Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MahaDead Mula Alihkan Jerat

Apabila jerat yang awal dipasang tidak dijengah pelanduk, MahaDead terpaksa alihkan jeratnya. Dan dia pun membuat kenyataan bahawa UMNOshit bersetuju untuk berbincang dengan PAS bukan sahaja isu Melayu tetapi juga isu perpaduan nasional. Ini jerat yang sama cuma dialihkan tempat saja. Kalau dulu dipasang di tepi jalan tapi kini jerat di alih ke tepi sungai pula. Kalau jerat mengena kali ini mangsa tidak akan disembelih sebaliknya dihumban terus ke dalam sungai supaya mati lemas.

Tolak ansur yang dia tunjukkan mengingatkan saya kata-kata Sdra Ezam Mohd Noor bagaimana cara MahaDead berusaha supaya ISNA terus menjemputnya ke persidangan besar umat Islam Amerika Utara itu sehingga sanggup menawarkan kepada ISNA membawa Sdra Anwar Ibrahim ke Amerika. Inilah cara MahaDead sanggup buat apa saja untuk mencapai cita-citanya.

PAS mesti bertegas seperti mana Sdra Anwar Ibrahim bertegas: "Namun untuk saya berkompromi dengan seorang Diktator Tua yang zalim tidak sekali-kali. Saya lebih rela dipenjara sehingga akhir hayat saya." Kata-kata Anwar Ibrahim.

PAS wajib berhati-hati dengan lebih teliti kali ini dengan tolak ansur MahaDead. Waspadalah. MahaDead memang licik dalam tipu muslihat politiknya yang hampir berkubur. Cuba lihat kenyataannya semalam bahawa itu bukan keputusannya tetapi keputusan jemaah mesyuarat UMNO yang adakan. Dia tidak mahu menanggung risiko dan jika sekiranya pertemuan PAS-UMNO itu gagal diujudkan maka kecaman atau tuduhan tidak boleh diajukan kepadanya lagi. Bermakna jari-jari UMNO tidak boleh menghentam beliau lagi sesudah ini seperti mana yang saya jelaskan dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk "Muzakarah PAS-UMNO: Apakah akhirnya". Nampaknya MahaDead mula bimbang dengan andaian-andaian yang saya buat jika muzakarah PAS-UMNO tidak terlaksana.

Liang Lahad MahaDead memberi ingatan kepada PAS dan barisan kepimpinannya, sebelum srda-sdra membawa usul untuk membincangkan jemputan MahaDead ke peringkat pusat pastikan terlebih dahulu keikhlasan MahaDead siputar alam ini. Saya adalah Liang Lahad yang akan menghimpit mayatnya nanti maka saya dapat rasakan niatnya cukup amat tidak ikhlas.

PAS boleh menguji keikhlasan MahaDead ini. Lihat reaksi nya dahulu apakah sikapnya dan apakah kenyataannya, caranya amat mudah. PAS HANTARKAN SEPUCUK SURAT JAWAPAN BERHUBUNG MUZAKARAH ITU DENGAN MENGATAKAN PIHAK PAS PADA DASARNYA BERSETUJU TETAPI SEBELUM PERTEMUAN ITU MAHADEAD PESTILAH MENUNJUKKAN KESUNGGUHANNYA DIMANA MAHADEAD MESTILAH:-

1. Istilah wang EHSAN yang digunakan menggantikan wang ROYALTI hendaklah dimansuhkan untuk selama-lamanya.

2. Wang ROYALTI Petronas untuk rakyat Trengganu hendaklah dibayar kepada Kerajaan PAS Trengganu dengan kadar segera.

3. MahaDead hendaklah memberikan kebebasan kepada komponen BA membuat sebarang ceramah atau rapat umum aman di mana-mana tempat di Malaysia ini tanpa gangguan polis untuk selama-lamanya.

Cukup dengan 3 ujian ini diberikan kepada MahaDead. Kita tengok apakah sikap dan reaksinya. Pasti dia tidak akan lulus dalam 3 ujian mudah ini. Dia akan buat putar belit lagi kalau 3 tuntutan ini diajukan kepadanya. Kenapa? Ya kerana dia tidak ikhlas. Dia pembohong, penipu, pengkianat, pembelit dan putar alam yang masyor. MahaDead hakikatnya memang tidak suka rakyat Malaysia bersatu. Yang dia suka adalah "pecah dan perintah". Tujuan dia yang sebenarnya untuk pulihkan maruahnya, untuk ubatkan UMNOshit yang nazak dan yang mustahak mengekalkan survival politiknya sendiri.

Sebaik-baiknya PAS jangan ambil pusing jemputan MahaDead itu. Lihat saja wajah MahaDead di tv, riak wajahnya akhir-akhir ini menggambarkan wajah seorang penipu, manusia paling tidak jujur yang dilahirkan di bumi Malaysia ini.

Yang paling jelas riak wajahnya sekarang seperti wajah orang yang hampit mati. Wajahnya adalah wajah yang dibelenggu oleh dosa dan noda. Wajahnya cukup menggambarkan wajah orang yang diburu penyesalan, ketakutan dan cemas.

Setiap kali dibuat sidang media, MahaDead akan tersasul dan kita akan mendengar orang akan membantunya dalam menyebut beberapa perkataan yang dia sendiri sudah lupa.

Jadi orang yang pelupa dan nyanyok sebegini mengajak Us Fadzil, Tn Guru Nik Aziz, Kak Wan Azizah berbincang dengannya. Bolehkah kita percaya? Mana logik dan munasabahnya.

Firman Allah swt surah Al Baqarah bermaksud "Tidak diberati diri itu lebih dari kesanggupan."

Sekarang MahaDead sudah tidak berupaya dan tidak berkesanggupan maka buat apa kita memberati dia dengan masalah perpaduan Melayu yang kononnya berpecah.

Tugas kita sekarang membantu dia mengurangkan beban yang dia tanggung dengan memaksa dia meletakkan semua jawatan dengan segera. Kita adili dia dan hukum dia di dunia agar apabila MahaDead mati dapatlah dia mati dengan tenang. Oleh itu Liang Lahad MahaDead tidak perlulah menghimpit mayatnya dengan keras, kasar, rakus dan ganas sangat.

Liang Lahad MahaDead.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com