Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM DIMALAYSIA

SIRI 8

Sambungan dari siri 7 :-

Apabila Kroni Di Lantik Jadi Hakim.

1. Sejak perlantikan si Moktar "dugong" sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan … satu Malaysia telah boleh membaca apakah kesudahan cerita dan sandiwara Mahathir@Mahafiraun …yang hampir nyatanya si dugong ini akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dalam tempoh terdekat ini … dengan memencenkan awal Ketua Hakim Negara yang ada .. …?? Perancangan licik ini terganggu kerana tempoh Eusoff Chin dan tarikh pencen si Moktor " Dugong" tak selari, ini telah memeningkan Mahathir@Mahafiraun …. Kerana jika terus melantik Si dugong ke jawatan Ketua Hakim Negara… ini akan menampakan belang sebenar dan ia tidak mengikut tatacara sistem kehakiman Malaysia yang mensyaratkan calon Ketua hakim Negara sekurang-kurangnya telah menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan…. Jadi kini si Izzudin hanya proxy bagi Si Dugong dalam tempoh waktu terdekat ini.

2. Kini Si dugong akan memainkan peranan penting dalam memastikan segala kes pilihan Mahathir@Mahafiraun akan dibicarakan dibawahnya …. Dan segala tuduhan serta lapuran Pemuda BA akan difailkan oleh Peguam Negara dan didakwa olehnya serta dihakimi oleh Si Moktar " Dugong" dalam menunjukkan sistem kehakiman Malaysia adalah telus….???? Begitu juga sambungan Kes DSAI juga akan dihakimi oleh Si Dugong ini ….maka dengan itu cukuplah syarat-syarat para konspirator tajaan Tengku (palsu) Adnan dan juak-juaknya.

Apabila Mahathir@Mahafiraun berlakun jadi jagoan Melayu.

1. Dalam mesyuarat MT (UMNO@BN) di Melaka Isnin lepas …. MT memutuskan kepada Presiden parti untuk membuat keputusan sama ada terus membuka atau menutup PAS (UM) pada april ini ….. dan bagaimana pula komen seorang Naib Canselor UM kalau politik mencampuri urusan pendidikan .. maka akan berlaku kerosakan … dan dengan penuh rangginya pula si Aziz Shamsudin (kroni konspirator) menegur dan menasihatkan si Naib Canselor UM ni .. jangan campuri urusan Kementerian Pendidikan kerana mereka telah berfikir sepenuhnya sebelum menutup PAS (UM) april ini …. Dan sekali lagi Si Aziz ini jadi dalang sandiwara Mahathir@Mahafiraun .

2. Hari ini pula Mahathir@Mahafiraun pulak berlagak sombong dan jagoan pelajar Melayu dengan mengarahkan kementerian pendidikan mengekalkan PAS (UM)…..dan sekali lagi sandiwara Mahathir@Mahafiraun terbongkar .. kerana lakonan kali ini lebih bercelaru dan Aziz Shamsudin gagal mengolah skrip dengan betul … apabila UMNO@BN pula lebih berkuasa dari Kementerian Pendidikan serta di Presiden Seumur Hidup pulak yang memberikan kenyataan pembatalan penutupan PAS (UM) didalam majlis anjuran UMNO@BN ….????

3. Kini segala sandiwara Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya untuk meraih simpati orang Melayu sekali lagi telah dihidu awal-awal lagi oleh rakyat dan bangsa Malaysia, begitulah jadinya kalu dah selalu bercakap bohong …..?????

4. Segala perbuatan yang dilakukan oleh Mahathir@Mahafiraun kini lebih cepat dikesan oleh rakyat marhaen, inilah kesedaran rakyat marhaen sejak 24 bulan yang lalu…dan saat Mahathir@Mahafiraun berkubur semakin hampir.

Apabila Perdana Menteri Singapura dijadikan Kambing Hitam.

