Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hanya Orang Bodoh Minta Balik Pingat

Meneliti lapuran berita perihal penarikan balik pingat darjah kebesaran Kelantan oleh sultan Kelantan terhadap Sdra Takiyuddin Hassan (darjah kebesaran ahli setia Kelantan) dan Sdra Mohamad bin Daud (darjah kebesaran setia mahkota Kelantan) bukanlah suatu yang mengejutkan atau menakutkan, sebaliknya menimbulkan satu kelucuan. Media Balaci MahaDead menghebohkan seolah-olah berlaku permasalahan dalam kerajaan Tn Guru Nik Abd Aziz tetapi sebenarnya isu ini membuktikan KEBODOHAN dan betapa silapnya sultan Kelantan. Saya berani berkata demikian kerana dia bertindak demikian hanya mengikut nafsu amarah yang gagal dikawal. Ketika bertindak dia meletakkan sifat SABAR dan KEMANUSIAAN jauh entah kemana.

Kalau tujuan menarik balik pingat hanya untuk menakutkan pejuang atau orang lain maka yang akan berlaku adalah sebaliknya. Akan lahir lebih ramai lagi orang yang akan bersuara demi kebenaran biarpun segala pingat kebesaran akan ditarik balik. Bagi seorang pejuang tulin bukan sekadar pingat hatta nyawa sekali pun rela diberikan.

Kalau tujuan menarik pingat kerana timbul rasa benci sultan Kelantan kepada pejuang lantaran permintaan sultan Kelantan tidak diperkenankan maka kebencian yang dia tuju kepada pejuang tidak akan sampai sebaliknya kebencian dari rakyat Malaysia bermaruah kepada sultan Kelantan akan lebih meluap-luap. Mana sultan Kelantan mahu letak muka kalau rakyat Malaysia bermaruah sudah bencikan dia?

Kepada sultan Kelantan, saya nasihatkan ambillah pedoman seperti apa yang berlaku kepada MahaDead . Kerana MahaDead mahukan rakyat bencikan Sdra Anwar Ibrahim maka berbagai cara dibuat supaya Sdra Anwar dibencikan orang. Sebaliknya kebencian yang dirancang untuk Sdra Anwar berpatah balik kepada MahaDead . Anwar tidak hina MahaDead yang hina. Dahulu Dr. Mahathir namanya cukup elok sekarang namanya berbagai yang menghinakan. Ada namanya disebut Mahafiraun, MahaDead , Mahazalim, Mahashit, MahaDead, MahaKhinzir, Pu**Mak, Diktator, siTuaNyanyok dan segala yang menghinakan.

Mahukah sultan Kelantan menjadi seperti MahaDead ? Kalau sekarang baik-baik boleh berhadapan rakyat dengan sempuna dan selesa, kelak nanti sudah takut berhadapan dengan rakyat Kelantan kerana malu dan takut. Lihat juga MahaDead hari ini cukup takut berhadapan dengan rakyat Malaysia. Jangankan rakyat Malaysia, penduduk Lunas dia pun sudah tak berani hingga batalkan lawatan ke Lunas tatkala orang-orangnya hampir nak mampus berkempen untuk BN.

Wahai sultan Kelantan.

Sedarlah bahawa kamu naik bukan kerana kamu layak menjadi sultan tetapi hanya kerana kamu mewarisinya sahaja. Kamu menjadi sultan bukan kerana HAQ tetapi kerana LANTARAN. Bukan kerana pilihan rakyat tetapi kerana kamu anak lelaki dalam keluarga kamu. Itu sahaja.

Kamu kena ingat bahawa PILIHAN rakyat adalah kerana rakyat SUKA, rakyat SAYANG dan rakyat PERCAYA. Rakyat Kelantan lebih percaya kepada orang yang mereka pilih daripada percayakan kamu. Mereka memberi amanah dan tanggung jawab kepada orang yang mereka pilih maka mereka sedar setiap keputusan kerajaan yang mereka pilih adalah semata-mata untuk kesejahteraan mereka. Apabila orang yang mereka pilih itu kamu permainkan maka sudah tentu ini akan menimbulkan rasa marah dan kesal mereka kepada kamu. Kamu akan rugi besar kalau rakyat sudah membenci kamu.

Sultan yang disayangi rakyat akan didoakan oleh rakyat akan kesejahteraan sultan mereka sebaliknya jika sultan yang dibenci rakyat akan disumpah, dimaki dan dikutuk pada setiap masa. Oleh itu pandai-pandailah mengambil hati rakyat. Walaupun kamu sebagai sultan tidak pernah berkorban apatah lagi berhabiskan harta kekayaan kamu untuk mereka tetapi sudah cukup memadai kalau kamu sayangkan mereka dan menghormati kerajaan pilihan mereka.

Jika kami rakyat negeri lain dan jauh pula JARAKNYA dengan mereka masih boleh ujud rasa simpati kami, rasa kasih sayang kami kepada rakyat Kelantan apa hal pula kamu yang menjadi raja bagi mereka.

Kamu juga yang mengaku raja adalah payong bagi rakyat tetapi apa gunanya payong jika ianya bocor dan robek yang tidak boleh rakyat berteduh.

Apa gunanya kamu berikan pingat jasa jika sanggup ambil balik pingat itu. Ingatlah: pingat yang kamu berikan itu kerana jasa mereka yang dibuat di masa yang lepas bukan jasa yang akan datang. Jasa yang dibuat di masa yang lalu tidak boleh dipadam. Semuanya MALAIKAT sudah tulis. Kalau malaikat sendiri pun tidak diberi kebenaran oleh Allah swt untuk memadam amalan/jasa mereka masa lalu, kenapa pula kamu lebih berani setelah mengiktiraf jasa mereka yang lalu dengan memberi pingat, hari ini meragut balik. Bukankah itu tindakan BODOH namanya. Sahlah kenyataan saya "HANYA ORANG BODOH SAHAJA BERI BARANG MINTA PULANGKAN BALIK."

REFORMASI untuk semua rakyat, pemerintah, raja dan apa sahaja.

LIANG LAHAD MahaDead
27 Jan 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com