadilan hendaklah memberikan Pas dan Umno peluang untuk membincangkan isu berkenaan dengan perpaduan Melayu. Hishammuddin berkata parti Keadilan setidak-tidaknya mempertimbangkan matlamat perbincangan. Dia menambah niat Umno ialah menyatukan orang Melayu dan sepatutnya tiada penolakan tawaran perbincangan perpaduan Melayu. Tambahan pula parti Keadilan dikatakan membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan tawaran semasak-masaknya.

Kalau tak nak terima tawaran apa yang nak dibising-bisingkan. Parti Keadilan berhak terima dan tolak tawaran Umno. Setelah saya baca kenyataan pemimpin-pemimpin Umno di atas, bunyinya macam ianya perangkap Umno untuk menjerat parti Keadilan dan apabila diketahui parti itu menolak tawaran, seolah-olah pendapat pemimpin-pemimpin di atas adalah untuk memujuk parti Keadilan untuk menarik balik keputusan supaya akhirnya masuk perangkap juga yang dikenakan oleh Umno. Ini hanyalah pendapat aku, mungkin betul atau mungkin salah. Pas dinasihatkan supaya mengambil sikap berhati-hati apabila berbincang dengan Umno kerana kita semua orang sudah tahu siapa Umno.

LTL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com