Saya baru mendapat maklumat dari kawan-kawan yang pernah berurusan dengan Pejabat Hamid Othman di Jabatan Perdana Menteri dan mereka ini mengatakan bahawa punca utama Hamid Othman meletakkan jawatannya kerana tekanan MahaDead dan ada hubung kaitnya dengan Tabung Haji. Semasa MahaDead di luar negara dia mahukan Hamid Othman selesaikan masalah MAS bersama Tabung Haji. Dia mahu Hamid umumkan Tabung Haji akan membeli saham MAS dengan harga RM8.00, namun perkara sebaliknya berlaku dimana Prof. Ungku Aziz membuat kenyataan wang Tabung Haji tidak boleh digunakan oleh kerajaan untuk menyelamatkan syarikat MAS yang tenat. Patutlah Ungku Aziz bantah, nilai saham MAS bernilai RM3.40 dibeli dengan harga RM8.00. Rupa-rupanya rahsia mereka telah dihidu oleh Ungku Aziz.
Kenyataan ini memeranjatkan MahaDead dan dia tidak sangka sama sekali walau pun MahaDead telah melantik Dr Zeti anak Ungku Aziz sebagai Gabnor Bank Negara, Prof Ungku Aziz tetap lantang membantah. Akibat bantahan ini rakyat juga menyuarakan rasa tidak bersetuju Tabung Haji menyelamatkan MAS. Mahu tidak mahu Hamid Othman terpaksa mengikut kehendak bantahan tersebut. Maka di sini bermulalah episod renggang Hamid dan MahaDead.
Apabila duit Tabung Haji tak boleh diseludup maka MahaDead mesti cari duit perbendaharaan. Khabarnya duit itu memang ada ngam-ngam tapi duit itu untuk projek lain yang melibatkan seorang bukan Islam. Pelan asalnya dibuat cara pusing-pusing iaitu Tabung Haji selamatkan MAS dan duit perbendaharaan untuk siBukan Muslim itu. Bila kerajaan terpaksa menggunakan duit perbendahraan untuk beli MAS maka melepaslah siBukan Islam itu. Projeknya pun tersangkut. Duit perbendaharaan pun melayang pada MAS seperti terbangnya pesawat Boeing juga.
Episod terakhir sebelum Hamid melepaskan jawatannya ialah MahaDead kena cari alternatif duit bagi projek siBukan Islam itu. MahaDead nampak duit Tabung Haji lagi untuk dipinjamkan kepada siBukan Islam itu. Hamid membantah duit tabung Haji mana boleh dibuat sebegitu rupa. Bukan Islam pula tu. Bantahan Hamid akhirnya diberi kata dua oleh MahaDead. "Letak jawatan dengan segera atau engkau aku pecat". Akhirnya Hamid memilih meletakkan jawatan. Hamid Othman selepas episod terakhir ini akan membisu seribu bahasa kerana hatinya telah terguris oleh kerakusan MahaDead.
Saya Liang Lahad MahaDead ingin berpesan kepada TOKOH AGAMA di JOHOR (kerana khabarnya disebut-sebut akan menggantikan tempat Hamid Othman) supaya YM TUAN jangan sekali-kali terpengruh dengan ganjaran pangkat dan gaji yang lumayan yang dijanjikan oleh MahaDead. Kalau YM TUAN menerima tawaran dari MahaDead ia akan menjatuhkan kemuliaan imej YM TUAN.
Jika Hamid Othman begitu bijak dalam politik dan berpengalaman lama dibuat sedemikian rupa apatah lagi YM TUAN. Rezki yang banyak, pangkat yang besar, kemuliaan yang disanjung di dunia bukan passport kebahagiaan di akhirat. Kalau YM TUAN diberi pangkat yang besar, duit yang banyak namun zahirnya yang nyata YM TUAN tetap makan nasi hanya sepinggan, saiz pinggan yang sama, saiz gelas yang sama dan saiz perut kita yang sama juga. JADI UNTUK APA JIKA YM TUAN MENERIMA TAWARAN ITU?
Sebaliknya jika YM TUAN berdiam diri seperti sekarang tentunya YM TUAN lebih dihormati rakyat dan umat Islam. Sebelum terima tawaran MahaDead fikirlah semasak-masaknya. Apakah akan jadi kepada YM TUAN jika sebaik sahaja YM TUAN menyertai kabinet MahaDead tiba-tiba As-Sheikh Yusoff Al Qardhawi mengeluarkan fatwa yang amat menyedihkan berkaitan tindak-tanduk MahaDead?
Sebelum ini Dr Sheikh Taha Jabir Al-Alwani telah pun mengeluarkan pendirian syariat terhadap hukuman bersalah ke atas Sdra Anwar Ibrahim, saya perturunkan sedikit kesimpulan dari Dr Sheikh Taha untuk peringatan YM TUAN.
"...Berasaskan hujah-hujah syari'ah seperti diatas , perbicaraan dan hukuman tersebut amat jelas memalukan sistem kehakiman Malaysia. Demi mendaulatkan nilai-nilai keadilan dan syari'at serta etika ikhtisasnya, hakim sepatutnya telah menolak kes tersebut dari awal lagi. Hakim seperti beliau itulah (ARIFFIN JAKA) yang dimaksudkan oleh Hadis Rasulullah saw yang bermaksud: DARI SETIAP TIGA ORANG HAKIM, DUA DARIPADANYA AKAN TERHUMBAN KE DALAM API NERAKA".
Beginilah nilai hidup dan tarafnya Hakim Ariffin Jaka sekarang. Sila dapatkan buku fatwa tersebut jika ingin lebih terperinci.
Oleh itu jangan mencemarkan kemuliaan YM TUAN dengan terjun ke lubuk yang dikotorkan oleh MahaDead.
Pejuang-pejuang "menegakkan keadilan mempertahankan kebenaran" tolong panjangkan pendedahan ini kepada YM TUAN yang dimaksudkan.
Rongga lahadku hanya menunggu MahaDead.
LIANG LAHAD MahaDead