Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Isu Bukit Hebron, BA Mesti Berhari-hati

Setelah MAHAFIRAUN melihat tanda-tanda Muzakarah PAS-UMNO mungkin tidak akan menjadi kenyataan maka mulai minggu ini media balaci MAHAFIRAUN mula tonjolkan isu baru pula yang lebih sensitif.

Dia tahu perpaduan dalam PAS, keADILan, DAP dan PRM amat kukuh di atas jambatan BA untuk "Menegakkan Keadilan Mempertahankan Kebenaran" maka dengan sengaja isu sekumpulan penganut Kristian di"Bukit Hebron", Tapah, Perak ini dihebahkan supaya BA dan media kita seperti Harakah supaya membuat ulasan.

Oleh itu saya menyeru semua jurubicara dalam BA dan Harakah apabila membuat ulasan mestilah berhati-hati dan bijaksana.

Langkah yang terbaik adalah kita membiarkan sahaja isu ini diselesaikan oleh MAHAFIRAUN sendiri. Setelah lebih dari 15 tahun ianya diizinkan oleh kerajaan dan pihak polis pula tidak pernah ambil peduli maka tiba-tiba hari ini ianya menjadi heboh. Mengapa? Tidakkah ini untuk memerangkap BA terutama PAS dan DAP. Jika kita mengulas dengan tidak berhati-hati isu ini akan menikam diri kita sendiri.

Seperti yang disiarkan oleh media balaci, pihak polis telah pun menjalankan siasatan, MB Perak yang pernah mengakui MAHAFIRAUN maksum itu juga telah membuat kenyataan, jadi biarkanlah mereka menyelesaikan masalah itu. Mereka juga yang meluluskan tanah untuk kumpulan itu dan mereka juga yang memberi keizinan maka biarkanlah mereka uruskan sendiri. Kita senyap sahaja sudah memadai. Lagi pun polis MAHAFIRAUN ini bijak-bijak belaka "mesra rakyat" laah (?????) katakan.

Isu "Bukit Hebron" sebenarnya ada udang di sebalik batu. Kita tidak tahu niat sebenar mereka tetapi andaian dapat kita buat kerana isu ini amat sensitif, maka MAHAFIRAUN sudah menjangka jika komponen BA membuat ulasan pastinya terdapat percanggahan antara satu sama lain. Jika ini berlaku MAHAFIRAUN paling suka kerana percanggahan ini dijadikan senjata melumpuhkan perpaduan dalam BA.

Sebaiknya kita menangani isu ini dengan membiarkan MAHAFIRAUN selesaikan sendiri seperti mana MAHAFIRAUN selesaikan isu AL-Arqam suatu waktu dahulu. Langkah PAS yang tidak campur tangan isu Al-Arqam dahulu cukup bijaksana.

Kita perlu menunggu apakah tidakan seterusnya dari MAHAFIRAUN dalam isu ini. Kita lihat bagaimana siTiung belaannya yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak.

Seandainya MAHAFIRAUN dan siTiung belaannya gagal melakukan sesuatu yang terbaik maka masa inilah kita serang mereka habis-habisan.

Setiap perangkap MAHAFIRAUN kepada kita tetap tidak mengena. Pelanduk sudah mengenali jenis perangkapnya.

Terbukti MAHAFIRAUN semakin bodoh lagi nyanyok.

LIANG LAHAD MAHAFIRAUN


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com