Tahukah anda apa yang menarik di sepanjang kita merayakan Aidul Fitri yang baru
lalu? Yang menarik kat TV terutamanya NTV7 ialah cara tv itu untuk promote si
zalim Mahadead. Punya bangang depa ni nak ampu si firaun tu sampai letak si
firaun itu yang dulunya di herokan tapi dah jadi terlalu murah seperti serbok
kari BABAS. Apa taknya kalau dulu Mahadead dalam TV pasti ada slot khas untuk
dia seperti ucapan dia ka, pesanan dia ka, temuramah dia ka dan sebagainya. tapi
raya kali ni lain jadinya. Musim raya ni banyak filem hindustan kat tv, jadi
pastinya ramai orang Melayu tonton gambar itu. Yang syoknya iklan Mahadead di
NTV7 ada tiga jenis, 1) Iklan Pesanan bercermat di jalan raya, 2) Iklan apa kita
buat di pagi raya dan 3) Iklan kuih kegemaran ku di hari raya. Kalau anda
perasan semua iklan 45 saat itu akan tayang temuramah orang lain dulu termasuk
kanak-kanak dan orang tua. Last sekali baru keluar muka si firaun ni. Duduk atas
sofa tersengeh macam kerang busuk cerita hal dia. Apabila tiba giliran dia kami
sekeluarga cepat-cepat tukar channel. Meluat sebab si tua ni cakap apa pun kita
tak boleh pakai dah. Kalau NTV7 nak bagi penonton percaya cakap dia suruh dia
umum dan baca keputusan 4 nombor ekor atau TOTO. hah.. itu mungkin orang
percaya.
Yang syok iklan dia nie banyak muncul semasa gambar hindustan. Berebut iklan dia
nie dengan penaja serbuk kari BABAS. Peliknya BABAS akan keluar dulu 2 kali baru
iklan dia muncul. Tergelak kami sekeluarga.. martabat si lahabau ni dah jatuh
merudum. LEBIH MURAH DARI SERBUK KARI BABAS YANG BERHARGA 50 SEN. Cuba anda
bayangkan betapa hinanya si keparat ni yang terpaksa memulih imej dan menyelit
bersama iklan komersial. Kita rakyat Malaysia bermaruah amat malu mempunyai
Perdana Menteri sehina itu..Ciss..
Jika anda menghalusi memang nyata imej si celaka itu amat hina dan tv sedang
berusaha memulihkan imejnya. Tak pernah PM terdahulu melakukan demikian. Babak
Kemerdekaan diberi rakyat kepada TUNKU kerana memerdekakan negara, Bapak
Pembangunan kerana Tun Razak membangunkan negara secara saksama, Bapak Keamanan
kepada Dato' Hussin Onn kerana semasanya negara aman. (Saya lebih suka panggil
Dato' Hussin Onn kerana gelaran Tun diberikan di zaman Mahadead sial nie mungkin
tak ikhlas).
TV buat macam-macam bagi memulihkan imej si penyamun ni seperti drama YB Alaf
Baru. Sedutan ucapannya disiarkan dalam drama itu hingga dalam satu babak
sanggup ambil gambarnya sendiri close-up setakat mata saja la namun itu sudah
cukup membuktikan maruahnya sudah ke tahap yang hina. Pelik sungguh PM orang
ternama di Malaysia menjadi modal drama murahan dan rendah mutunya. Local pula
tu. Kalau Hollywood buat seperti pada Mandela ok lah juga. Fikir lah betapa
rendahnya martabat Mahadead laknat ni sekarang.
Terkini ada satu lagi NTV7 bodek si pembohong ni iaitu rancangan yang
menemuramah penonton dan buat statement memuji Mahadead. Tengok iklannya kita
lihat dia temuramah remaja, kanak-kanak, bukan melayu dan seorang India Muslim
yang memuji si munafik ni. Kenapa golongan ini dipilih? Kerana golongan inilah
majoriti menolak si binawe ini. Semua ni di buat tidak lain untuk memulihkan
imej si pemboros ni supaya diterima rakyat.
Oleh itu apa yang ditonjolkan oleh tv akhir-akhir ini adalah cara bodoh dan
murahan untuk memuji si pengkianat negara ini. Mereka nak beri kita menonton
rancangan itu tetapi bila tengok iklan sahaja kita dah tergelak dan geleng
kepala kerana bodohnya mereka membuat rancangan seperti itu. Memang ALLAH SWT
tidak mengurniakan mereka idea yang bernas kepada mereka yang bersekutu dengan
si dajjal ini yang menzalimi sdra DSAI. Alhamdulillah semakin mereka buat
semakin penonton akan lari. Tengok sahaja apa dah jadi pada TV3 yang kepalanya 3
segi itu. Bersubahat memfitnah sdra DSAI dan kini tunggu masa untuk dilelong
saja. Hutang TV3 sewa talian signal cable beratus juta RM pada Telekom sampai
hari ni tak pernah bayar. Tak percaya tanya orang Telekom. Minta TV3 bayar,
Telekom kena warning dengan si Dajjal mata satu ni. Tak minta bayar hutang TV3
semakin meningkat. Tu lah yang TV3 gila bodek si takabbur tu sampai terlondeh
seluar.
Cukuplah dulu saya tulis kali ini untuk kita berfikir dan nilaikan bersama.
Allah berfirman, "Sesungguhnya ini tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
memikirkan". Al-Quran nul Karim.
Salam dari
LIANG LAHAD MAHADEAD