Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jangan Terkejut Jika Ini Terjadi

Apa yang ingin Liang Lahad MahaDead ketengahkan kali ini bukanlah satu ramalan dan ia juga bukan satu firasat. Ianya hanya sekadar "perasaan" yang sentiasa bermain di lubuk hati Liang Lahad MahaDead . Mahu tidak mahu saya menulis juga untuk renungan umum. Ianya tidak mustahil berlaku jika semuanya Kehendak dan Izin Allah swt jua.

Kita tahu tahun ini, 2001, barulah bermula abad baru iaitu abad ke 22. Abad ke 22 ini dikatakan oleh orang yang "memahami" adalah abad kebangkitan semula umat Islam di rantau Asia Tenggara dan dunia amnya. Dalam abad ini kerajaan yang jahat, pemimpin yang zalim akan hancur, ditumbangkan satu persatu.

Di Malaysia ini juga akan bermula dengan suatu yang menarik tapi cukup mengejutkan. InsyaAllah. Pada tahun masehi 2001 dan bersambung dengan tahun Hijrah 1422 ini rakyat Malaysia akan menyaksikan 3 perkara yang melibatkan kejatuhan (kematian???) yang normal tapi memberikan kesan yang mendalam. Dalam tempoh setahun ini, InsyaAllah dengan berlakunya 3 kejatuhan orang-orang tertentu ini, ianya akan merubah corak dan hala tuju rakyat Malaysia. Matlamat rakyat Malaysia yang bermaruah "Ke Arah Malaysia Yang Adil" akan terserlah dan berjaya.

Apakah "perasaan di lubuk hati" yang dikatakan bakal "kejatuhan" itu?

1. InsyaAllah akan berlaku ke atas seorang yang bergelar Ahli Parlimen. Kekosongan kerusi ini menjadi pertarungan hebat antara pihak BA yang "Menegakkan Keadilan Mempertahankan Kebenaran" dengan pihak BN yang telah hanyut kerana penyelewengan, yang telah sesat dalam perjuangan. Siapa akan menang? Pihak yang terbaik mengatur strategi dan serangan akan menang. Jika BA yang menang, harapan MahaDead akan tumbang dengan sungguh hina semakin hampir.

2. Kejatuhan yang kedua ini pula bila berlaku amat menakutkan dan memeranjatkan MahaDead . Kenapa? Ya, kerana kejatuhan yang ke dua ini, melibatkan seorang "Bangsawan". Orang yang menggantikan tempat "Bangsawan yang jatuh itu" adalah orang yang tidak sehaluan dengan MahaDead . Si MahaDead Pendusta ini akan tertekan sepanjang dia menjalankan tugasnya dan MahaDead tidak aman lagi duduk di kerusi kesayangannya itu.

3. Kejatuhan yang ke tiga pula akan berlaku ke atas orang yang ada gelaran menteri pada sebutan panggilannya. Inilah kejatuhan yang terbesar sekali. Apabila kejatuhan ketiga ini berlaku bukan sahaja menjejaskan MahaDead malah seluruh tubuh UMNO seumpama wau yang putus ekornya. UMNO menjadi seakan gila sama sekali. Porak poranda seluruh UMNO dari atas hingga yang ke bawah. Orang yang dahulu dipaksa mengikut perintahnya akan mula engkar. Kesan besar pada akhirnya UMNO hanya tinggal nama. UMNO hancur berkecai seperti bukit yang diletupkan. UMNO berKUBUR.

Ulasan saya:
Apabila berlaku kejatuhan (kematian???) orang pertama, MahaDead masih boleh bertahan. Walaupun sudah ramai orang di sekelilingnya melarikan diri dan belot terhadapnya namun MahaDead masih boleh bertahan. Bukan kerana MahaDead masih kuat tetapi dia bertahan kerana atas sifat degil dan "ketegaq" yang cukup kuat bersarang dalam jiwanya. Pada waktu ini kedudukan Sdra Anwar Ibrahim di penjara belum ada perubahan lagi.

Akan tetapi dengan tercetusnya kejatuhan orang kedua pula menyebabkan MahaDead terus hilang pertimbangan. Dirinya cukup goyang dan reput seperti kayu yang dimakan anai-anai. Ditolak sahaja dia terus tumbang. Dia dalam suasana TERAMAT GELISAH, RESAH dan CUKUP TAKUT. Pada waktu ini suara-suara pembebasan Sdra Anwar Ibrahim akan mula terdengar, bergema seperti suara harimau mengaum, ianya berkumandang sahut menyahut seperti azan dan lantang di mana-mana sahaja. Harapan Sdra Anwar Ibrahim dibebaskan akan menjadi kenyataan.

Dengan berlakunya kejatuhan orang ketiga itu, UMNO tidak lagi seperti sebatang tubuh yang hidup. UMNO hanya seperti daging-daging yang dihancurkan. UMNO lumpuh dan berkubur. Di satu pihak yang lain, mereka merayakan kebesaran Allah swt. Sdra Anwar Ibrahim dibebaskan serta aib yang ditaburkan kepadanya dibuang dan dibersihkan.

Inilah perasaan saya. Ianya bukan ramalan dan bukan juga firasat. Ianya cuma sekadar bayangan yang bermain di kotak naluri saya yang bodoh, miskin, tidak berilmu dan tidak mengerti apa-apa ini.

Tapi ingat Firman Allah swt, "Waqulja, alhaqqo wazahaqol baatil innal baa thila kaana zahuqol." Yang benar itu akan mengatasi yang batil dan sesungguhnya yang batil itu akan hancur musnah.

MahaDead !!! Tempoh mu sudah hampir tamat dan tidak boleh disambung lagi. Aku kian menghampiri mu.

LIANG LAHAD MahaDead


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com