Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO@BN Yang Nazak Serba Muflis

UMNO@BN Kecewa dan Muflis…!!!

Apabila KeADILan menolak pelawaan UMNO@BN berbincang mengenai Isu Perpaduan Melayu 90% pemimpin Parti Usang ini melahirkan perasaan kecewa dan marah…..??? Kenapa mereka perlu kecewa dan marah …. Kita lihat fakta berikut :-

1. Pemimpin UMNO@BN telah merasakan peluang untuk memancing orang Melayu untuk kembali bernaung dibawah UMNO@BN telah tertutup rapat.

2. Masa untuk UMNO@BN bernyawa kini telah sampai ke penghujunya …. saat yang nazak ini amat ketara … tak de ubat buat penyakit kronik UMNO@BN kali ini …. Yang tinggal hanya satu cara … kuburkan UMNO@BN bersama ahli-ahli yang tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah … kapankan mereka dan buang ke dalam laut dalam….kah..kah…keh..keh….??? Parti Usang … Pemimpinnya pun Usang.

3. Peluang untuk memerangkap KeADILan telah terlepas begitu sehaja … kerana KeADILan telah berlaku bijak dalam Isu Perpaduan Melayu … dengan mengambil jalan tengah demi PERPADUAN RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA.

4. UMNO@BN telah gagal menipu KeADILan dengan sandiwara terkini …. Dan peranan UMNO@BN tak ubah seperti anjing menyalak bulan purnama ditengah malam dan disahut oleh kicauan si Burung Hantu.

5. Persediaan untuk menipu KeADILan, yang dibuat oleh UMNO@BN , telah dimaklumkan oleh orangnya sendiri kepada pihak KeADILan ….di atas maklumat ini dan sikap tidak ikhlas UMNO@BN akhirnya… UMNO@BN sendiri terjebak dalam perangkap kedalam kemelut Isu Perpaduan Melayu tajaan UMNO@BN .

6. Pemimpin UMNO@BN sendiri telah melihat suasana kelam kabut dalam Isu Perpaduan Melayu …. Kerana KeADILan telah berjaya melahirkan SATU MASYARAKAT MADANI YANG BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH YANG MENJURUS KEPADA PERPADUAN RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA.

7. Pemimpin UMNO@BN sebenarnya masih bermimpi disiang hari … selama ini … sejak kaji-selidik keahlian UMNO@BN pada tahun 2000 … tak sampai 200,000 orang mengembalikan borang kaji-selidik dan membayar yuran keahlian dengan wang sendiri … jadi sehingga hari ini UMNO@BN tidak mempunyai ahli yang tulen lebih dari 200,000 orang … yang ada fakta lama yang mengatakan ahlinya seramai 2.3 JUTA ORANG ….???? Dengan lamunan mimpi cerita lama inilah UMNO@BN masih mahu mengaku mereka mewakili majoriti kaum Melayu di Malaysia … poooraahhh….!!! Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong …..!!! kalau dah dasar pengkhianat rakyat dan bangsa Malaysia …. Mana ada lagi orang Melayu nak sokong Parti Usang ni….???

8. Pemimpin UMNO@BN mula melebelkan KeADILan tidak patriotik dan tidak sayangkan bangsa Melayu…..pooorahh…!!! pi mampuilah UMNO@BN ….. kamu ingat kamu tu patrioktik sangat kaaa…!!! Sapa yang menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia ini sebagai hamba-abdi kepada UMNO@BN …. Apa yang kamu lakukan untuk menyelamatkan Orang Melyu Islam yang terlibat dalam Dadah / Gejala Sosial / Judi / Arak / Bohsia & Bohjan serta Murtad … malahan kamu yang mengalakan serta menganjurkan majlis-majlis yang haram ini untuk menjadikan orang Melayu dungu serta khayal dengan dunia hiburan penuh fana ini …..???

9. UMNO@BN merasa kecewa dan marah kepada KeADILan …. Kenapa perlu kecewa … siapa yang bangkitkan ISU PERPADUAN MELAYU BUAT KALI KE 4 ….. dah 4 kali kamu bangkitkan isu ini sejak merdeka lagi … kalau masalah MELAYU ini dah masuk kali ke 4 di bangkitkan oleh UMNO@BN … tentu ada yang tak kena dalam UMNO@BN yang sebenarnya …. Kalau ia parti yang bagus …. Dah tentu orang Melayu akan bersamanya (dulu kini dan selamanya merosak bangsa Melayu )…. Tapi kerana ia parti yang tidak bagus serta tak berguna …. Maka orang Melayu telah bertindak bijak menolak serta meninggalkan UMNO@BN ….!!!! Kamu ingat rasuah yang kamu bagi kat rakyat tu mampu membeli kepercayaan rakyat pada UMNO@BN ka …. Piirahhh dah sampai masanya UMNO@BN kuburkan diri sendiri kedasar lautan …. Tak de tanah yang sudi menerima UMNO@BN untuk dikebumikan….!!!!

10. Perasaan murung dan ketakutan UMNO@BN makin ketara apabila KeADILan menolak pelawaan perbincangan ini …. Itulah hakikat sebenarnya telah berlaku dalam UMNO@BN …. Peluang terakhir UMNO@BN untuk kembali meraih simpati orang Melayu telah kabur serta tertutup terus ….!!! Yang tinggal kini UMNO@BN semakin nazak dan terus nazak menunggu saat kematianya …..!!! serta hasrat mereka untuk mempertahankan UMNO@BN sehigga 2004 tak akan kesampaian …. Kerana senario politik semasa telah menampakan kepincangan serta keadaan goyang dalam kompenan BN apabila UMNO@BN berkubur dari bumi Malaysia ini …. Dan tahun 2001 ini kita akan menyaksikan satu pilihanraya umum ke 11 terpaksa dilansungkan oleh Parlimen Malaysia untuk memilih pemerintahn yang baru….????

