Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MENUTUP AURAT SATU MITOS?

Menutup aurat merupakan satu mitos dalam menentukan seseorang itu masuk ke Syurga. Sekurang-kurangnya itulah kesimpulan yang dapat dibuat dari pendapat bekas seorang aktivis dan penganalisis PAS yang dikira tajam tulisannya terutama ketika menjadi kolumnis Harakah, Nakhaie Ahmad. Entah mengapa dia membuat kesimpulan begitu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi itulah kesimpulan dari tulisan beliau tentang fanatisme dalam soal menutup aurat, terutama kaun hawa (Mingguan Meloya,28.1.2001). Nilai-nilai kebaikan dan keburukan bukanlah terletak pada penutupan aurat, tetapi Tuhan mempunyai neraca (Al Mizan) dalam mengadili buruk baik manusia di hari kiamat. Keputusan ke Syurga atau ke Neraka adalah dibuat dengan penuh rahmat dan belas kasihan, demikian selanjutnya pandangan penceramah yang cepat naik darah itu ketika berada dalam saf pimpinan PAS.

Tentulah Nakhaie ada agendanya yang tersendiri, tambahan pula sekarang bergelar Datuk. Seorang lulusan Timur Tengah, ia menyertai Umno setelah dia merasakan kepimpinannya dalam PAS sudah tidak diterima oleh kebanyakan ahli PAS sendiri. Sewaktu penulis bertanya beliau suatu ketika dahulu selepas masuk Umno, bahawa kenapa Ustaz memilih Umno." Oh tidak jawabnya. Saya memilih Islam, sambungnya." Tetapi kenyataannya kelmarin bertentangan dengan ruh Islam yang dimaksudkannya. Tentu dia mengetahui bahawa aurat itu bukannya mitos atau sikap fanatik kepada satu golongan atau cara hidup, tetapi menurut Islam menutup aurat adalah merupakan kewajiban dalam Islam. Samada dia seorang ahli Syurga atau Neraka, itu Tuhan yang menentukannya. Orang yan menutup aurat sekurang-kurangnya telah menyempurnakan beban taklif yang diwajibkan ke atasnya. Hanya orang yang tidak berakal dan gila sahaja yang tidak diminta menutup aurat oleh Islam, kerana beban taklifi itu tidak ada pada mereka.

Apa pun yang berlaku, sebenarnya itulah wajah ulama Umno, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.Halal pada suatu tahun dan tidak halal pada tahun yang lainnya. Serupalah dengan ulama Yahudi dan Nasrani yang sering ditempelak oleh AlQuran kerana sikap menyembunyikan kebenaran, sekalipun mereka tahu perkara itu memang benar."Dan janganlah kamu memakaikan kebenaran itu dengan kebatilan, dan menyembunyikan kebenaran, sekalipun kamu mengetahuinya (AlBaqarah:42)." Demikian tempelak AlQuran terhadap golongan seperti itu. Mudah-mudahan dijauhkan kita dari hal yang seperti itu. Wallahu a'lam.

AlKundangi,
29.1.2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com