Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan Raya 100,000 20/1/2001

Semangat 'KESAS 5 NOV' telah menggamit kami untuk turun lagi menyertai Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat pada 20/1/2001 lalu. Agak lama juga kami tidak ke KL sejak puas ber'REFORMASI' di Lunas tempoh hari. Kali ini kami turun sekeluarga......maklumlah permit perhimpunan telah dikeluarkan.

Di dalam hati tertanya-tanya gerangan apakah pula muslihat mereka kali ini. Pasti ada sesuatu yang tersirat dan ini tambah menguatkan lagi azam untuk bersama-sama teman-teman seperjuangan yang lain di sana.

Kami bertolak ke tempat perhimpunan dari Kuala Lumpur. Pada jam 1.00 tengahari kami masih berada di Jalan Chow Kit. Melalui talipon bimbit, kami dimaklumkan akan beberapa sekatan jalan raya yang telah dibuat di lebuh raya menuju ke sana. Lalu kami mengambil keputusan untuk tidak menggunakan laluan tersebut.

Jalan biasa yang kami lalui agak sesak juga tetapi kami berjaya sampai di tempat perhimpunan jam 2.50 petang. Secara kebetulan, YB Saifuddin Nasution pun tiba pada masa yang sama. 2 buah helikopter telahpun berada di situ.....satu sedang berlegar-legar tak keruan di udara dan satu lagi tersadai di padang sekolah yang berhampiran. Anjing-anjing kurap beserta dengan trak-trak mereka berderetan di tepi jalan.

Ramai juga yang telah berkumpul pada masa itu. Satu demi satu pemimpin BA tiba dan disambut meriah dengan iringan muzik tradisional India. Antara barisan pemimpin yang hadir adalah Senator Hassan Shukri, Kak Wan, Sdr. Lim Kit Siang, Dr.Syed Husin Ali, Dr. Sanusi Osman, YB Azmin Ali, Sdr. Ezam Mohd. Noor dan lain-lain lagi. Program diteruskan dengan ucapan-ucapan dari setiap pemimpin yang hadir.

Tidak lama selepas itu, seorang teman SUARAM yang hadir memberitahu bahawa permit telah ditarik balik...??? Hairan juga kerana secara mendadak pula sepasukan anjing-anjing kurap cuba memasuki kawasan perhimpunan tetapi segera dihalang oleh sekumpulan penyokong BA yang berada di hadapan. Suasana tegang seketika dengan laungan reformasi di situ.

Namun akhirnya mereka terpaksa beralah dan membenarkan pasukan tersebut memasuki tapak perhimpunan. Kedengaran suara-suara yang tidak puas hati dan beberapa laungan bernada marah seperti....'Ini tanah orang kampung!'.....namun suasana masih dapat dikawal.

Setelah berada di dalam buat beberapa ketika mereka lantas berjalan keluar dari situ. Sempat pula seorang reformis yang terkenal lantang suaranya menyindir ke arah pasukan tersebut.....'Hai, bonus tak dapat lagi ke?'. Teman-teman yang berada berdekatan menahan ketawa......masih menjaga adab sopan dan budi bahasa nampaknya!

Serentak dengan itu juga trak-trak bersama-sama dengan segala isi perutnya beredar dari situ meninggalkan beberapa kerat sahaja lagi. Kami semua bertepuk tangan gembira. Tak merasalah semburan air kimia, asap-asap pemedih mata dan penangan belantan anjing-anjing kurap itu kali ini.

Ternyata orang ramai masih berpusu-pusu datang ke tempat perhimpunan. Kebanyakannya mengadu terperangkap selama beberapa jam di dalam kesesakan di lebuh raya. Tidak kurang juga yang telah sesat akibat dipesongkan arah jalan oleh anjing-anjing kurap itu. Keadaan jalan telah mula pulih selepas sekatan ditarik balik.

Sehingga jam 5.00 petang, orang ramai telah memenuhi segenap ruang di tapak perhimpunan menjadikan keadaan begitu sesak sekali. Dianggarkan pada waktu itu sahaja puluhan ribu tetamu berada di situ. Ini tidak termasuk dengan mereka yang telah pun pulang dan keluar bersilih ganti sebelum itu.

Kemudian hujan pula mula turun dengan lebatnya menyebabkan masing-masing mencari tempat untuk berteduh. Satu adegan yang menarik dapat disaksikan oleh kami pada masa itu. Anggota trafik dan puak-puak suruhan MAHAZALIM yang ada di hadapan jalan itu tidak langsung berganjak dari tempat masing-masing. Mereka berdiri di tengah-tengah jalan sambil mengawal lalulintas sehingga kelihatan begitu 'seksa'(lawan seksi!)sekali dibasahi oleh hujan yang lebat itu. Cayalah......itulah pancutan air dari langit untuk mereka pula kali ini. Tanpa disedari, gelagat mereka itu ditertawakan oleh kami yang terselamat dari basah kuyup seperti mereka. Itulah kekuasaan Allah yang Maha Esa!

Apabila hujan mula reda, kamipun bergerak pulang pada kira-kira pukul 5.45 petang. Nampaknya kali ini para petugas khas perhimpunan terutama bahagian keselamatan ibarat 'makan gaji buta' sahaja kerana hampir semua tugas mereka telah dibereskan oleh orang-orang suruhan Madey itu. Dari menguruskan bahagian meletak kenderaan sehinggalah ke bahagian mengawal lalu lintas.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com