19 Januari 2001 akan menjadi satu tanggal yang paling
bermakna di dalam hidup saya dan keluarga saya.
Selepas kemenangan Lunas, peristiwa 19 Jan. ini pula
menjadi hadiah yang paling manis dan bererti sekali
buat kami.
Kami bertolak awal sehari ke KL untuk menyertai
teman-teman seperjuangan yang lain menghadiri program
Perhimpunan Raya 100,000 pada 20 Jan. Kesempatan ke KL
telah memberikan satu peluang yang tidak sekali-kali
kami lepaskan.......menziarahi DSAI di HKL. Telah
sekian lama, sejak bulan Ramadhan lagi, hati ini
meronta-ronta untuk bersama-sama teman lain berbuka
puasa dan melihat sendiri wajah pemimpin kesayangan
rakyat itu. Namun baru kini diizinkan Tuhan.
Petang 19 Jan. itu kami ke HKL dengan seribu harapan.
Pada pukul 6.45 petang kami telahpun berada
betul-betul di hadapan bangunan wad orthopaedic.
Suasana sekitaran begitu tenang dan lengang. Setelah
bertanya kepada seorang kaki tangan hospital yang
kebetulan lalu di situ, kedudukan bilik DSAI
ditunjukkan kepada kami.
Rupa-rupanya bilik DSAI yang terletak di tingkat
paling atas sekali itu adalah satu-satunya bilik yang
berjeriji besi di luarnya. Ohhh......hiba sungguh hati
ini mengenangkan nasib seorang pejuang rakyat yang
diperlakukan sedemikian rupa.......dilayan bagai
seorang penjenayah yang sangat merbahaya. Ternyata si
MAHAFIRAUN itu tidak dapat tidur lena di mahligai
mewahnya bila sahaja DSAI berada di luar dari Penjara
Sungai Buloh. Maka dipastikannya agar DSAI tetap
terpenjara dan tidak dapat lari walau di mana beliau
berada. Bukankah si TUA NYANYUK itu telah mmbuat
diagnosa sendiri yang DSAI cuma berpura-pura
sakit.....sekaligus memperlekehkan kenyataan para
pakar yang telah mengkaji keputusan MRI SCAN DSAI itu.
Ooooppps.....memang patut punnnn.....dialah doktor
segala doktor di Malaysia ini!
Dengan ditemani anak-anak di kiri dan kanan, manakala
suami pula sibuk menumpukan muncung perakam video ke
arah bilik DSAI, saya melaung nama DSAI
berulang-ulangkali dari bawah. Sambil itu mata meliar
melihat sekeliling kalau-kalau ada anjing-anjing kurap
yang terlepas di situ pada waktu itu. Beberapa insan
yang kebetulan lalu di situ, termasuk seorang
keturunan India, turut berminat untuk menyertai saya.
Namun mereka tidak dapat bertahan lama kerana
panggilan urusan masing-masing.
Harapan yang begitu tinggi menggunung itu membuatkan
saya tidak segan silu untuk terus melaung nama DSAI.
Biar apapun anggapan orang di situ, semangat untuk
menatap wajah pemimpin yang amat dirindui tidak akan
padam. Saya terlihat di bilik yang bersebelahan dengan
bilik DSAI (sebenarnya bilik kosong), kelibat anggota
ber'uniform' yang menjenguk seketika tatkala saya
sedang melaung-laung nama DSAI.
Aghhhh.......persetankan dengan mereka!
10 minit kemudian, tanpa disangka-sangka, seseorang
telah menyelak kain langsir yang menutupi bilik
berjeriji besi itu. Itulah saat yang paling
dinanti-nantikan.......Dato'Seri Anwar Ibrahim muncul
di situ dan terus melambai-lambaikan tanganya ke arah
kami di bawah itu. Sekilat itu juga laungan namanya
bertukar kepada slogan-slogan yang telah sering
bermain di bibir......REFORMASI, KAIKEK, MARU
MALERCHI, LAWAN TETAP LAWAN dan lain-lain. Apa sahaja
ungkapan yang terlintas di fikiran terus saya laungkan
kepadanya.
Tiada sesiapapun yang dapat menghalang kehendak saya
pada masa itu....membujur lalu melintang patah! Itulah
wajah pemimpin yang amat dirindukan sejak kejadian 2
Sept.1998. Perasaan sebak dan pilu terpaksa
ditahankan. Mana mungkin air mata dialirkan di hadapan
pemimpin agung itu sedangkan beliau sendiri kelihatan
begitu ceria dan bersemangat menyambut setiap patah
perkataan yang saya dan anak-anak laungkan kepadanya.
Begitulah kami untuk hampir 15 minit berikutnya.
Beliau tidak jemu-jemu melayan dan melambai ke arah
kami. Apabila sahaja saya melaung mengatakan....'LUNAS
BAKAL MEREBAK!'....beliau menunjukkan isyarat ibu jari
ke atas kepada kami. Lambaian tangannya yang begitu
eksklusif untuk kami sekeluarga itu menjadi penawar
kepada rindu yang terpendam selama ini.
Mengenangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak
mengizinkan itu, kami mengambil keputusan untuk
mengundur diri. Kami yakin selagi kami di bawah itu
beliau juga tidak akan berganjak dari situ. Biarpun
hanya seketika namun kami puas kerana dapat
berinteraksi sebegitu istimewa sekali dengan beliau.
Sesungguhnya beliau telah menyemarakkan lagi semangat
yang memang tidak pernah luntur di dalam diri ini.
Itulah keistimewaan DSAI yang tidak mungkin dimiliki
oleh MAHADEAD dan pencacai-pencacainya!
Di dalam kereta, air mata tidak dapat ditahan-tahan
lagi. Segala-galanya berlalu dengan begitu cepat
sekali. Tanpa disedari impian sekian lama untuk
bertemu dengan pemimpin tersayang tercapai jua pada
hari itu. Usah gusar pemimpinku.....kami akan terus
menyalakan obor perjuangan ini sehingga ke
penghujungnya. Semakin ramai yang telah memilih jalan
yang penuh berliku ini......semangat yang membara akan
terus membara......
TERPAKSA.....MERANA
JIWAKU GELODAK MERONTA...
DERITA ......INSAN
TERANIAYA YANG TAK BERDOSA....
PILU.....MELIHAT
DIRIMU DIRUNTUN SENGSARA.....
SAYU......KAUHADAPI
UJIAN KEHIDUPAN.....
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000