1. Dengan lakonan bersehaja Perdana Menteri Singapura berhujah " MELAYU SINGAPURA LEBIH MAJU DARI MELAYU MALAYSIA " … dan hujah Perdana Menteri Singapura ini menjadi berita sensasi di Malaysia …dan seboklah si penjilat UMNO@BN memberikan komen mengampu si Presiden Seumur Hidup UMNO@BN .

2. Tapi Mahathir@Mahafiraun sendiri telah lupa…. (atau buat-buat lupa) …??? Apakah tujuan Lee Kuan Yuew datang naik kereta ke Malaysia tahun lepas…dan apakah arahan yang diterima oleh Mahathir@Mahafiraun .. dan apakah perjanjian pertemuan kedua-duanya …..??? dan rahsia serta strategi menyelamat Mahathir@Mahafiraun terbongkar dengan sendirinya .. kerana Perdana Menteri Bodoh Singapura lebih bangang serta benggap dari Mahathir@Mahafiraun kerana sanggup jadi Kambing Hitam dalam projek YAHUDI menyelamat Mahathir@Mahafiraun .

3. Mahathir@Mahafiraun telah menjadi tak keharuan serta gelabah sakan … apabila projeknya ke Jepun tempoh hari telah ditempelak oleh orang Jepun … dan lawatannya ke OSAKA menjadi kelam-kabut serta tak tentu hala … hanya jadi majlis perasmian sebuah buku mengampu dirinya sendiri sehaja … dan orang Jepun telah menjegil dan menyumpah seranah Mahathir@Mahafiraun kerana memperlekeh JEPUN kerana mengikut telunjuk AMERIKA (kononya) … dan dasar pandang ke timur Mahathir@Mahafiraun telah ditertawakan oleh peniaga Jepun.

4. Dengan membangkitkan isu MELAYU SINGAPURA dan MELAYU MALAYSIA ini .. Mahathir@Mahafiraun berharap sekali lagi ini boleh jadi jagoan Melayu Nusantara yang akan disanjung dan dijulang seantero dunia ….piiraaah .. satu dunia dah tahu kamu bakal jadi FUJI MORI dan ESTRADA atau SUHARTO …. Apa cerita kamu jumpa FUJI MORI di Jepun … ada ke Banglow atau tanah yang sesuai untuk kamu berjiran denganya disana.

Apa sehaja yang dilakukan oleh Mahathir@Mahafiraun ia cepat dihidu serta dibuat kajian oleh rakyat marhaen…. Segala tindak-balas serta ketajaman minda rakyat marhaen telah meninggkat sejak kes 20hb.Sept.1998..segala bentuk sandiwara dan konspirator tajaan Mahahtir@Mahafiraun akan cepat ditangkis oleh rakyat marhaen .. ini telah menjadikan Mahathir@Mahafiraun bagaikan kera sumbang dan katak bawah tempurng oleh rakyat marhaen.

Kalau Hishamuddin Rais berkata UMNO@BN kini tengah sebok mengusung BIAWAK HIDUP dan UMNO@BN juga kini sebok melepaskan ANJING TERSEPIT DICELAH MENARA PETRONAS …. BIAWAK HIDUP dan ANJING TERSEPIT sudah tak perlu kita kiaskan lagi … sudah tentu ia Mahathir@Mahafiraun yang sifat semula jadinya seperti SEEKOR SESUMPAH (IGUANA) yang akan bertukar kulit mengikut keadaan serta keperluanya.

Akibat terlalu suka berbohong serta memfaraitkan harta rakyat marhaen… Mahathir@Mahafiraun telah lupa siapakah dirinya yang sebenar… adakah ia Manusia atau sejenis binatang perosak ….???? Ini telah menjadikan dirinya serba tak kena dan diluar kawalan sebagai manusia yang waras dan normal….????

Salam perjuangan kearah Malaysia Yang Adil…lawan tetap lawan … lawan sampai berjaya…???

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
25hb.Jan.2001-bersambung di siri 9.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com