Ketika Umno sedang nazak, Mahathir jadi serba salah. Salah cakap sedikit
saja, jabatan boleh melayang. Mahathir main pecat siapa saja yang dianggap
membahayakan empayarnya.
Ada yang menduga-duga, Hamid Othman yang dipecat sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri akan ditugaskan untuk menjaga Kedah menjelang pilihanraya
akan datang. Sebab dalam pilihanraya 2004 itu, kalau tidak ada formula jitu
dari BN, sudah pasti Kedah akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Untuk
itulah, beberapa orang tokoh Umno pusat perlu dikerahkan ke gelanggang untuk
menghadapi gelombang kebangkitan kesedaran rakyat yang sudah muak dengan
kezaliman dan kesewenang-wenangan rejim Mahathir.
Sekiranya benar dugaan itu, maka sudah jelas Mahathir telah membuat
perhitungan yang salah. Sebab Hamid Othman sudah tidak ubahnya sebagai besi
buruk yang berkarat pekat. Tidak ada lagi yang dapat dimanfaatkan. Sama juga
dengan Jusoh No, yang dari Kampung Raja, Besut itu. Kedua-dua tokoh ini
telah melacurkan gelar PhD untuk kepentingan perut. Rupa-rupanya azab malu
pembohong agama ini sudah dirasakan sejak di dunia lagi.
Saya mencadangkan agar Hamid Othman balik kampung jadi lebai malam. Siapa
tahu rakyat Sik akan melantik dia sebagai imam tarawih pada bulan Ramadah
akan datang. Carilah jati dirimu yang sebenarnya.
Limah Gemok