Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ANTARA KEDATANGAN NIK AZIZ DAN GHANI OTHMAN KE SEGAMAT

Oleh: Kenyalangman

Segamat - 13 Jan, Pada minggu yang lepas dua orang MB telah melawat ke daerah ini. Kedatangan dua orang MB ini sudah semestinya menjadi tetamu istimewa kepada penduduk Segamat amnya dan seluruh penyokong mereka masing-masing khasnya.

Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah sudi untuk melapangkan waktunya untuk melawat ke Segamat pada 6 /01/2001 manakala Y.A.B. Dato' Ghani Othman pada 11/01/2001. Kedatangan kedua-dua MB tersebut diatas agenda politik masing-masing. Tuan Guru mempunyai program yang ketat sepanjang dua hari lawatan beliau ke Negeri Johor Darul Ta'zim. Penduduk Kawasan Segamat terasa amat-amat bertuah di atas kesudian Tuan Guru untuk hadir ke sini sedangkan pada waktu yang sama PAS Pusat pada hari tersebut ada dua majlis besar iaitu Majlis Hari Terbuka PAS Sempena Hari Raya di Taman Melewar dan perbincangan peringkat tertinggi pimpinan PAS mengenai pertemuan dengan UMNO mengenai isu perpaduan melayu(?) selama lebih kurang 3 ke 4 jam. Apa yang menariknya, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS tidak menghadir kedua-dua majlis penting tersebut tetapi telah hadir ke Majlis Dailog bersama masyarakat Tiong Hua dan Ceramah Perdana di Segamat. Saya mendapat lapuran ada pihak-pihak yang merasa pelik atas kehadiran Tuan Guru ke Segamat tetapi tidak ke Kuala Lumpur. Hanya Tuan Guru yang mampu menjawabnya.

Apa yang ingin saya lapurkan disini adalah suasana majlis yang di hadiri oleh dua orang MB tersebut. Ketibaan Tuan Guru ke Segamat telah di sambut secara sederhana sahaja, tidak ada kawalan oleh pihak polis, tidak ada bunga manggar dan tidak ada kompang melainkan dengan laungan takbir 'Allahhuakhbar!'. RombonganTuan guru cuma diiringi oleh beberapa buah kereta penyokong PAS sahaja. Sebelum Majlis Dailog Tuan Guru serta rombongannya telah makan tengahari di sebuah restoran anak murid beliau di sini. Apa yang menarik semasa di restoran tersebut adalah sambutan yang di berikan oleh masyarakat bukan Islam. Saya amat terharu bila mendapat lapuran seorang cina telah ingin membayar harga makanan yang di makan oleh seluruh rombongan Tuan Guru di restoran tersebut. Ada seorang India pula telah meminta izin untuk duduk disebelah Tuan Guru dan permintaan beliau tidak dihampakan. Kehadiran Tuan Guru telah disedari oleh beberapa orang bukan Islam yang lain dan mereka telah tidak ketinggalan untuk bersalaman dan bermesra dengan Tuan Guru, mereka juga telah menyuruh anak-anak yang mereka bawa bersama untuk turut bersalaman dan mencium tangan Tuan Guru. Seorang Kaum cina yang lain pula berkata " Ini orang patut duduk nombor satu punya tempat dalam ini Malaysia.." Sebab beliau begitu tertarik dengan sifat-sifat sederhana yang ditunjukan oleh Tuan Guru. Untuk makluman semua, ada seorang anak hartawan cina yang telah menyumbang sebanyak RM*** untuk perbelanjaan bagi keseluruhan majlis Tuan Guru di Segamat. Dan ada seorang guru cina pula memberitahu selepas bersalaman dengan Tuan Guru, keesokan harinya beliau merasakan diri beliau terasa begitu lapang dan tenang. Wallahhualam.

Semasa tiba untuk Majlis Dailog dan Jamuan Hari Raya bersama masyarakat Tiong Hua pada petang tersebut, Tuan Guru juga telah di sambut secara sederhana. Pada seisi dailog pula, Tuan Guru telah di ajukan oleh pelbagai-bagai soalan mengenai Islam yang mereka kurang faham. [ Saudara boleh ikuti rakaman majlis dailog tersebut di http://64.4.16.250/cgi-bin/linkrd?_lang=EN&lah=db555eb3a17042badab5ca9c3e3dfc05&lat=979362100&hm___action=http%3a%2f%2fmembers%2enbci%2ecom%2fpsegamat%2f ] Yang paling menarik adalah mereka juga didengarkan oleh hujah-hujah Al-Quran dan Hadis sama seperti ketika beliau menyampaikan tazkirah atau ceramah kepada orang Islam. Saya rasa itulah salah satu kaedah yang cukup cantik yang dibawa oleh PAS dalam usaha untuk membawa masyarakat bukan Islam mengenali dam memahami Islam sebagai agama yang terbaik, Dan bukan seperti pihak yang satu lagi di mana pemimpin-pemimpin mereka telah menunjukkan percakapan atau tauladan yang tidak mencerminkan keadaan dan kehendak Islam yang sebenar. Mereka ini adalah perosak dan penghancur Islam sebenarnya. Saya rasa saya belum pernah dengar lagi mereka berdakwah secara terus dengan sekutu mereka yg terdekat sama da dari MCA atau MIC agar mereka turut memahami Islam. Saya ambil satu contoh lagi, bila pihak BA yang di ketuai oleh PAS membuat ceramah-ceramah yang disertai oleh DAP, mereka turut sama diperdengarkan oleh ayat-ayat suci Al-Quran. Kita tidak paksa mereka masuk Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka faham tentang dakwah yang ingin kita bawa. Kerana Hidayah itu datang dari Allah S.W.T. Moga suatu hari nanti mereka akan berpusu-pusu untuk masuk Islam setelah PAS memerintah Malaysia kerana tertarik dgn cara Islam yang sebenar yang kebetulan di tunjukkan oleh PAS. InsyaAllah. Selesai Majlis Dailog diadakan sedikit jamuan makan yang serba sederhana tetapi cukup bermakna kerana Tuan Guru telah sudi melayan tetamu dengan ramah mesra.