Perbuatan UMNO@BN melontar baru sorok tangan kali telah dapat dilihat oleh pendokong reformasi serta BA …. Kerana tangan yang melontar batu itulah Mahathir@Mahafiraun …. Kini tangan ini boleh dilihat walaupun ia sebesar zarah sekalipun …. Mata dan minda rakyat marhaen telah diasah dan dibaja oleh DSAI sejak 2hb.Sept.1998 dan lebih ketara pada 20hb.Sept.1998 …. Rakyat marhaen telah membuka minda dan mata yang selama ini ditutup rapat oleh gula-gula serta sandiwara palsu UMNO@BN (Barua) tajaan Mahathir@Mahafiraun ……!!! Apa yang dilakukan oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun telah dapat dikesan dengan cepat oleh rakyat marhaen …. Jadi perbuatan lontar batu sorok tangan kali ini telah menjadikan batu tersebut melantun semula kemuka UMNO@BN dan rasa pedih dan sakitnya pantulan batu amat bisa serta menusuk kejiwa Mahathir@Mahafiraun …..!!!! dan UMNO@BN sendiri telah menjadi gila talak kat bekas ahli UMNO@BN yang telah bernaung dibawah BA.

Kita akan melihat UMNO@BN akan merintih dan meraung-sakan bak anak kecil kelaparan …. Kerana susu yang dihidangkan telah dimasuki racun yang amat berbisa ciptaan Mahathir@Mahafiraun …. Dan orang UMNO@BN kini telah dipaksa oleh Mahathir@Mahafiraun untuk meminum susu beracun ini …. Dan ramai yang telah mampos karier politiknya jika tidak mahu meneguk susu beracun ini …. Lihat DSAI / Tok Mat / Sabaruddin Chik / Mid Man / Ibrahim Saad / Affifudin Omar dan lain-lain lagi …..??? Bagi Mahathir@Mahafiraun sesiapa yang tidak mahu meneguk susu beracunnya akan diberi kata dua letak jawatan atau dinyahkan seperti DSAI …..???? dan hasilnya kini UMNO@BN tiada pemimpin yang berkeliber serta berkarisma tinggi …. Kita lihat PEMUDA UMNO@BN …. Hari ini mengaku kalah dengan PEMUDA PAS …. Dia yang pelawa orang berdepat pasal KETUANAN MELAYU …. Last…last dia yang tarik balik pelawaan ini …. Sejak dari dahulu lagi pendokong reformasi dan BA telah memberikan 15% sehaja markah yang PERDEBATAN INI AKAN BERLAKU dan 85% lagi mengatakan debati ini sandiwara murahan PEMUDA UMNO@BN .

Begitu juga ISU PERPADUAN MELAYU ini … kita akan melihat UMNO@BN sendiri akan membatalkanya dengan pelbagai alasan serta menjadikan BA sebagai kambing hitam dengan mengatakan BA adalah punca kegagalan perbincangan ini …..???? Dan inilah kerja mudah yang biasa dilakukan oleh UMNO@BN …sebagai mana dalam ISU SUQIU …. Gempak satu dunia … last…last….rangka kenyataan akbar bersama yang didraf sampai 24 jam … punyalah dungunya PEMUDA UMNO@BN dan Wakil Palsu Suqiu tu …. Orang lain ambil masa ½ jam cukup nak rangka kenyataan akbar macam tu……!!!!!

Melihat fakta di atas dan senario politik Malaysia sekarang …. UMNO@BN kini tinggal nyawa-nyawa ikan ….. dan Orang Melayu telah 90% menolak UMNO@BN sebagai wadah perjuangan …. Dan perpaduan dalam UMNO@BN telah mencapai kehancuran …. Perbuatan tikam belakang serta hadapan antara pemimpin dan ahli UMNO@BN telah dibuat secara terang-terangan … rasa hormat dan berbudi-bahasa ahli UMNO@BN telah tidak ada kepada pemimpin atau pada logo Parti itu sendiri …. Mereka sanggup memijak dan membakar bendera UMNO@BN jika diminta oleh ketua mereka …. Dan ahli UMNO@BN sendiri sanggup menderhaka kepada Tuhan Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun …. Kerana mereka telah menolak sabda dan firman si Maharaja Tua ini ….!!! Dan kini UMNO@BN tidak ubah kapal layar yang telah bocor semua tempat … dan air telah masuk sehingga ke tiang layarnya … dan ahlinya kini hanya mampu berpaut pada tiang layar sementara menunggu keseluruhan kapal layar ini karam ditelan lautan …..!!!!! Kalau tak caya tanya kat Mahathir@Mahafiraun bagaimana rasanya naik kapal layar Datuk Azhar …. Bagaimana rasanya pukulan ombak … dan bagaimana rasanya karam dilautan…..???

Buat KeADILan … tahniah diucapkan kerana bertindak bijak dalam ISU PERPADUAN MELAYU ini … biarlah kita menjadi anak kecil baru setahun jagung .. .tapi kita jadi anak yang pintar serta berwawasan … kita melihat kehadapan dan menjadikan sejarah silam sebagai pengalaman …. Bukanya macam UMNO@BN … sejarah silam jadikan mereka EGO dan BANGGA serta lupa daratan dan masa hadapan pula dijadikan mimpi yang kosong. Bijak dahulu pendapatan … bodoh dahulu sesalan jawapnya….!!!

Salam perjuangan dari semua pendokong REFORMASI DAN BA … kami akan memastikan BA bangun bersama Masyarakat Madani yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dalam melahirkan rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu dibawah kepimpinan ISLAM YANG SYUMUL.

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
9HB.JAN.2001
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com