Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM DIMALAYSIA (2)

SIRI 2.

Sambungan dari siri terdahulu :-

Kita telah menjawap secara fakta komen mafia melayu … dan dalam siri ini akan mendalami apakah fakta Perpaduan Melayu serta sandiwara UMNO@BN sebenarnya hanya sebagai perangkap untuk BA.

1. Setelah KeADILan menolak pelawaan UMNO@BN mengenai Isu Perpaduan Melayu … UMNO@BN telah merasa tercabar dan terhina apabila Parti kecil yang dianggap nyamuk oleh UMNO@BN pula sanggup memperlekehkan serta menidakan satu agenda sandiwara alaf baru UMNO@BN … dengan tindakan KeADILan ini telah menyebabkan skrip asal Perpaduan Melayu ini terpaksa ubah-suai oleh unit perang saraf UMNO@BN mengikut format baru dengan harapan dapat memerangkap PAS pula….??? Tapi PAS telah lama bijak dalam soal politik kuno UMNO@BN ini … dengan bermodalkan syarat yang paling ringan … isu pokoknya adalah ISU PERPADUAN KAUM DIMALAYSIA dan perbincangan diadakan dalam Parlimen Malaysia dengan memberi peluang seluruh Ahli Parlimen Malaysia berhujah atas satu dasar dan konsep kearah Malaysia Yang Adil.

2. Sehingga hari ini UMNO@BN masih lagi mengambarkan orang Melayu dalam KeADILan tidak ada semangat kemelayuan serta ukhwah sesama insan …. Agak memeranjatkan juga kerana UMNO@BN telah pandai bermain kata-kata tentang ukhwah serta semangat kemelayuan … tapi yang nyatanya mereka makin layu dan terus layu dari minda orang Melayu yang beragama Islam …??? Apalah ada pada ketuanan Melayu jika ketuanan Islam dipijak-pijak sendiri oleh orang yang mengaku ia pejuang bangsa Melayu .. tetapi terus-terusan menghina serta mengaibkan orang Islam serta nabinya.

3. Kalau kita menyorot sejarah silam pejuang Melayu dizaman Raja Haji (riau) Sehingga Hang Tuah ( hilangnya ketuanan Melayu kerana taksup kepada titah perintah raja yang zalim & dungu ) kita lihat apa yang telah berlaku diantara dua zaman tersebut … kalau Raja Haji sendiri sanggup gugur mempertahankan tanah air serta Islamnya .. tapi Hang Tuah telah gugur kerana apa….???? (kita bukan nak perlekeh dan mengubah fakta sejarah ) tapi kita melihat Hang Tuah disudut perjuanganya… memang banyak berjasa kepada Melaka … tapi sikap dan amanah beliau itu telah menyebabkan rakan dan saudaranya menjadi seteru serta saling berbunuhan kerana seorang raja yang zalim lagi dungu akibat taktik adu-domba yang fitnah oleh si kitul serta patih karma wijaya ….??? Dan inilah yang telah berlaku didalam negara kita sekarang … terlalu ramai SI KITUL dan PATIH KARMA WIJAYA …. Kalau dibariskan di Depan Bangunan Sultan Abdul Samad pasti kelihatan seperti satu kumpulan tentera yang berkawad….apa dah jadi kepada orang Melayu yang mengaku dirinya Islam….????

4. Hari ini dalam UMNO@BN ada berdozen Si Kitul dan Patih Karma Wijaya yang benar-benar ampuh untuk mengampu si Maharaja Tua … dan inilah yang dihasilkan sejak tertubuhnya UMNO@BN (barua) tajaan Mahathir@Mahafiraun …!!!! Kalau kita lihat dalam sejarah dan buku sastera Panglima Awang digunakan sebagai satu mata pelajaran sastera disekolah sedikit masa dulu … dan kita boleh melihat dimana baik dan buruknya pengalaman Panglima Awang bersama dalam pelayaran dengan orang portugis (sejenis penjajah dahulu-kala)… tapi saya tak masuk kelas ini … sekadar pinjam kat perpustakaan baca ceritanya aje … tapi inilah kita jadikan iktibar dan pengalaman … tapi kebanyakan pelajar masa itu hanya mengkaji ceritanya untuk lulus periksa aje … tapi apa yang tersirat dan tersurat tidak diambil kira … begitu juga pembuat kertas soalan pun tak ambil kira baik dan buruknya cerita Panglima Awang ini ….!!!! Dan hasilnya hari ini cerita mitos Panglima Awang ini juga sama seperti cerita Hang Tuah dan Si Jebat ….sekadar jadi bahan mitos orang melayu sehaja … lansung tak diambil pendekatan yang lebih bijak serta serba-bijaksana mendalami serta memahami isu kandungan yang tersurat lagi tersirat akan baik buruknya mitos ini …. Begitu juga dalam UMNO@BN kini …. Ia telah menjadi mitos orang Melayu yang menjadi ahli Barua sejak 1987 …dari segi sifat juang serta pemahaman mereka apakah dasar dan asas perjuangan UMNO (lama) lansung tak diambil kira dan dihapuskan terus mengikut selera si Mahathir@Mahafiraun dalam kitab panduan yang bertajuk " Delima Melayu".

