UMNO sekarang bergerak dengan giat melakukan proses turning over mahasiswa universiti tempatan yang majoriti menentang UMNO dan BN supaya menerima kembali parti jahat itu. Samada komponen Barisan Alternatif sedar atau tidak tetapi inilah hakikatnya yang berlaku sekarang. Parti-parti seperti PAS, keADILan, DAP dan PRM hendaklah bergerak mulai sekarang dengan mendekati mahasiswa universiti dengan apa cara sekali pun. Kalau tidak dapat secara nyata kita hendaklah bergerak senyap-senyap supaya proses turning over yang giat dilaksanakan oleh UMNO@BN dapat digagalkan.
Jika pada bulan lepas borang-borang UMNO kita dengar diedarkan kepada mahasiswa UPM maka perkembangan yang terbaru ialah berlaku di Universiti Malaya pula. Apa yang berlaku di Universiti Malaya malam kelmarin saya rasakan adalah usaha menghasut mahasiswa membenci Barisan Alternatif secara terang-terang.
Program malam kelmarin yang dibuat atas tujuan kononnya Jamuan Hari Raya sebenarnya adalah perangkap memanggil mahasiswa menghadiri program menghasut yang mereka anjurkan. Majlis itu menjemput semua mahasiswa universiti-universiti tempatan menghadirinya dan ianya ditaja sepenuhnya oleh balaci UMNO@BN dalam urusan makanan dan pengangkutan.
Apabila mahasiswa masuk ke dalam dewan yang kononnya jamuan hari raya, pintu dewan ditutup dan tampillah seorang yang memang perancang mereka. Dengan tidak disangka majlis bertukar menjadi forum apabila para mahasiswa diminta memberi pendapat terhadap persoalan "WHAT DO YOU THINK ABOUT PAS?".
Oleh kerana perancangan yang halus maka berbagai persoalan yang mempertikaikan dan memburukan PAS di bentangkan satu persatu. Dalam masa yang sama perbandingan yang menunjukkan UMNO@BN lebih baik ditonjolkan secara bersungguh-sungguh. Saya tidak dapat menjelaskan secara menyeluruh kerana saya bukan mahasiswa yang dengan ini saya tidak boleh masuk ke dalam dewan itu. Walau bagaimana pun hati saya merasa sungguh geram dan sakit yang teramat sangat melihatkan ianya berlaku di depan mata saya. Tambahan pula selama ini UMNO@BN lantang mendakwa kononnya BA menghasut pelajar universiti tetapi malam itu terang lagi nyata UMNO@BN yang lebih jahat.
Saya terus menunggu di luar dalam suasana gelap dan nyamuk berseorangan diri. Saya boleh balik kalau saya mahu tetapi demi perjuangan "Tegakkan Keadilan Pertahankan kebenaran" saya terus menunggu di luar sehingga majlis tamat.
Majlis itu berakhir hampir tengah malam. Bayangkanlah rakan-rakan ku pejuang BA, betapa lama mahasiswa itu dibrain wash dalam program turning over itu.
Selepas majlis itu saya menyapa beberapa orang mahasiswa yang bergerak pulang. Mereka yang sebelum ini menyokong PAS ada juga yang telah menjadi keliru dan pulang dengan persoalan yang meragukan. Ada juga yang berjaya di turning over dalam majlis itu.
Maklumat yang saya perolehi pelajar dijanjikan dengan bayaran RM50.00 seorang. Yang amat mengecewakan saya ialah ada pelajar yang dengan hanya diumpan RM50.00 boleh tukar pendirian dan pegangan. Lalu terlintas difikiran saya dengan menabur duit memang ada diantara kita yang boleh ubah pendirian. Maka tidak hairanlah hari ini semua pendakyah Kristian mengumpankan duit yang banyak untuk memurtadkan orang Melayu dan pendakyah Kristian itu berjaya.
Usaha-saha terbaru UMNOshit ini amat membimbangkan saya. Oleh itu saya menyeru agar semua komponen BA marilah sama-sama kita memulakan strategi dan perancangan baru mendekatkan kita dengan mahasiswa universiti. Kita jangan gundah gulana. Kita hendaklah mulai sekarang menghampiri generasi muda dengan lebih aggresif. Setiap pemuda yang kita jumpa hendaklah kita tarik mereka untuk menganggotai salah satu parti-parti komponen BA. Ingatlah kerana generasi ini yang rata-rata berusia sekitar 20an adalah bakal pengundi tahun 2004 nanti.
Kepada Pemimpin Pemuda dalam BA hendaklah menggerakkan jentera dengan segera untuk menrekrutkan generasi muda menganggotai parti kita. Jangan tunggu generasi muda datang meminta borang tetapi hendaklah kita yang bergerak proaktif mencari dan mengambil mereka.
PEMUDA BA terutama Sdra Ezam dan Sdra Mahfuz boleh mendapatkan maklumat perihal program UMNOshit kelmarin di UM dari mahasiswa yang menyertai majlis itu.
Saya juga menyeru kepada mahasiswa yang menghadiri majlis itu yang tidak dapat diturn overkan oleh UMNOshit akar dapat menulis di mana-mana laman web bagi menjelaskan dengan terperinci apa yang sebenarnya berlaku di Dewan UM pada malam kelmarin.
SAUDARA EZAM DAN MAHFUZ DAN PEMUDA DAP SERTA PRM, KITA HENDAKLAH BERGERAK DAN BEKERJA DENGAN LEBIH GIGIH LAGI MENGREKRUTKAN MAHASISWA DAN PEMUDA-PEMUDI LAIN DENGAN SEGERA.
KEPADA MAHASISWA YANG MENGHADIRI MAJLIS ITU DEDAHKANLAH SEGERA STRATEGI JAHAT UMNO DI MALAM KELMARIN.
LIANG LAHAD MahaDead