Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MasyaAllah - Peninggalan Tunku Dimusnahkan MahaDead

Subang, 10 Jan 2001

Selepas mendengar temberang siKhir Toyo, "MB Selangor Hidung Bertali" (sila baca artikal Khir Toyo temberang lagi) dan menyelesaikan urusan saya di Bangunan SUK, Shah Alam saya bertolak ke KL melalui jalan Subang Airport. Melihatkan kerja pembangunan di Terminal 1, Subang Airport dan cara bagaimana ianya dibangunkan amatlah meranjatkan saya. Saya memberhentikan kereta dan memberanikan diri memasuki kawasan itu dan cuba berbual dengan orang "dot dot dot" yang boleh memberikan sedikit penerangan.

Dari maklumat yang saya dapati pembangunan Terminal 1, Subang untuk dijadikan "National Exhibition & Convention Centre (NEEC)". Saya bertanya perlukah itu? Dia "dot dot dot" berkata pada pendapatnya tidak perlu dan ini cukup membazir sebab dahulunya semua pameran di buat di PWTC. Kemudian bina Bukit Jalil, mereka tinggalkan PWTC dan pergi ke Bukit Jalil pula. Akan datang pameran buat di sini pula dan tinggalkan Bukit Jalil dan PWTC bankrap.

Kata-kata tersebut mengingatkan saya perihal MegaTV, Metrovision dan Astro yang akhirnnya MegaTV dan Metrovision bungkus. Begitu juga hal syarikat telefon mudah alih. Lahir yang baru bunuh yang lama. Inilah cara MahaDead membangunkan negara dan berniaga. Lahir dan bunuh, macam zaman jahiliyyah lagaknya.

Saya tanya lagi, "Tak sayang ke bangunan lama ini dimusnahkan?". Jawabnya, "Apa tidaknya, kami rasa sebak di dada, sayu, semasa kerja menghancurkan struktur Terminal 1 ini. Ketika itu terbayang wajah Tunku Abdul Rahman dan Agong Pertama turun dari kereta untuk menaiki pesawat. Agaknya roh Almarhum Tunku dan Agong Pertama menangis melihat peninggalan mereka dimusnahkan oleh tangan-tangan kami atas arahan MahaDead. Selepas ini tak ada lagi anak cucu kita yang tahu di zaman Tunku dan Agong Pertama ada airport yang mereka gunakan. Terminal 2 dan 3 adalah binaan cincai dan macam gudang saja".

Sambungnya lagi, "Generasi akan datang akan anggap Tunku dan Agong Pertama tak ada airport kerana yang ada hanya dibuat oleh MahaDead di KLIA. MahaDead telah mengubah dan membohongi sejarah untuk menggemilangkan dirinya".

Saya tanya lagi, "Siapa punya projek ni?". "Siapa lagi mestilah kroni". Jawabnya.

Saya tanya terus, "Munasabahkah Terminal 1 ini dihancurkan?". Jawabnya, "Ya, munasabah, kalau tujuan untuk meminda sejarah dan memadamkan peninggalan Tunku dan Agong Pertama. Ianya jadi tidak munasabah kalau untuk pembangunan. Mereka boleh kekalkan Terminal 1 jadi Domestic Airport dan sebaliknya hancurkan terminal 2 dan 3 yang macam gudang itu jadi NEEC. Sebenarnya 100% kelengkapan ada di Terminal 1. Tapi Terminal 2 dan 3 apa ada? Sekarang semua kelengkapan di Terminal 1 dah dihumban kedalam api. Jadi besi buruk."

Saya uji pemikiran dia pula, "Kalau sdralah apa yang sebaiknya dibuat kepada airport ini?". Jawabnya, "Mudah saja dan tak perlu banyak membazirkan duit, Terminal 1 kekalkan sebagai peninggalan Tunku dan Agong Pertama dan jadikan Domestic Airport. Terminal 2 dan 3 berikan kepada TUDM supaya dibesarkan Pengkalan TUDM Subang. Duit tak habis.. imej TUDM hebatlah sikit ada pengkalan besar." Dia menyambung lagi, "Buat apa pusat pameran banyak-banyak, negara kita rakyat bukan kaya sangat. Tengoklah berapa orang yang beli pesawat dan marine semasa LIMA langkawi tu. Seingatan sayalah mula-mula tempat pameran di Changkat Pavilion, Stadium Negara, bina PWTC tumbang Changkat Pavilion. Bina pula Bukit Jalil tumbang PWTC. Sekarang bina pula NEEC tengoklah nanti bankrap Bukit Jalil. Kalau kawasan sini.. Stadium Shah Alam pun boleh jadi tempat pameran."

Oleh itu sdra-sdri, hakikat pemusnahan Terminal 1 Subang adalah untuk memadamkan sejarah kejayaan Tunku dan Agong Pertama. MahaDead mahukan "Melayu Baru" tajaannya dengan sejarah baru iaitu mendewakan kepada MahaDead dan dalam masa yang sama mempertikaikan jasa-jasa pemimpin yang terdahulu.

Kepada ahli-ahli dan pencinta sejarah, pencinta alam dan NGO-NGO kita mesti bergerak sekarang mempertahankan peninggalan khazanah silam terutama yang dibuat di zaman sebelum Tunku, di zaman Tunku, Tun Razak dan Datuk Hussein Onn serta semuanya.

Staduim Merdeka, Stadium Negara, Zoo Negara, Penjara Pudu, Tasek Perdana, bangunan-bangunan lama, kampung-kampung Melayu tradisional semuanya dalam bahaya kerana semuanya dalam senarai MahaDead untuk dimusnahkan dari bumi Malaysia ini. MahaDead mahukan "Melayu Baru" iaitu bangsa Melayu yang mempunyai sejarah baru yang memuja MahaDead sahaja. Kg. Baru, Kg Datuk Keramat, Kg. Kerinci, Kg. Hj Abdullah Hukum dan lain-lain kampung yang mempunyai nilai sejarahnya akan dimusnahkan. Ayuh sdra-sdri ku bangunlah kita semua. TEGAKKAN KEADILAN PERTAHANKAN KEBENARAN.

Terima kasih kepada "dot dot dot" di Terminal 1 yang melayan saya.

Selepas berbual panjang barulah pekerja "dot dot dot" itu perasan mahu tanya saya pula. Dan dia pun bertanya, "Nak tanya sikit, sdra ni siapa". "Saya wartawan...". Dari akhbar mana?". "Adalahhh... ". "Minta tengok kad wartawan". Lalu saya hulurkan kartu nama yang saya reka sendiri. "Apa ni.. Penulis bebas dari AlamKubur. Liang Lahad MahaDead?" Ha Ha Hah... Kami berdua ketawa.

MAHADEAD!!! Kamu jangan ketawa. Ini bukan masanya kamu untuk ketawa. Kamu sudah hampir kepada ku "Liang Lahad MahaDead". Masa kamu hanya ada untuk bertaubat kerana menghina agama Allah dan RasulNya. Sebelum Izrael menyentap nyawa mu, mengaku lah bahwa kau memfitnah Sdra Anwar Ibrahim. Tariklah kembali segala tuduhan palsu mu. Kamu mintalah maaf atas keterlanjuran mu kepada Sdra Anwar Ibrahim, Sukma, Dr Anees, Samsidar dan anaknya, Azmin dan ulamak yang kamu perli.

Liang Lahad aku masih berongga kerana menunggu kehadiran mayat mu.

LIANG LAHAD MahaDead


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com