5. Almarhum Tun Abdul Rahman pernah memberi tahu kepada MPTnya apa sebab ia pecat Mahathir@Mahafiraun dari UMNO (lama) dan kenapa ia beri peringatan jika diberi peluang Mahathir@Mahafiraun menjadi Presiden UMNO … alamatnya UMNO akan berkubur terus …. lihat hari ini bagaimana UMNO (lama) telah dikuburkan oleh Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN (barua) pun bakal berkubur bersama Mahathir@Mahafiraun dalam tempoh yang terdekat ini … dan kebenaran kata-kata Almarhum Tunku ini telah dibuktikan oleh Allah swt dihadapan kita semua …..???? apakah kita masih mahu menafikan hukum karma Allah swt ini kepada UMNO dan ahlinya …..!!!!.

6. Menjelang april, 2001 ini KeADILan akan berumur 2 tahun … dari bayi ia telah menjadi kanak-kanak … yang telah pandai berlari dan petah berkata-kata … dan kanak-kanak berumur 2 tahun , kita lihat sikapnya … serba ingin tahu dan mencuba perkara yang baru … begitulah KeADILan … ia sentiasa mencari yang baru sehingga ia menongkah arus perdana … dan sikap KeADILan inilah yang menyebabkan Mahathir@Mahafiraun merasa takut serta gundah-gulana …. KeADILan yang baru berusia 2 tahun sanggup melawan arus dan tekanan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya ….dan pendekatan KeADILan serta sistem politik yang dipersembahkan jauh berbeza dari sistem dan dasar politik kuno UMNO@BN ….. KeADILan telah melahirkan generasi alaf baru yang serba yakin dan komited untuk memastikan senario politik negara berada dilandasan yang betul dan telus.

7. PAS sebagai parti SENIOR yang serba berpengalaman , begitu juga DAP dan PRM telah menjadi guru dan abang yang baik kepada KeADILan …. Ia dengan bijak memberi peluang KeADILan dewasa dengan penuh kebebasan sambil dimonitor serta diberi tunjuk-ajar dengan penuh diplomasi serta ditanamkan paksi asas ia itu Al-Quran dan As-Sunnah kepada pemimpin KeADILan … dan peranan PAS yang paling ketara dalam merencanakan semangat parti yang berusia 2 tahun ini…!!! Dan inilah kelebihan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Hj.Fadil Nor dan Tuan Guru Hj. Hadi memberikan didikan kepada KeADILan …dan ketiga-tiga pemimpin ini mengambil pendekatan yang berbeza dari yang diamalkan oleh Datuk Asri atau Yusof Rawa semasa memimpin PAS …. Dan kejayaan PAS bersama BA dilihat satu perubahan politik negara … kerana seperti biasanya dahulu sesuatu pakatan dibuat adalah untuk menghadapi Pilihanraya Umum sehaja … tetapi hari ini BA telah mencapai sebagai satu pakatan sepanjang masa dan ia bergerak seiring dengan keadaan dan dasarnya BA terus diguna pakai untuk mengerak parti-parti dalam kompenan BA disepanjang masa …. Inilah yang amat melemaskan UMNO@BN dan juak-juaknya … kerana BN hanya berfungsi jika ada pilihanraya ….. tetapi BA telah mendahului BN dalam perkara kata sepakat dalam segala isu semasa negara dan BN sendiri telah ketinggalan jauh kebelakang dengan kebangkitan rakyat marhaen.

8. Kini BA telah berjaya menjadikan BN kera sumbang kepada rakyat marhaen …. Kalau dulu sesiapa mengaku menjadi ahli UMNO@BN akan ditabalkan sebagai wira dan pejuang negara … tetapi hari ini sesiapa mengaku jadi ahli UMNO@BN akan dicop pengkhianat dan pemusnah negara …. Dunia dah terbalik hari ini weh…!!!! Dan senario ini telah menjadikan UMNO@BN phobia kepada BA serta kompenanya yang serba up to date dalam segala hal ….!!!! Kalau hari ini juga ada perubahan kuasa pemerintahan di Malaysia … BA telah bersedia dengan calon untuk menjadi Menteri serta pegawainya … tetapi kita lihat bagaimana peritnya Mahathir@Mahafiraun mencari calon untuk Menteri selepas pemilu ke 10 yang lalu dan hari ini juga selepas perletakan jawatan Mid Man ia masih mabuk dipukul ombak laut India….??? Tak tahu macam mana nak ganti Mid Man serta lain-lain yang dah dipencenkan itu….??? BN dah tak de calon lagi nak dijadikan Menteri dan Timb.Menteri kerana semua hantu kayu yang menunggu masa dikapan oleh Mahathir@Mahafiraun … lihat hasil rombakan yang akan datang….???? Siapakah yang benar-benar berkualiti yang akan menjadi Pak atau Mak Menteri …. Melainkan mereka ini adalah orang yang ada kes yang mampu Mahathir@Mahafiraun jerut tengkuk mereka…jika nak lawan towkey….!!!!.

