Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sambutan Raya di Cheruk Tok Kun 7/1/2001

Orang Cheruk Tok Kun memang hebat. Bermula pada 6/1/2001 selepas zohor, mereka telah mula menyinsing lengan memastikan persiapan untuk jamuan hari raya pada hari esok berjalan lancar. Sebanyak lebih 100 ekor ayam dan 2 ekor lembu dikorbankan untuk majlis itu. Berkampit-kampit beras, gula dan beberapa bahan lain turut menanti diproses. Semua ini adalah hasil sumbangan ikhlas dari penyokong-penyokong BA yang dermawan. Tidak perlu mencari dan meminta, mereka tampil sendiri membawa segala macam keperluan. Sekali lagi Ameno kalah dari segi ni.

Gotong-royong tetap tidak ditinggalkan dan ramai sukarelawan dari luar yang hadir membantu orang Cheruk Tok Kun membuat persiapan. Galeri Cetusan Rasa turut mendapat sentuhan terkini dan dimeriahkan dengan gambar-gambar terbaru sekitar peristiwa-peristiwa penting GERAKAN REFORMASI. Antaranya termasuklah rakaman peristiwa bersejarah di LEBUHRAYA KESAS tempoh hari. Kalau sesiapa balik ke Utara, rasanya rugi kalau tidak melawat ke Galeri Cetusan Rasa ini. Sehingga jam 3.00 pagi mereka masih berhempas pulas bekerja. Semoga Allah sahaja yang membalas budi baik yang ditaburkan itu.

Pada keesokan harinya,7/1/2001, majlis bermula jam 11.30 pagi. Sambutan memang di luar jangkaan. Makanan yang disediakan pada mulanya adalah untuk anggaran 5000 pengunjung. Pada pukul 1.30 tengah hari, makanan sudah hampir habis dan nasi terpaksa dimasak lagi. Namun tetamu tetap sabar beratur panjang untuk mengambil makanan.

Barisan kepimpinan keADILan bahagian Pulau Pinang berdiri di sudut jalan menyambut setiap tetamu yang tiba. Kak Wan pun telah tiba dan meraikan tetamu dan penyokong-penyokong dari merata tempat. YB Saifuddin Nasution tiba lebih kurang jam 2.00 petang. Suasana sungguh meriah sekali dengan gerai-gerai jualan turut mengambil peluang berniaga di tapak majlis. Rumah Putih keluarga DSAI kelihatan berseri pada hari itu dengan Kekanda Hj Idrus sebagai tuan rumah.

SB-SB pun bersepah-sepah. Yang ketara sekali adalah 2 ekor yang berteduh di bawah pokok di sebelah Rumah Putih keluarga DSAI. Ntah apa yang disibukkan menulis mengalahkan wartawan. Jangan angka ribuan tetamu dilaporkan sebagai ratusan udah! Boleh agak dah kerja anjing-anjing kurap ni...kalau tak mengganas giler, membodek pun jadik!

Di sebelah malam ceramah bermula jam 9.00 malam di perkarangan Rumah Putih keluarga DSAI. Hujan rintik-rintik mula turun tetapi orang semakin ramai pula yang datang. Semasa Sdr.Ezam berucap sahaja dalam pukul 10.00 malam, penyokong-penyokong masih bersesak-sesak memasuki kawasan ceramah.

Gerai-gerai jualan bertambah dan berderetan umpama pasar malam. Menarik sekali terdapat satu persembahan pendik yang menyerlahkan sebuah banner yang bertandatangan penyokong-penyokong yang hadir semasa hari pendakwaan Sdr. Ezam dan Sdr. Azmin di Mahkamah Kulim pada 3/1/2001 lalu. Banner yang dinaikkan dengan diiringi muzik latar, kepulan-kepulan asap dan kata-kata bersemangat dari Sdr.Ghani benar-benar membuatkan bulu roma meremang. Sesiapa yang tidak tahan pasti mengalirkan air mata pada waktu itu. Banner itu akan diserahkan kepada DSAI sebagai bukti sokongan yang tidak pernah padam dari para penyokong BA kepada beliau.

Kak Wan menyusul dengan ucapan yang menggamit memori lama. Seperti biasa para pendengar menjadi sayu dengan kisah yang dibawanya berkenaan dengan keadaan terkini DSAI di Hospital Kuala Lumpur. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Lucu pula bila Kak Wan menceritakan serba sedikit kisah di Lunas. Menurutnya ada penyokong yang memberitahunya supaya jangan bimbang dengan pilihan raya di Lunas dalam bulan puasa itu kerana HANTU boleh dilihat semasa bulan puasa. Ternyata BENAR sekali!

YB Saifuddin Nasution muncul sebagai penceramah terakhir. Kali ini pendekatan yang berbeza diambil di dalam menyampaikan isi ceramahnya. Rakyat diminta terus menyokong Barisan Najis kerana hanya kerajaan BN yang pandai mentadbir negeri sehinggakan akaun simpanan tetap Kedah tinggal RM0.00 dan hutang meningkat kepada RM1.2bilion. Begitu juga dengan segala macam projek-projek canggihnya seperti pertandingan lembu cantik, cabut uban suami, mengorat isteri dan lain-lain lagi yang semuanya menunjukkan kecekapan pentadbiran kerajaan MADEY. Keh!keh!keh! Geli geleman pulak mendengarnya.

Suasana menjadi begitu hingar dengan corak penyampaian YB Saifuddin kali ini sehinggakan secara melawak YB bertanya pula adakah beliau berada di atas pentas UMNO pada masa itu. Betul juga......kadang-kadang kena bercakap terbalik baru orang akan sedar dan memberikan respons.

Beliau juga menyentuh sedikit akan bab Pak Lah yang mempelawa PAS dan keADILan untuk duduk semeja membincangkan isu perpaduan Melayu. Pak Lah yang seperti mahu mencari publisiti murahan itu menetapkan pula wakil-wakil parti yang perlu hadir untuk sesi perbincangan tersebut. Beliau meletakkan MADEY MAHAKUTTY sebagai wakil UMNO, wakil keADILan pula mesti Kak Wan dan wakil PAS mesti Dato'Fadzil Noor.

Ewah, ewah....sejak bila pula kita lantik Pak Lah Pak Turut ni sebagai pengadil.....senang-senang mengarahkan BA menghantar wakil-wakil tertentu untuk sandiwara terbaru ini. YB Saifuddin berkata sekiranya benar ini akan berlaku, beliau sendiri akan mengusulkan di dalam mesyuarat MKT keADILan (yang dijadualkan pada keesokan harinya)agar wakil BA yang akan bersemuka dengan UMNO kelak adalah DSAI! Sepantas itu juga laungan takbir bergema dengan bergemuruh sekali. Tiada siapapun yang dapat mengagak dan terfikir cadangan yang sedemikian sebelum itu. He,he........MADEY tentu pecah peluh dibuatnya!

Ceramah tamat pukul 12.00 tengah malam. Berakhirlah satu hari yang penuh gemilang buat keADILan dan para penyokong BA di Utara ini. Kedatangan hadirin pada malam itu pun ribuan juga jumlahnya.......ulang sekali lagi ye pepuak UMNO TOTOK.....ribuannn....tak mainlah ratus-ratusan!

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com