Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM DIMALAYSIA

SIRI 4.

Sambungan dari siri 3 :-

Kalau Kerajaan BN kini sebok nak impot pekerja dari Myanmar dan Nepal serta mengeratkan lagi silaturahim dengan Fidal Castro (Cuba) … kita rakyat marhaen sekarang sebok melihat sejauh mana benarnya keputusan UMNO@BN mempelawa PAS berbincang isu " Perpaduan Melayu " dan apakah rahsianya UMNO@BN begitu berminat dengan PAS ni …..??? tak kan Datuk Fadil Nor serta rakan-rakan BA sanggup jadi " Gurkha" dan khadam UMNO@BN macam Ku Li.

1. Kita renungi surat terbuka " Cucu Datuk Bahaman " ….?? Dan kita memohon seluruh pimpinan BA terutamanya PAS dalam melihat apa yang tersurat dan tersirat dalam surat terbuka cucu datuk Bahaman ini …. Tentu ada pengajaranya dan begitu juga penulisan Wak Amin Sapiro yang terkini …!!! Ia boleh membantu pendokong dan pemimpin BA membuat satu tindakan yang tepat lagi betul serta bijak kini bukannya tersasar dari dasar perjuangan BA.

2. Dalam adat peperangan … pasti ada yang menjadi pemenang dan ada yang akan kalah … jadi disini Peperangan Kuasa Politik BN dan BA kini telah hampir kekemuncaknya … dan kita semua mampu melihat sepak terajang serta senjata canggih yang digunakan oleh pihak BN untuk menyerang BA …. Tapi kerana keikhlasan serta kejujuran pahlawan BA …. Pihak BN pulak yang merana …. Kerana tentera mereka yang tak berdisplin dan makan gaji buta .. .walaupun tentera BN pasukan yang serba lengkap lagi canggih tak mampu menghadapi bala tentera rakyat marhaen yang hanya diberikan keris kontot jenis batang lidi pulak tu …. Berbanding dengan BN … pakai barang impot lagi … semua jentera dia orang pakai … tentera BA .. jalan kaki aje … malahan makanan kena beli sendiri .. .tak macam tentera BN … kroni bagi subsidi .. lantaklah sampai kenyang ….??? Itulah hakikatnya kini …. dan ketua mereka ini menjadi gundah-gulana serba tak kena … bak kata pepatah moden .. " ditelan mati katak … diluah mati terkangkang "…jadi haru-biru sampai naik hijau muka bapak Presiden Seumur Hidup Umno@BN angkara rakyat marhaen yang dah meluat sakan kat UMNO@BN serta juak-juaknya.

3. Kalau inilah keadaan senario politik sekarang … biar UMNO@BN bawa bom nuklear sekalipun untuk menentang rakyat marhaen … rakyat dan bangsa Malaysia tidak akan berudur walaupun setapak kebelakang …. Kerana telah lebih 24 bulan ( sejak DSAI dipecat ), rakyat marhaen telah bersatu untuk menentang UMNO@BN serta juak-juaknya sampai mereka berkubur dan dinyahkan dari bumi bertuah Malaysia ini. Kalau para pendokong BA masih berkeyakinan dengan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pilihanraya SPR ….dan sanggup menunggu saat terbaik melalui pilihanraya 2004 …. Kenapa perlunya rakyat marhaen nak berundur dan berkompromi dengan si penipu dan penzalim Mahathir@Mahafiraun serta kuncu-kuncunya … lawan tetap lawan … lawan sampai menang….!!!! Kita semua telah korbankan masa … harta….kasih-sayang …. untuk menumbangkan kerajaan UMNO@BN serta kuncu-kuncunya … dan kenapa kita perlu berpatah-balik kebelakang kerana UMNO@BN telah berpecah serta merudum ketahap muflis lagi papa-kedana ….???? Kita wajip teruskan perpecahan dan kemusnahan UMNO@BN ini …. Jangan diberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mengigit kita semula …. Jangan kita jadi orang yang bodoh seperti melepaskan anjing tersepit … kita kini boleh mengibaratkan UMNO@BN adalah ANJING GILA YANG TERSEPIT MERAUNG KESAKITAN TERJEBAK KEDALAM PERANGKAP YANG DIPASANG OLEH MAHATHIR@MAHAFIRAUN .

