Hari ini Parti keADILan Nasional memberikan hadiah yang menggembirakan hati bagi seluruh rakyat Malaysia yang bermaruah, pejuang keadilan dan kebenaran serta saya selaku Liang Lahad MahaDead turut sama bersyukur pada Allah swt. Alhamdulillah. Kita tidak terpedaya dan tidak termasuk dalam jerat buta yang dipasang oleh MahaDead.
Kenyataan media oleh Presiden keADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah bt Wan Ismail pada 8 Jan 2001 yang dengan tegas dan penuh sopan menolak pelawaan MahaDead untuk berbincang isu yang bersandarkan atas premis perpecahan orang Melayu adalah tepat, benar, memenuhi cita rasa rakyat dan cukup bermaruah.
MahaDead sudah tentu akan menggeletik seperti cacing kepanasan kerana jerat butanya tidak mengena. Dalam UMNO bolehlah dia buat sesuka hati kerana semua yang mengaku berwibawa dalam parti UMNO nazak itu sebenarnya bacul, bodoh dan dayus. Yang pasti sekali lagi MahaDead akan menyerang kita melalui media fitnahnya. Media balaci MahaDead akan memburuk-burukan kita dan Demi Allah kita akan menyerang balas serangan mereka.
Kenyataan MPT keADILan menjawab surat MahaDead dan menolak pewalaannya adalah seiring dengan landasan agama Islam. Liang Lahad MahaDead mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran meneliti serta menghayati firman Allah swt dalam Al-Quran, "Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepada mu sambil bersumpah: 'Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna'. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Kerana itu PALING lah kamu daripada mereka dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka PERKATAAN YANG BERBEKAS PADA JIWA MEREKA." Surah An-Nisaa', ayat 62 dan 63.
Tegas saya sebagai Liang Lahad MahaDead, bahawa keputusan Parti keADILan Nasional menolak pelawaan MahaDead bukanlah kerana upaya kita tetapi itu adalah perintah dari Allah swt, kehendak dan redhaNya yang mahu menyelamatkan kita kerana kita berjuang atas nama keadilan dan kebenaran yang seiring dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Wahai MahaDead, tengoklah kemenangan berpihak kepada kami lagi. Jika Allah swt Berkehendak, Insyallah partimu akan hancur musnah, kerajaan mu akan berkecai seperti mana berkecainya kerajaan Firaun laknatullah.
Wahai MahaDead, tempoh mu di dunia ini semakin pendek
dan Liang Lahad semakin hebat dan bertambah kerap menggamit mu datang ke mari.
Ingatlah pesanan Rasulullah saw. "Tidak sempurna iman seseorang kamu jika kamu tidak mengasihi dan berlaku adil kepada saudara seagama mu sebagaimana kamu menyintai diri mu sendiri." Riwayat Bukhari.
Salam dari
LIANG LAHAD MahaDead.
9 Jan 2001