9. Dah hari ini semuanya serba tak kena….kalau dalam mesyuarat mingguan UMNO@BN di PWTC … isu yang serupa sehaja dibangkitkan oleh Mahathir@Mahafiraun …. Ahli MPT dah tak mampu nak bersuara kepada Maharaja Presiden…kerana apa yang disuarakan oleh mereka ibarat racun kepada Mahathir@Mahafiraun …dan sindrom tidak lagi mempercayai kepada juak-juak telah menjadikan Mahathir@Mahafiraun kini kera sumbang yang terkena belacan yang tergaru sana dan tergaru sini.

10. Kalau hari ini kita letakan mas dan permata setinggi gunung sekalipun dihadapan Mahathir@Mahafiraun sekali pun ia tidak akan berselera sekalipun denganya…cuba kita bayangkan orang yang bersifat hamman ini dah tak sudi melihat kekayaan dunia lagi kerana baginya kini…segala langkah dan perbuatanya telah kembali kemukanya … Allah swt sengaja memanjangkan umur Mahathir@Mahafiraun agar ia menerima pembalasan dari atas muka bumi ini dan dijadikan iktibar oleh seluruh penghuninya.

11. Hari ini juga UMNO@BN yang telah koyak-rabak akibat perbuatan durjana Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …. Apa yang ada pada UMNO@BN hanyalah orang yang telah usang dengan leher mereka dirantai oleh Mahathir@Mahafiraun ….dan percubaan mereka nak menampal kebocoran yang berlaku didalam UMNO@BN adalah sia-sia serta membuang masa …. Pada hakikat yang sebenarnya UMNO@BN kini ibarat tinggal SELUAR DALAM YANG GETAHNYA DAH PUTUS DAN MENUGGU MASA UNTUK MEMBOGELKAN SIPEMAKAINYA…bayangkan lah kini UMNO@BN telah 99% bogel dan tinggal 1% lagi ia akan dibogelkan terus oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…betapa aib dan malunya sebuah parti yang dahulunya gah dan besar telah dihancurkan oleh sejenis mahluk perosak dari suku sakat kraal ….??? Kita hairan bagaimana orang Melayu dalam UMNO@BN tak sedar-sedar lagi setelah bermacam-macam onak dan duri dilakukan oleh kumpulan mahluk perosak ini….!!!! Mungkin mereka ini telah buta hati serta otak menjadi dungu akibat terlalu banyak wang rasuah serta harta rakyat.

Hanya yang tinggal kini adalah manusia yang masih dungu serta bodoh dan memang jenis kera sumbang yang juga bersifat katak bawah tempurung yang tidak mahu menerima hakikat perubahan telah berlaku dalam senario politik Malaysia …..!!! dan mereka ini kumpulan spesis yang terakhir UMNO@BN (barua) dan mereka ini akan berkubur setelah dibogelkan oleh rakyat marhaen segala kebusukan dan kekotoran yang telah dilakukan oleh mereka semasa didalam UMNO@BN ….dan hasilnya pasti lebih busuk dari MAHA SHIT"****….???

Rakyat marhaen masih lagi mempunyai perasaan simpati kerana masih membuka peluang kepada pencacai dan juak-juak UMNO@BN ini untuk bersama BA ….tapi peluang ini tidak akan datang lagi jika ia telah ditutup rapat, gunakanlah peluang yang adanya ini untuk kembali kelandasan yang betul lagi telus.

Jangan dibuang masa yang tinggal sedikit ini …. Kalau tahun 2001 ini Mid Man / Anuar Musa / Shahril Samad / Khalil Yaakob / Hishamuddin Hussein telah merasa tempias kemarahan Mahathir@Mahafiraun kerana kebodohan mereka…..tapi dalam tempoh terdekat ini kita akan melihat lebih ramai lagi pengampu Mahathir@Mahafiraun akan menjadi korban untuk dipersembahkan kepada Sang Dewata Raja Kepada Maharaja Mahathir@Mahafiraun .

Tungguuuuuuuu……………..kita lihat korban seterusnya…..?????

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
12hb.Jan.2001-bersambung di siri 3

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com