Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kabinet Baru - MahaDead Hilang Wibawa

Kabinet baru yang diumumkan oleh MahaDead semalam mengambil masa lebih tiga minggu selepas perletakkan jawatan Hamid Othman. Apabila kita melihat senarai muka baru dalam kabinet barunya itu, kita akan bertanya apakah munasabah kalaulah muka-muka itu sahaja yang diumumkan, MahaDead terpaksa mengambil masa selama tiga minggu untuk memilih mereka? Kenapa dalam begitu ramai Ahli Parlimen BN masih tidak layak untuk dilantik?

Jawapan kepada soalan itu menjurus kepada kewibawaan MahaDead . Ternyata sekarang bahawa MahaDead sudah hilang wibawa. Sudah tidak ada orang lain lagi di sekelilingnya termasuk semua ahli Parlimen BN yang dipercayainya.

Sekadar melantik Ketua Pengarah JAKIM menggantikan tempat Hamid Othman maka MahaDead terpaksa mengambil masa tiga minggu bermakna MahaDead sudah tidak mempunyai ulamak lagi yang boleh mempertahankannya.

Liang Lahad MahaDead mendapat maklumat, sudah pasti masa tiga minggu itu diambil untuk menghubungi ulamak-ulamak yang pada fikirannya boleh bersamanya tetapi semua ulamak yang MahaDead temui menolak tawarannya. Mereka (ulamak-ulamak yang ditemuinya) tidak mahu bersekongkol bermain taik bersama MahaDead lantas menolak tawaran. Itulah masa tiga minggu terpaksa ditunggu.

Oleh kerana tidak ada lagi ulamak yang bersetuju terpaksalah Zainal Abd Hamid itu dipilih. MahaDead pun tahu Zainal ini tidak ada potensi untuk mempertahankan MahaDead . Oleh itu pemilihan Zainal ini adalah last minit kerana sudah tidak ada sesiapa lagi yang mahukan jawatan itu. Alangkah malunya siZainal ini menjadi Ulamak last minit, menteri last kopek.

Kabarnya bekas Adun Melor BN, Kelantan (Zainal Abidin Abd Kadir) pun ada juga dalam senarai MahaDead untuk dilantik sebelum siZainal Abd Hamid ini diambil tetapi risik-risik yang MahaDead perolehi Adun Melor ini sudah jarang menemui MahaDead dan agak liar sedikit dengan MahaDead sekarang maka MahaDead kurang percaya kesetiaannya.

Perlantikan siZainal Abd Hamid ini menyerlahkan lagi bahawa MahaDead tidak ada wibawa untuk pertahankan kerajaannya. Mereka yang bijak sedikit dalam agama dan hukum secara perlahan, senyap dan beransur-ansur menjauhkan diri dari dia. MahaDead dalam keseorangan sekarang ini seperti mana yang dia akan rasai berseorangan diri di dalam Liang Lahad MahaDead nanti selepas sahaja pembaca TALKIN meninggalkan kuburnya.

Mengambil masa tiga minggu hanya untuk mengumumkan Jeneral (B) itu menjadi menteri cukup untuk menjadikan bahan komedi Kumpulan Senario dan ditertawakan seluruh rakyat. Hamid Othman pun turut juga tersenyum kambing. "Betoi Mid.. MahaDead dah tak ada orang lain dah.. betoi hang teka.. balik-balik muka tu punya laa"

Perlantikan Jeneral (B) ini membuatkan kepimpinan MahaDead semakin teruk dan bertambah goyah. Jangankan Jeneral(B) ini mampu melawan serangan PAS malah melawan serangan budak-budak reformasi sahaja dia akan lari seperti tikus mencari lubang.

Dengan hanya sekali laungan RE-FOR-MA-SI, ALLAHU AKHBAR dia sudah lembut lutut dan tidak mampu bangun lagi.

REFORMASI akan berjaya. ALLAHU AKHBAR akan bergema. MahaDead sudah mula diserang ANAI-ANAI.

LIANG LAHAD MahaDead
18 Jan 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 19 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com