Yang beria-ia benar mahu menyatukan Melayu adalah puak dan juak Mahathir dalam Umno. Konon Melayu itu berpecah kerana ideologi. Memang benar. Pokok pangkalnya hanya satu. Yakni pihak yang menyebabkan Melayu berpecah belah. Dalam hal ini UMNO.
Kenapa???
Mahathir yang bikin Melayu dalam Umno terkotak-kotak dalam dua kubu: DR M Vs DSAI. Kemudian pertentangan dua kubu yang lebih dahsyat: Sekularisme Vs. Islam. Perseteruan DR M Vs. DSAI boleh dikatakan cukup serius, tetapi tidak seserius perseteruan Sekularisme Vs. Islam. Perseteruan DR. M Vs DSAI boleh dihentikan sekiranya Mahathir mahu mengaku segala kesilapan dia yang menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bersedia menerima pembalasan dari pihak yang dizalimi. Itu saja jalan penyelesaiannya.
Adapun perseteruan Sekularisme Vs. Islam (dalam hal ini PAS) tidak akan terselesaikan sekiranya UMNO tetap dengan dasar ideologi sesatnya: sekularisme. Sekiranya UMNO mahu tukar dasar perjuangan kepada dasar ISLAM seperti yang diperjuangkan oleh PAS, maka persetruan di antara dua kubu tersebut dengan sendiri dapat diselesaikan.
Sebab Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berulang kali menegaskan bahawa orang-orang Pas bersedia membubarkan parti Islam itu dan bergabung dalam Umno sekiranya parti puak sekular Melayu menjadi ISLAM sebagai dasar perjuangan mereka.
Limah Gemok