4. Perpaduan Melayu konon … piirahhhh buang masa dan mengabihkan boreh ajo ….??? Apa orang Melayu Islam sekarang bangang dan dungu macam orang dalam UMNO@BN tu ka….!!!! dah terlambat kawan … kalau sesal dahulu pendapatan … .tapi menyesal kemudian …. jatuh muflislah UMNO@BN jawapnya….!!! Jangan nak berumah ditepi pantai …kalau dah bangang serta dungu macam penjilat UMNO@BN … kelak karam dilautan hijau (lagu baru KRU - Sandiwara Untuk Mu Mahathir) kah..kah…oops sorry ah…!!!!.

5. Kita nak sokong juga ucapan terbaik si Liong Sik ni …. " EKONOMI MALAYSIA DAH PULIH " … rasa-rasanya inilah ucapan yang kita semua tunggu-tunggu … kerana ada seekor spesis mahkluk perosak jenis TRAX yang bernama Mahathir@Mahafiraun telah mengistiharkan seantero dunia … kalau Ekonomi Malaysia telah pulih … dia nak chow (letak jawatan PM@P..###) … nak kasi kat Timbalan dia … tak tau sapa pulak timbalan PM selepas rombakan kebinet akan datang ( rombakan besar kata PM) …jadi kita nak tuntut juga janji manis Mahathir@Mahafiraun ni … Si Liong Sik kata ekonomi dah okay … apa nak tunggu lagi … cabutlah cepat .. takan nak biar naik berlumut hijau pulak kerusi PM tu … kata phobia dan naik meluat dengan warna hijau … so sekarang bolehlah berambus ….!!!! Apa tunggu lagi….?????? Kita heran jugak ye …… Si Liong Sik ni tak takut ka kena main dek mamak Mahathir@Mahafiraun …..???? kita tahu inilah sindiran paling tepat untuk Mahathir@Mahafiraun … kerana Si Liong Sik pun sakit hati dan sakit jiwa .. .pasal kawan-kawanya dalam Suqiu kena pelanyak dek Mahathir@Mahafiraun …. Kecik hati juga Si Liong Sik pasal orang CINA KENA TUDUH KOMUNIS DAN TAK KENANG BUDI oleh Mahathir@Mahafiraun … jadi Si Liong Sik ni sindirlah mamak tongkang ni … nak cakap terus takut terkencing pulak … nampak gaya kena pakai bahasa sindir aje lah ….!!!!!

6. Kalau Lim Kit Siang , Tian Chua, Gopala, Irene, Tan Kok Wai boleh duduk semeja dengan orang Melayu Islam … apa nak kita risaukan lagi kini …. Pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam sudah bersedia bersama BA … apa nak kita gusarkan lagi … malahan mereka telah mengiktiraf kepimpinan DSAI , Fadil Nor, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi….. apakah kita menjadi was-was serta curiga dengan orang bukan Islam dalam BA ini lagi …. Kita wajip berpijak dibumi yang nyata ini … bahawasanya " POLITIK BARU DI ALAF BARU " telah diujudkan oleh sekumpulan manusia yang bernaung di bawah BA .. dan mereka telah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan mereka … dan hak orang bukan Islam akan diberi mengikut kehendak yang tercatit dalam Al-Quran dan As-Sunnah …apa lagi nak kita cari…kalau ini yang kita mahukan….oleh itu PERPADUAN MASYARAKAT MADANI DI DALAM BA WAJIP KEPADA KITA SEMUA PERTAHANKAN …. Jangan kita bagi ruang walau sebesar zarah sekalipun kepada pihak musuh kita.. .terutamanya UMNO@BN … percayalah …kelak disuatu hari nanti MCA@BN , GERAKAN@BN , MIC@BN akan bersama-sama dalam BA … kerana parti perkauman ini lebih cekap melihat kebaikan berada didalam BA … melainkan mereka telah dibutakan hati oleh juak-juak UMNO@BN sebelum mereka mampus dan dinyahkan dari Malaysia ini.

Hari ini baru terperasan tulisan kali ini terbanyak merapu …. Tak tau apa sebabnya pulak … tapi yang nyata lagi sahihnya … perasaan benci dan meluat kat UMNO@BN serta kerajaan BN ni dah sampai ketahap maksima … dah tak do ubek lagi jang ooi….!!! Yang pentingnya minda kita terus dimatangkan serta dikembangkan ketahap maksima … setiap wacana kita semua akan menjadi pengalaman dan sejarah hidup kita yang berada dizaman pemerintahan kuku besi Mahathir@Mahafiraun serta pemusnah bangsa seperti UMNO@BN .

Salam perjuangan kearah Malaysia Yang Adil…lawan tetap lawan … lawan sampai berjaya…???

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
16hb.Jan.2001-bersambung di siri 5
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 16 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com