Entah kenapa lebaran kali ini dirasakan begitu berbeza
sekali berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami pulang
beraya di kampung suami dengan satu perasaan dan
semangat yang berkobar-kobar bagaikan pahlawan yang
mahu turun ke medan perang.
Tidak salah lagi semua ini berpunca dari SEMANGAT
LUNAS dan kempen 'beraya dan beREFORMASI di kampung'
yang hangat diperkatakan oleh teman-teman siber
sebelum itu.
Kampung suami merupakan sebuah perkampungan melayu
tradisional yang terletak di sebuah daerah kecil di
Utara ini. Kampung ini adalah kubu kuat UMNO TOTOK
sejak turun temurun. Pada PEMILU 1999 yang lalu,
kawasan ini tetap dimenangi oleh Barisan Najis biarpun
hakikatnya majoriti telah berkurangan.
Kebangkitan dan kesedaran rakyat sebenarnya telah mula
merebak di sini sejak peristiwa penyingkiran DSAI pada
tahun 1998. Namun takdir masih belum mengizinkan ianya
berlaku lagi.
Keluarga suami sendiri, yang terdiri dari 11 orang
adik beradik, merupakan sebahagian dari tulang
belakang kepada UMNO TOTOK di kampung tersebut. Namun
pada PEMILU 1999 yang lepas, 7 darinya telah menyertai
BA meninggalkan 5 lagi yang berkepentingan di dalam
UMNOmore.
Dari 5 beradik ini pula, si adik yang merupakan ketua
pemuda UMNOmore kawasan yang gagah perkasa, paling
digeruni 'kuasanya'. Beliau bukan sahaja pandai
bertikam lidah tetapi gerak kerjanya umpama 'Komando'
begitu tangkas dan cekap. Pengaruhnya di kalangan
belia setempat amat tinggi sekali.
Oleh kerana baki '5 budak hitam' yang masih ada di
dalam keluarga suami ini dilihat begitu kebal dari
serangan-serangan luar, suami mula merangka strategi
secara perlahan-lahan. Sasaran pertama adalah si adik.
Jarum telah mula berjalan selepas PEMILU 1999.
Beberapa bahagian dinding kebal nampaknya mula
bergoyang sehinggalah ke tarikh bersejarah 5 November
2000. Dengan kehendak Allah kami berjaya membawa si
adik menyertai perhimpunan 100,000 rakyat di Kesas
pada tarikh tersebut.
Di situ beliau telah menyaksikan sendiri kekejaman dan
keganasan anjing-anjing kurap itu terhadap
penyokong-penyokong BA yang berhimpun secara aman.
Betapa sabar dan tabahnya para penyokong reformasi
biarpun dikasari dan dizalimi oleh anjing-anjing itu.
Begitu juga dengan keempat-empat pemimpin BA yang
bersama-sama rakyat menghadapi ujian genting itu,
turut
diperlakukan tanpa rasa hormat. Di saat itulah si adik
telah mengumumkan secara terbuka untuk bersama-sama
kami di dalam BA. ALLAHUAKBAR!
Semenjak tarikh itu si adik terus menjalankan
peranannya di kampung. Ramai yang terkejut'beruk' dan
tidak kurang juga yang mendatanginya dengan pelbagai
tawaran mega. Banyak juga cabaran dan cemuhan yang
terpaksa dihadapi....maklumlah berbagai tuduhan pernah
dilemparkan terhadap BA suatu masa dahulu!
Maka di Syawal yang mulia ini kami perhatikan berbagai
perkembangan yang memberansangkan telah berlaku di
kampung ini. Antara yang menarik adalah acara menonton
video/VCD ceramah-ceramah BA telah menjadi acara tetap
pada setiap malam di sebuah kedai di kampung itu sejak
sebulan yang lalu. Tidak kurang dari 40 peminat
berhimpun memeriahkan acara itu pada setiap malam.
Majlis sambutan raya Menteri Besar mahupun wakil
rakyat daerah tidak lagi memberahikan. Sebelum ini
pagi-pagi raya lagi orang-orang kampung akan
berpusu-pusu ke rumah-rumah terbuka berkenaan.
Paling bermakna sekali adalah rancangan si adik untuk
menjadikan rumah kami di kampung itu sebagai markas
BA. Ini bakal menjadi pukulan maut buat adik beradik
lain yang masih menjadi pencacai UMNOmore di kampung
itu.
Sudah tentu rancangan adik itu mendapat sokongan padu
dari kami. Mana taknya, '5 orang budak hitam' dalam
keluarga telah menyusut kepada 4 kali ini. 7 lawan 4
tentulah menang BA......majoriti 2/3 beb!
Diperhatikan pepuak saki baki UMNO TOTOK dalam
keluarga suami memang telah ketandusan idea.
Hujah-hujah lapok masih digunapakai untuk menangkis
serangan yang tak kunjung padam dari kami.
He,he....balik-balik depa dok kata kita kena ingat
bantuan dan kemajuan yang telah diberi oleh KERAjaan
MADEY MAHAKUTTY, pembangkang boleh buat apa dan
blah,blah,blah.......tak mencabar minda langsung!
Rupa-rupanya pepuak ni sama sahaja dengan pemimpin
nombor satunya yang terbukti telah bangkrap politik.
Gabungan mantap suami bersama si adik kali ini dengan
mudah sahaja mematahkan hujah-hujah reput mereka.
Lucu ada, kesian pun ada melihatkan raut wajah
masing-masing yang terkulat-kulat menelan kebenaran
dalam kepahitan itu. Mujurlah tidak sampai ke tahap
melelehkan air mata sandiwara persis MAHAGURUnya itu.
Paling mengharukan sekali adalah pengakuan salah
seorang dari '4 budak hitam' keluarga suami yang
mengatakan tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah
kami. Alasannya dikhuatiri akan ada
talibarut-talibarut KERAjaan MADEY ternampak ia di
rumah kami yang dikatakan BA kopi O(pekat) itu.
Ish!Ish!Ish!......sampai begitu sekali TOTOK dan
TOLOLnya adik beradik sedarah sedaging suami ini.
Sebenarnya inilah sifat pengikut-pengikut UMNOmore
yang terlalu fanatik sehingga buta mata, hati dan
perasaan!
Apa-apapun......benarlah kita kini telah memasuki
pusingan akhir...........
Yang benar pasti berjaya!!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000