Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Azam 2001 UMNO purba melucukan

Saya nak sentuh mengenai azam parti UMNO purba tahun 2001 iaitu menyatupadukan orang Melayu. Kelakar betul aku mendengar azam parti UMNO purba yang jelas tidak menunjukkan keikhlasan mereka. Sepatutnya azam ini ditentukan pada tahun lepas (tahun 2000) dan bukan tahun ini. Kita tidak payah menggunakan kecerdikan untuk mengetahui helah parti UMNO purba. Kalau UMNO purba ada niat untuk bersatupadu dengan Pas dan Parti Keadilan, kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membalas dendam terhadap mereka dalam tahun 2000? Selepas itu apabila Parti UMNO purba mengetahui mereka sudah kehilangan punca dan sokongan daripada kaum Melayu dan kaum Cina, barulah UMNO purba tiada jalan lain selain terpaksa mengajak Pas dan Parti Keadilan supaya bersatu, itupun tidak iklhas.

Saya sudah ulang perkataan ikhlas beberapa kali. Sepatutnya UMNO purba segera mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah perpaduan Melayu dalam UMNO purba setelah parti itu mengalami kekalahan yang teruk pada pemilu 1999. Sepatutnya azam tahun 2000 ialah tahun menyatupadukan orang Melayu. Ini tidak azam tahun 2000 ialah azam membalas dendam selepas itu tahun ini pulak nak berbaik-baik dengan Pas dan parti Keadilan setelah parti Pembangkang teruk dikerjakan oleh diktator tua. Memang melucukan. Saya memang setuju dengan Mahfuz Omar dan Ezam bahawa perbincangan mengenai perpaduan Melayu dengan UMNO purba adalah membuang masa dan mengandungi unsur politik yang hanya menguntungkan UMNO purba sahaja. Tiada gunanya duduk semeja dan berbincang dengan orang UMNO yang tidak sehaluan dengan kita orang.

Dalam wawancara eksklusif dengan BERNAMA, ada dua soalan ditujukan kepada diktator tua mengenai perpaduan orang Melayu dalam parti Pas dan kegagalan UMNO purba menarik sokongan ahli golongan muda. Mengenai perpaduan Melayu dibawah Pas, diktator tua menjawab orang Melayu tidak bersatupadu dibawah Pas. Dia menuduh Pas berjaya dapat sokongan orang Melayu kerana berjaya mempengaruhi orang Melayu supaya benci kepada kerajaan dan juga memberitahu orang Melayu tidak perlu bersyukur kepada kerajaan atas pertolongan kerajaan dalam pelbagai aspek. Diktator tua menyalahkan Pas atas kegagalan UMNO purba mendapat sokongan dikalangan golongan muda. Pas menyebarkan propaganda di kampus universiti, tadika dan sekolah menengah. Akhirnya budak sekolah rendah dan pelajar U termakan hasutan Pas dan mula membenci kerajaan. Sebab itulah UMNO gagal memperolehi sokongan orang muda.

Perlu diingatkan wawancara eksklusif diadakan selepas tiga atau empat hari selepas diktator tua membuat kenyataan mengenai kesediaan parti UMNO purba untuk berunding dengan Pas dan parti Keadilan mengenai perpaduan Melayu. Memang diktator tua cakap tak serupa bikin punya orang. Kalau diktator tua ingin ajak Pas dan parti Keadilan untuk menyelesaikan masalah perpaduan Melayu, kenapa dia masih mahu menghentam dan memburuk-burukkan Pas dalam temubual eksklusif? Di mana keikhlasan beliau dalam hal ini? Perangai diktator tua sama dengan regim zionis Israel. Israel berpura-pura mahu berdamai dengan Palestine dan pada masa yang sama meneruskan agenda jahat mereka terhadap rakyat Palestine. Diktator tua pun dua kali lima, berpura-pura ajak BA bersatu dan pada masa yang sama, masih mahu menghentam Pas.

Kita semua orang tahu diktator tua ialah seorang yang hipokrit dan penuh dengan tipu muslihat dan putar pelit. Pas dan parti Keadilan harus menangani perkara ini dengan bijak dan mengambil sikap berhati-hati. Selama ini kita orang hanya meneka apakah agenda terselindung UMNO purba mengenai perpaduan Melayu. Hakikat sebenarnya Melayu tidak berpecah, semuanya adalah berpunca dari UMNO purba sendiri dan tidak harus menyalahkan pihak yang lain. BA harus tahu apakah perangkap UMNO. BA harus berhati-hati agar BA tidak turut dipertanggungjawabkan dalam masalah pepecahan orang Melayu.

Kepada orang UMNO, azam 2001 sepatutnya ialah gulingkan diktator tua yang sudah tidak dikehendaki lagi oleh masyarakat Malaysia. Diktator tua sudah tidak relevan lagi dan merupakan liabiliti kepada negara. Orang UMNO sepatutnya lebih jelas daripada saya. Selagi diktator tua masih berkuasa, orang UMNO lebih tahu apakah nasib mereka jika mereka terus biarkan diktator tua terus berkuasa. Apakah orang UMNO mahu biarkan diktator tua berkuasa sehingga pemilu 2004 di mana masyarakat tidak akan teragak-agak memangkah parti BA dan seterusnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Diktator tua adalah punca utama kekalahan BN di Lunas dan perpecahan UMNO di mana kaum Melayu dan kaum Cina menolak kepimpinan diktator tua. Jika orang UMNO tidak mahu parti UMNO mengalami kekalahan yang lebih teruk daripada 1999, mereka sepatutnya sudah mempunyai perancangan bagaimana mahu mengelakkan perkara ini berlaku. Saya harap perancangan orang UMNO ialah gulingkan diktator tua dan bukan mencari kesalahan BA. Terpulang kepada orang UMNO, pandai-pandailah mereka menentukan apa yang mereka perlu buat untuk masa depan mereka daripada terus bertuankan diktator tua. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO sanggup mengalami dan menanggung kekalahan pada pemilu 2004 bersama dengan diktator tua? Diktator tua amat berkuasa kerana ada sokongan kuat dan apa yang menggembirakan ialah sokongan dan kekuatan diktator tua semakin lemah. Tidak mustahil kalau diktator berjaya digulingkan kalau semua orang UMNO bersatupadu menjatuhkannya. Inilah sedikit nasihat saya kepada orang UMNO.

LTL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com