Untuk makluman semua akhbar Utusan Meloya pada 8/01/2001 pada muka dua di bawah tajuk " Orang Cina boleh jadi MB-Nik Aziz" telah melapurkan berita yg kurang tepat dan ada unsur-unsur fitnah di mana mereka melapurkan majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sin Chiu, sedangakan Sin Chiu adalah nama dewan cina tempat majlis tersebut dan yang menganjurkan majlis tersebut adalah PAS Kawasan Segamat. Dan diadakan disebelah petang dan bukan malam seperti yang di lapurkan. Ini merupakan satu berita yang kurang tepat yang dilapurkan oleh pemberita mereka yng tak hadir pada majlis itu.

Pada sebelah malamnya pula satu majlis ceramah sempena Idul Fitri telah di adakan di Jalan Paya Pulai, Segamat. Kehadiran lebih kurang 10,000 ribu orang. Bagi daerah Segamat kehadiran orang seramai itu merupakan yang paling ramai pada satu-satu majlis PAS kerana daerah Segamat adalah antara daerah yang terkuat dari segi sokongan kepada UMNO. Tetapi, Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada perubahan dan peralihan sokongan dari UMNO kepada PAS, InsyaAllah. Yang paling megembirakan adalah kehadiran ramai penyokong-penyokong UMNO dan ada juga dari bangsa lain yang datang. Maklum balas selepas ceramah adalah sangat memberangsangkan. Ramai yang tertarik pada pendekatan yang dibawa oleh Tuan Guru khusunya orang UMNO yang tidak pernah mendengar ceramah-ceramah PAS sebelum ini. Ada yang terus ingin menyertai PAS serta ada yang terus ingin mencari kaset-kaset Tuan Guru kerana ingin memahami dengan lebih lanjut pendekatan Islam yang di bawa oleh PAS. [ Saudara boleh ikuti rakaman ceramah tersebut di http://pasegamat.tripod.com ]

Akhir sekali saya saya ingin melapurkan tentang kehadiran Y.A.B Dato' Ghani Othman pada 11/01/2001 ke Majlis sambutan Hari Raya yang di anjurkan oleh UMNO Bahagian Segamat di Dewan Jublee Intan. Rombongan MB sampai lebih kurang jam 2.45 petang dengan di iringi oleh beberapa orang EXCO kerajaan Negeri Johor serta semestinya pihak polis. Penyambut tetamu telah siap bersedia dengan bunga manggar. Berapa kemah telah didirikan di luar Dewan kerana ingin menampung jumlah orang yang di jangka hadir pada majlis tersebut. Jumlah jemputan yang diundang adalah lebih kurang 2000 orang . Pelbagai makanan dan juadah telah di sediakan. Tetapi saya mendapat makluman jumlah kehadiran yang datang cuma dalam lingkungan 1000 orang sahaja, maka dengan itu banyaklah makanan dan juadah yang berlebihan. Ini merupakan suatu tamparan hebat kepada UMNO. Kenapa mereka tak hadir ke majlis tersebut? Itu adalah urusan dalaman UMNO. Ia bukan di sebabkan oleh pengaruh PAS yang semakin meningkat. Berita jam 6 pada 12/01/2001 melapurkan Dato' Ghani Othman berkata pembangkang masih mengadakan ceramah-ceramah walaupun pilihanraya telah lama berakhir. Tentu sekali MB Johor serta UMNO merasa gusar dan bimbang diatas majlis-majlis yang dianjurkan oleh PAS yang begitu mendapat sambutan berbanding dengan majlis yang dianjurkan oleh UMNO. Saya juga mendapat lapuran kehadiran Tan Sri Muyiddin Yassin beberapa hari sebelum kedatangan Tuan Guru ke sebuah Kampung juga kurang mendapat sambutan dari orang-orang kampung.

Akhir sekali saya berharap agar PAS/BA akan terus berusaha memberi penerangan kepada seluruh masyarakat agar memahami perjuangan yang kita bawa selama ini.

Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Allahhuakhbar!

Kenyalangman@yahoo.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com