Sebelum 8 Jan 2001 ianya disebut Muzakarah PAS,
keADILan dan UMNO tetapi selepas keADILan menolak secara rasmi jemputan MahaDead maka kini yang tinggal muzakarah PAS-UMNO saja. Media balaci MahaDead melapurkan Ustaz Fadzil Noor masih mahu meneruskan pertemuan tersebut biarpun keADILan menolaknya kerana mungkin keADILan mempunyai alasan dan agendanya sendiri. Itu adalah lapuran media balaci dan tidak mustahil itu bukan maksud kata-kata Ustaz Fadzil Noor. Tahu sajalah media balaci. Balaci tetap balaci.. Sebenarnya MahaDead masih menaruh harapan biarpun tinggal PAS sahaja. Tidak dapat rotan maka akar pun jadilah.
Namun begitu Liang Lahad MahaDead tetap berkeyakinan, harapan tinggal harapan. Pertemuan tidak akan berlangsung. MahaDead akan dipermainkan. Ayam terlepas, tangan penuh bau taik. Yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran. Apa yang keciciran? Percayalah nanti, selepas PAS pula membuat kenyataan menolak jemputan MahaDead kerana muzakarah tidak menjurus penyelesaian masalah negara tetapi hanya berkisar atas sifat assabiyah sahaja, maka semua jari-jari UMNO menuding kepada MahaDead. Mereka menuduh MahaDead dan siTiung belaannya hidung tak mancung pipi tersorong-sorang. Tiung yang bernama siDolah ini terlibat kerana dia adalah Pengerusi yang mengusulkan cadangan tersebut.
Jari-jari UMNO akan menuduh MahaDead dan Tiungnya mencemarkan maruah UMNO kerana membuat undangan rasmi kepada keADILan dan PAS tapi kebenarannya yang tersembunyi, UMNO mereka seperti PENGEMIS.
Debat sudah dibatalkan oleh siTiung yang bermakna UMNO sendiri yang mengaku kalah. Satu maruah MahaDead dan Tiungnya akan dipertikaikan oleh jari-jari UMNO. Kalau PAS pula menolak pelawaan (sudah pasti) kerana seperti dilapurkan Bernama bahawa PAS mahukan muzakarah diperluaskan skopnya bukan sahaja isu perpaduan tetapi melibatkan lain-lain isu seperti Islam, murtad, royalti minyak, penyelewengan dan sebagainya sedangkan MahaDead hanya mahu isu perpaduan Melayu sahaja.
Jari-jari UMNO sudah nampak sekarang bahwa PAS lebih berpandangan jauh dan inteligen sedangkan MahaDead @ UMNO berfikiran lebih sempit, tidak ikhlas dan tidak mengutamakan kepentingan negara. Kejujuran serta kecintaan kepada negara lebih terserlah kepada PAS.
Akhirnya UMNO memikul dua masalah yang besar iaitu "MARUAH - Debat tidak menjadi, Muzakarah tidak kesampaian" dan dua biawak hidup yang tidak berguna iaitu "MahaDead yang tiada maruah dan Tiungnya yang tak mengerti apa-apa".
Inilah yang MahaDead kejar tak dapat yang dikendong keciciran. Wibawanya yang masih tinggal sedikit akan tercicir dan terhakis. Jari-jari UMNO menjadi semakin menipis rasa kepercayaan dan hormat kepada MahaDead. Mereka akan menyalahkan MahaDead dan siTiung kerana dengan rasa tidak malu mengemis bantuan BA. Dan yang ketara jari-jari UMNO serta akar umbinya yang akan meyalahkan MahaDead kerana debat tidak menjadi, muzakarah tidak kesampaian. Akar umbi menjadi malu lantaran MahaDead dan UMNO amat pengecut berhadapan BA. Sudah lah di peringkat kedai kopi, akar umbi UMNO takut berdebat dengan akar umbi BA manakala di peringkat tertingginya pun bacul juga. Mana mahu taruh muka yang tebal itu?
Oleh itu jalan terbaik adalah jari-jari UMNO akan memberikan tekanan kepada MahaDead. Suara-suara jari UMNO akan kedengaran mempertikaikan kepimpinan MahaDead selepas ini. Suara keberanian seperti kekalahan BN di Lunas akan berulang kembali.
MahaDead dalam usaha memulihkan imejnya terlupa usianya sudah menghampiri senja. Sepatutnya dia sekarang tidak perlu memikirkan kehebatan dunia lagi. Nikmat dunia sudah expired tempoh baginya. Ujung-ujung hidupnya kejar dunia tak dapat, kendong akhirat bertaburan.
Firman Allah swt, "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan KEZALIMAN, itulah orang-orang yang mendapat keamanan (dunia dan akhirat) dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat pertunjuk." Al-An'aam, ayat 82.
MahaDead, pintu keampunan bagi mu masih terbuka untuk kamu menarik balik segala fitnah jahat mu kepada Sdra Anwar Ibrahim dan orang-orang yang kau libatkan dengan beliau.
Apabila mayat mu dihantar kepada ku "Liang Lahad MU" segalanya sudah tertutup untukmu. Meraung dan tangismu tidak berguna lagi.
Peringatan dari
LIANG LAHAD MahaDead