Shah Alam, 10 Jan 2001
Berita ini ditulis sebaik sahaja selesai Perhimpunan Bulanan Staff Kerajaan
Negeri Selangor pada pagi ini di Dataran SUK, Shah Alam.
Menteri Besar yang dicucuk hidungnya oleh MahaDead yang juga bertanggung jawab
menebuk peta Negeri Selangor (keluarkan Putra Jaya) sekali lagi berbohong di
hadapan seluruh staffnya yang berhimpun. Ucapannya pendek sahaja tapi tidak satu
pun kata-katanya boleh dijadikan pedoman memandangkan latar belakangnya yang
tidak seperti yang beliau ucapkan.
Memang betul isi ucapannya mengandungi nasihat tetapi jika orang yang
menyampaikannya bergelumang dengan putar belit dan penipuan maka siapakah yang
mahu mengambil ikhtibar darinya. Lagi pun ucapan itu bukan lahir dari hati
sanubarinya tetapi telah ditulis oleh orang lain dan dia cuma membacanya sahaja.
Berbagai perkataan Arab digunakannya seperti muhasabah, muraqabah, musyarobah,
mulaqabah dan lain-lain lagi. Setiap kali nasihat yang diberinya yang menyentuh
ajaran agama maka saya lihat ramai staff yang tersenyum sengih. Mungkin mereka
merasa loya tekak dan geli telinga masing-masing. Kebetulan pula saya hari ini
ada urusan di sana, dapatlah saya melihatnya.
Beberapa potong hadis diMelayukannya dan kisah-kisah di zaman Rasulullah saw
dihuraikannya tetapi semua itu menambah geli telinga mendengar kerana kita tahu
siapa siKhir Toyo ini.
Bayangkanlah siKhir Toyo ini mengajak semua staff meningkatkan ilmu dan
pemahaman dengan mengatakan kita mesti mendengar semua pendapat sedangkan kita
tahu anak Toyo ini juga yang mengharamkan Tn Guru Nik Aziz berceramah di
Selangor.
Dia juga mengajak kita jangan mengiakan apa-apa yang tidak benar sedangkan dia
membenar dan mengiakan fitnah MahaDead kepada Sdra Anwar Ibrahim dan lain-lain
mangsa yang berkait dengan beliau. Kalau semua yang Khir Toyo ucapkan itu ikhlas
lahir dari hati sanubarinya maka selepas berucap dia hendaklah meninggalkan UMNO
dan MahaDead.
Tidak ada lain tujuan siKhir Toyo berucap menyentoh soal agama melainkan niat
hatinya mahu dipuji dan supaya kita menganggap dia pandai agama. Itu sahaja. Aku
sebagai Liang Lahad MahaDead, aku tahu maksud hati mu Khir Toyo.
Tetapi yang tersembunyi yang ramai staff nya tidak sedar ialah apabila dia
mengungkit kerajaan negeri hanya mengutip 420 juta sahaja hasil air JBA
sedangkan peruntukkan kini meningkat hampir 1 Bilion RM. Dan kerajaan terpaksa
memberi subsidi yang besar dalam ehwal air ini. Apakah maksud yang tersembunyi
dalam hatinya? Apa lagi siHidung Bertali ini dah ada perancangan mahu naikkan
harga air di Negeri Selangor. Tengoklah nanti.
Khir Toyo aku tahu kau ada sikit-sikit pelajaran agama tetapi janganlah itu kau
gunakan untuk modal supaya kau mendapat pujian dari manusia. Gunakanlah didikan
agama yang ada untuk "MENEGAKKAN KEADILAN DAN MEMPERTAHANKAN KEBENARAN" Kalau
kau orang yang zuhud, tinggalkanlah kemewahan mu dan mari bersama kami berjuang
menentang kezaliman MahaDead. Engkau pun pernah berkata MahaDead pun ada banyak
yang dia buat tak betul dan memecahkan perpaduan rakyat.
Dengarlah pesanan aku Liang Lahad MahaDead kepada mu Khir Toyo, oleh kerana kamu
mahu bercakap menyentuh soal kesucian agama maka tinggalkanlah MahaDead. Barulah
rakyat akan mendengar nasihatmu.
Bersikap benar seperti Saidina Abu Bakar ra,
Berjuanglah seperti Saidina Umar ra
Berlemah lembut seperti Saidina Uthman ra
dan Berilmu seperti Saidina Ali kmj.
LIANG LAHAD MahaDead
(Aku menunggu MahaDead bukan mu Khir Toyo)