Assalamualaikum dan Salam Jihad Untuk Semua Pejuang.
Isu perpaduan Melayu yang dicanang oleh MahaDead & UMNOshit tidak ada yang benar melainkan semuanya tipu dan perangkap belaka. Kenapa? Percaya lah MahaDead tidak akan membuat sesuatu melainkan itu menguntungkannya. Perpaduan Melayu dihebohkan dan nama PAS dan keADILan disebut oleh mereka kerana kalau PAS dan keADILan bersetuju ini 100% menguntungkan UMNOshit dan si sial MahaDead pasti menggerakkan jenteranya untuk mengembalikan kehebatannya. Lihat saja semalam Si Dolah umum membatalkan debat Sdra Mahfudz vs Hishamudin hanya alasan kononnya kalau debat diteruskan ia akan merosakan pertemuan isu perpaduan Melayu. Logikkah itu? Tujuan debat untuk membahaskan atas isu hak keistimewaan Melayu maka mana logiknya alasan Si Dolah ini, sedangkan kemunculan isu perpaduan Melayu hari ini juga disebabkan oleh hak keistimewaan orang Melayu yang kononnya dipertikaikan oleh Seqiu. Hakikat debat dibatalkan kerana kalau diteruskan juga yang kalah ialah Hishamudin, imej UMNOshit lebih tersungkur hina dan yang paling ditakutkan oleh UMNOshit ialah kalau pun debat tak disiarkan secara langsung tapi selepas debat, VCD akan laris seperti goreng pisang panas seperti vcd Astora Jabat dulu. Hasil dari debat itu pasti ramai ahli UMNOshit 50-50 akan tinggalkan parti nazak itu. Ini yang MahaDead takut dan suruh tiung belaannya batalkan debat tersebut.
Bagi kita rakyat yang bermaruah teruskan debat itu dulu kemudian baru bercakap soal perpaduan. Kita mahu tahu mana satu hak keistimewaan Melayu yang dipertahankan oleh UMNOshit ini.
Jangan kita terpedaya. Firman Allah swt, "Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri ini." Al-Imran 196. Semalam Mingguan Malaysia 7/1/01 mempaparkan dengan besar, kaler pulak tu wajah Tn Guru Haji Hadi dan Ustaz Fadhil muka depan akhbar mereka. Sebelum itu wajah Kak Wan, besar dan kaler juga. Kenapa mereka sanggup? Kerana kalau pertemuan itu berjaya diadakan banyak hasil yang menguntungkan MahaDead @ UMNOshit itu. Kita jangan lupa dua tahun sudah akhbar yang sama paparkan Sdra DSAI diberi hidangan lazat dan mewah di penjara Bukit Aman selepas beberapa hari ditangkap. Tajuknya 'Anwar diberi layanan istimewa'. Hakikatnya adalah DSAI hampir mati dibelasah oleh KPN @ Kepala Kongsi Gelap Rahim Noor. Hanya Allah swt yang menyelamatkan Sdra DSAI. Jadi hari ini bila lihat wajah pemimpin besar BA dipaparkan sedemikian rupa oleh akhbar penipu yang sama maka maksud yang tersirat ialah mereka akan meratah pemimpin kesayangan BA ini seperti mereka meratah Sdra DSAI.
Kenapa MahaDead @ UMNOshit ini beria-ia benar mahu adakan pertemuan tersebut? Tak ada sebab lain melainkan siPerosak ini mahu pulihkan imejnya. Peringkat antarabangsa imej dia dah hina dan yang amat menyedihkan dan menakutkan dia apabila Sheikh Yusuf Al-Qardhawi menolak dan tidak mahu berjumpa dengan dia. Sekarang dia berusaha dalam negeri ini pula. Dia mahu bagi tahu dunia jika pertemuan BA dengan dia berlaku bahawa siPengkianat ini masih utuh dikalangan rakyat Malaysia. Bayangkanlah apa yang akan dicanangnya jika dia diberi peluang berjabat tangan dengan Tn Guru Nik Aziz, Tn Guru Haji Hadi, Us Fadhil Noor dan lain-lain ulamak Malaysia. Percayalah siPembohong ini akan hantar mesej kepada Sheikh Yusof Al-Qardhawi ... "sekarang lihatlah Sheikh Yusuf, kamu tidak mahu melihat aku tapi di Malaysia ulamak-ulamak yang menghormati kamu tetap mahu menghormati aku..."
Sebagai Liang Lahad MahaDead saya merasakan tidak perlu diadakan pertemuan itu kerana ia membuang masa dan tidak berfaedah. SIAPA KATA ORANG MELAYU BERPECAH? KITA TIDAK BERPECAH BUKTINYA DI LUNAS KITA MENANG. Yang berlaku sekarang orang Melayu ramai-ramai meninggalkan UMNOshit yang nazak, jahat dan rasuah itu. Kalau nak buat juga pertemuan maka BA jangan sekali-kali menghantar Presiden dan Ulamaknya mamadailah menghantar Ezam, Mahfduz, Mohamad Sabu, Azmin dan Salahuddin kerana mereka berlima saudara sudah mampu bersemuka dengan makhluk perosak itu.
MahaDead tidak perlu memikirkan perpecahan Melayu kerana ia tidak berlaku. MahaDead sepatutnya memikirkan bag amalnya yang masih berisi sampah kerana masanya sudah hampir mengadap Allah Azzawajalla. MahaDead sudah mati dalam hati rakyat Malaysia yang bermaruah. Liang Lahad MahaDead sedang menunggu untuk menghimpitnya jika bag amalannya masih berisi sampah, fitnah, tipu, dusta dan honar belaka.
Firman Allah swt. "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu." Al-Imran, 189.
Salam dari
LIANG LAHAD MAHADEAD