Rombakan kabinet MahaDead yang membelakangkan semua ahli Parlimen BN menimbulkan rasa tidak senang dan kecewa dikalangan majoriti mereka. Sebelum rombakan itu diumumkan mereka cukup menaruh harapan di antara mereka mungkin akan dilantik. Sebaliknya pengumuman rombakan kabinet hari kelmarin dengan melantik orang lain yang bukan di kalangan ahli Parlimen dan memang diketahui rapat dengan MahaDead membuatkan ahli Parlimen BN ini merasa tersinggung dan sumbangan mereka berkempen dan berusaha memenangkan BN dalam pilihan raya lalu 1999 tidak dihargai dan tidak dinilai langsung.
Kesanggupan MahaDead melantik muka-muka baru (baru'a') itu menjadi senator sebelum dilantik menteri adalah satu pengkhianatan kepada jasa dan sumbangan ahli Parlimen BN yang kerana kemenangan mereka BN masih boleh memerintah hingga saat ini.
Inilah kali ke 4 MahaDead mengecewakan harapan orang-orang yang mengharap darinya.
Kekecewaan pertama dirasakan oleh semua ADUN BN Selangor apabila MahaDead sanggup kosongkan DUN semata-mata mahu melantik Abu Hasan Omar sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Mat Taib. MahaDead menyampaikan mesej jelas kepada semua Adun BN Selangor bahawa semua mereka tidak boleh dipercayai olehnya.
Kekecewaan ke 2 pula adalah dalam pembentukan kabinet baru selepas pilihanraya. Masa yang amat lama diambil untuk kabinet baru itu dibentuk membuahkan harapan MP BN agar ramai muka baru MP BN akan dilantik menganggotai kabinet baru MahaDead itu. Namun sekali lagi malang menimpa mereka apabila diri mereka tetap juga ditinggalkan oleh MahaDead . Mereka cukup kecewa tetapi masih mampu memendam perasaan.
Kekecewaan ke 3 berbalik kembali kepada semua Adun senior BN Selangor dengan harapan diberi peluang menjadi Menteri Besar selepas Abu Hassan meletakkan jawatan akibat skandal seks beliau. Sekali lagi MahaDead menyampaikan mesej dia tidak percaya Adun senior BN Selangor apabila seorang budak mentah dalam politik dilantik sebagai MB. Khir Toyo yang bergelar MB "Hidung Bertali" itu terbukti menjadi seperti budak penjaga kuda apabila menyerahkan Putra Jaya dengan 'free' kepada MahaDead dan anak-anaknya.
Kekecewaan ke 4 berulang pula kepada seluruh MP BN apabila ditinggalkan dalam rombakan kabinet yang baru kelmarin.
Kekecewaan terkini kepada ahli Parlimen BN ini menjadi ancaman besar kepada MahaDead . Sudah ada suara dari belakang MP ini berkata,
"Apakah kita yang menang ini tidak dipeduli.. payah-payah sangat kita suis saja laa.. apa tunggu lagi.."
Adalah dijangkakan MahaDead akan memanggil semua ahli Parlimen BN untuk sekali lagi mengaku sumpah taat setia kepadanya.
Saya Liang Lahad MahaDead menyeru kepada ahli Parlimen itu supaya jangan takut kepada MahaDead . Anda usahalah mencari lebih ramai MP BN yang bersedia untuk suis kepada BA. Cukupkan jumlahnya supaya sekali anda dan kumpulan anda istihar diri memasuki BA maka sekelip mata BA mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan dan BN tumbang.
Kalau anda mampu membuat begitu dengan segera usaha kami untuk membebaskan Sdra Anwar Ibrahim dari penjara lebih cepat tercapai.
Pesanan saya, jangan anda berhijrah sorang-sorang kerana ini memberi peluang kepada MahaDead mengishtiharkan DARURAT memberikan pemerintahan kepada polis.
Jadikanlah HIJRAH 1422 sebagai pedoman dan hijrah yang sebenar.
MahaDead sudah pasti memanggil semua ahli Parlimen BN bersumpah taat setia kepadanya dalam tempoh terdekat ini.
Tunggu dan lihat.
LIANG LAHAD MahaDead